Assalamualaikum.
Aku student final year. Dah final sem pun. Tapi bukan dr uia. Hehe. Macam ni, aku pernah bercinta sebelum ni. 4 tahun. PJJ gitu. Dah siap plan nk nikah lepas aku habis belajar. Tapi semua tu dah berakhir dua tahun lepas. Punya la payah aku nak okay balik.
Pastu dalam tempoh dua tahun tu, ada je yg cuba nak berkenalan dgn aku tapi aku belum ready lagi time tu. Plus aku pun taknak la terima siapa2 sbb konon boleh buat diri aku lupa yg ex aku tu dulu. Macam kejam je kan buat macamtu kat org. Pastu aku takut jadi mcm yg lepas pun ada juga. Risau semua ada la. Memang aku susah gila nak buka hati utk siapa2 sbb bagi aku, aku xnak berkenalan dgn lelaki sbb suka2 gitu je. Maksud aku, kalau berkenalan tu biar betul2 yg serious fikir masa depan.
So bila aku dah rasa mcm okay sekarang, dah malas nak fikir hal2 yg lepas.. aku beranikan diri nak bg peluang utk diri aku dan org lain. Aku ada la buat survey (haha) kat kawan2 lelaki aku (aku tnya kat dorg bukan sebab suka kt dorg tau. Saja minta pendapat je) . Aku tanya dorg bagi tak wife dorg kerja lepas dah kawen nti. Ramai kot yg aku tnya. Semua bagi jawapan 'Tak'. Masing2 ada la alasan dorg sendiri dan bagi aku, alasan dorg tu rasional je tp aku still rasa down kejap. huhu
Adik beradik aku ni semua perempuan. Mak ayah dah tua. Bawah aku ada lagi tiga adik yg still bersekolah. Sekarang ni akak aku yg byk tlg mak ayah dr segi financial. Contoh la kan kalau dah kahwin nti, pastu suami tak bagi kerja. Hmm kesiannya kat mak ayah aku dgn adik2 Kesian kat akak aku juga. Takkan nak lepas tgn semua bnda kat dia. Dia pun ada family sendiri. Anak2 dia lagi.. Aku ni azam tinggi nak senangkan hidup mak ayah aku, adik2 aku sbb kitorg ni pun bukan la org berada.
Aku tau, ramai je lelaki yg bertanggungjawab, boleh jaga both parents dia dgn mertua sekali tapi apa2 pun mesti takkan sama cara dia layan mak ayah dia dgn mertua. Sebab ye la, lelaki mesti kena lebihkan mak ayah dia kan.
Mesti ada yg akan cakap, takyah sibuk fikir kawen skrg. Kerja je la dulu senangkan mak ayah bla bla bla… Sama je la kan kalau aku kerja pastu bila dah kawen, suami suruh berhenti kerja, duduk rumah. Still aku akan jd susah nak tlg mak ayah aku. Mungkin suami mampu nak bg nafkah utk aku. Tapi macam mana pula tanggungjawab aku sebagai anak + kakak utk mak ayah dgn adik2 aku. Lain la kalau suami aku nti ada duit berkepuk2. Eh tapi tak best gak. Aku still nak senangkan mak ayah aku dgn hasil titik peluh aku sendiri. Baru akan ada kepuasan kt hati aku. Feeling dia lain tau bila bg duit yg kita usahakan sendiri kt mak ayah.
So bila dpt reaksi mcmtu dari kawan2 lelaki, aku terus rasa macam lg takut bila fikir pasal kahwin. Asyik terbayang2 je muka mak ayah. Rasa kesian kat dorg. Pastu aku rasa mcm kejamnya lelaki yg wife nak kerja tp dorg tak bagi. Memang sekarang mostly pakat2 nak wife yg tak kerja ke? Kalau la kan korg dapat wife yg background family macam aku, adik beradik semua perempuan. Ada adik2 yg still bersekolah. Mak ayah pun dah tak larat kerja. Bukan org berada. Korg still tak nak bagi wife korg kerja juga ke? Tak kesian ke kat mak ayah kami? Hmm. Sedih tau :(
– Tulip
Betul kata kengkawan kau tu. Kalau tknk rasa tkut jgnla fikir lgi psl kahwin ni. Keje pun belum ada tuptup dh fikif benda tu semua. Ce cri keje yg stabil dlu pstu brula kahwin. Majoriti kengkawan kau tu belum kerja & kahwin lgi mmgla pendapat dorg semua sama. Dgn ekonomi skrg ni engko fikirla tkkn nk harapkn dia sahaja. Ke kau nk kahwin dgn member2 yg kau dh survey tu? Manusia ni ckp je lebih tgk2 nnti dah kahwin paksa isteri keje. Biar kita jdi diri sendiri. Jgn nk fikir pendapat org lain kalau dorg tk betul. Peace