Aku dah mengalami pelbagai dugaan berat dalam hidup ni. Kehilangan orang yang aku sayang, kena dismiss dari U aku, hidup dalam family yang memang tak pedulikan aku. Yup, banyak ujian2 berat yang aku tanggung sorang2 sampai aku sakit. Bukan sakit jiwa ke apa. Tapi sakit la. Mungkin sebab selalu stress and depress. Tapi aku tak ada pilihan. Aku kena hadap jugak. Mungkin ini semua takdir hidup aku. Ada perkara yang kau doa bersungguh2 but still terjadi jugak perkara tu. Berat..ujian hidup aku memang berat. Sampai kawan2 yang rapat dgn aku cakap, 'Perghhh ujian hidup kau…' Aku redha, aku redha, aku redha..banyak kali aku cakap kat diri aku yg aku redha dgn segala ketentuanNya..setiap yang terjadi dalam hidup aku, aku cuba terima dan ikhlaskan hati aku. Tapi bukan mudah, sekuat mana pun aku, air mata ni pasti mengalir jugak setiap kali diuji. Lumrah manusia perlukan kasih sayang. Terutamanya dari ibu bapa. Tapi malangnya aku tak dapat semua tu. Padahal mak ayah aku masih hidup lagi. Depan mata aku je. Tapi kenapa, kenapa buat aku macam anak tiri. Aku tak kuat. Sesiapa yang tak pernah hidup dlm family yg bermasalah, mungkin tak rasa apa yg aku rasa. Doakan aku tak jadi gila or buat sesuatu yg gila k. Thank You. Okay bye.
– Miss