Tanggungjawab Aku Ke?

Assalamualaikum semua. Aku Bunga. Married, housewife, ada anak. Coretan ini sekadar luahan isi hati aku, yang tak mampu untuk aku nak ceritakan pada orang lain. Hal kecil dan remeh je sebenarnya.

Coretan yang lebih kepada common sense. Tapi kalau ada pendapat atau kata2 yang nak diberikan, inshaallah akan ku terima dengan hati yang terbuka.

Awal perkahwinan, atas faktor2 tertentu, aku tinggal di rumah mertua ku (alhamdulillah sekarang aku, suami dan anak2 sudah berpindah ke rumah lain). Tiada masalah. Aman.

Bermula dari beberapa bulan sebelum berlakunya pandemik covid, adik beradik suami balik dan duduk terus disini. Jadi aku tinggal di rumah mertua ku, bersama ipar duai. Disini bermulanya banyak rasa sakit hati.

Sakit bila mana penghuni lain seolah tiada common sense dalam diri. Mertua aku ada bela haiwan.

Tapi bila waktu malam, haiwan nya tak nak dikeluarkan dari rumah. Jadi haiwan nya membuang merata. Kadang di ruang tamu, kadang di depan pintu bilik, kadang di dapur.

Tapi aku hairan, kenapa yang lain seolah tak nampak dan tak hidu. Rela kehulu kehilir keluar masuk bilik, masak di dapur macam biasa.. seolah tak nampak/hidu najis haiwan belaaan. Sudahnya, aku juga yang jadi tukang cuci.

Hal2 rumah pun semua aku yang uruskan. Bermula dari menyapu, mop, cuci najis haiwan belaan, cuci kipas, kemas dapur.

Sepanjang tinggal bersama ipar duai, tak pernah sekali pun dapat ayat “takpelah harini rehat je, biar kami pula yang buat”. Tak pernah.

Adakah sebab mereka bekerja dan aku housewife ; takde kerja. Maksud aku, takde kerja yang mendatangkan duit tiap bulan macam mana mereka bekerja.

Tapi setidaknya mereka bekerja, ada waktu rehat. Ada hari untuk cuti. Aku ? Waktu mereka cuti, aku tetap dengan kerja rumah tu. Mereka ? Di dalam bilik. Berehat.

Aku jadi berkira. Aku tak tahu macam mana nak rasa ikhlas. Sebab lama2 aku jadi penat. Masa tinggal dengan mertua aku ok je buat semua tu. Aku takde masalah untuk buat semua tu sebab aku pun tahu aku menumpang.

Takkan nak goyang kaki saja pula kan. Jadi aku buat mana yang mampu sebaiknya. Dan mertua aku pun ok je.

Tapi bila ipar duai balik dan duduk disini, aku mula rasa tak okay. Rasa tak okay sebab penghuni bertambah, tapi kerjanya aku buat sorang.

Bukan ke semakin bertambah penghuni, semakin mudah kerja kita ? Itupun bila ada kerjasama.

Suami aku kerja pagi balik petang. Kalau aku penat, aku minta tolong dia buat. Alhamdulillah kadang2 dia tolong menyapu. Buang sampah.

Basuh baju. Jadi aku tinggal sidai saja nanti.

Waktu raya ? Kami suami isteri penat double. Jujur, lama2 aku rasa tak seronok beraya disini, sebab yang penatnya kami.

Bermula dari hal siang2 lauk, potong bahan2 masak, cuci tingkap, tukar langsir, mop lantai, pasang karpet.. semuanya kami buat.

Masak, ada juga tolong2. Lepastu mereka tinggal macam tu je, masuk bilik. Ada yang sempat tidur. Sedangkan kami suami isteri ni, berjaga risau lauk hangit, kuah kering.

Waktu raya, mesti pukul 1-2am baru dapat tidur. Kalau ikut hati kami berdua nak je masuk tidur terus, tapi nanti risau kalau takde yang nak tengokkan2 lauk di dapur.

Air untuk minum pagi raya pun tak buat. Semua tunggu aku buat. Baik air panas atau air sejuk. Masing2 macam takde common sense apa yang perlu dibuat.

Bentang carpet pun sama, tanya aku nak bentang macam mana bla bla bla sedangkan kerjanya mudah sahaja. Bentang sahajalah carpetnya. Tapi tak boleh fikir. Mesti nak aku juga yang buat.

Tahun ketiga perkahwinan, aku jadi fed up dan penat sangat. Jadi waktu raya, aku hidang air untuk suami aku saja. Air sejuk cukup untuk keluarga kecil aku minum.

(oh disini walaupun duduk serumah, tapi barang masak minum kami beli sendiri ya. Garam, gula, teh, milo, susu, lauk, beras.. pokok pangkalnya apa2 yang untuk kami makan minum, kami beli sendiri. Asing. Tak pakai apa yang ada dirumah ni).

Alhamdulillah suami aku jenis pendengar. Kadang2 aku mengadu aku penat. Ada waktu dia sendiri pun tak bagi aku buat apa2, biar adik beradik dia settlekan. Jadi aku akur saja.

Dan dia pun kerap nasihat adik beradik dia, untuk jaga kebersihan rumah, itu rumah mak nya bukan rumah orang lain..tapi itulah nasihatnya cuma bertahan seminggu dua, kemudian hilang.

Nak dipendekkan cerita, akhirnya sampai rezeki suami aku bawa keluarga kecil kami berpindah ke rumah lain. Terima kasih suami.

Ipar duai masih duduk di rumah mertua ku. Rumah kami, tak jauh dari rumah mertua. Syukur. Aku tak kisah dekat atau jauh, asalkan sudah tidak sebumbung… ini lebih dari satu rahmat untuk aku.

Cuma disini aku jadi kesal, bila pergi ke rumah mertua… rumahnya jadi sangat kotor. Seolah mertua tinggal sendiri, sedangkan ada anak2 lain yang tinggal bersamanya.

Beranda rumah, sangat kotor. Seolah rumah tinggal. Berpasir, bertahi kucing, bertahi ayam yang sudah kering najisnya. Dapur kotor. Singki berlumut, berlendir.

Plastik sampah di dalam rumah, kadang berulat. Dapur gas, kotor berminyak. Ruang tamu, berpasir. Sangat kotor seolah tiada orang duduk. Sudahnya, kami suami isteri yang bersihkan. Dari dalam, sampai luar rumah. Pakej tandas pun kami cuci.

Ini duduk dekat, boleh seminggu 3-4 kali datang jenguk. Kadang terfikir, kalau suami aku kena berpindah jauh dari sini, macam mana agaknya ya keadaan disini? Takkan nak tunggu kami balik untuk kemaskan rumah?

Kadang2 dalam pada berkira, aku tetap buat tetap bersihkan. Ikut hati nak je buat tak tahu macam mana adik beradik suami buat. Biar sama2 buat tak tahu.

Tapi itulah, rumah mertua aku ni antara rumah yang sering ada pengunjung yang datang secara tiba2. Malu lah kan kalau orang datang tengok beranda saja dah macam rumah tinggal. Apatah lagi keadaan dalam rumah.

Vacuum viral tu ada. Tapi tergantung sepi. Lagipun mereka bekerja, mustahil kalau takde dalam fikiran orang “kenapa aku tak buat, aku kan tak keje”.

Lagipun pada aku, kemas rumah ni jadikan rutin. Buat hari2. Bersihkan rumah seolah ada tetamu nak datang, walaupun takde siapa yang datang. Aku bukan pembersih atau terpaling rajin.

Cuma pada aku, setidaknya untuk orang yang ada common sense mesti tahu dan boleh fikir sendiri apa yang perlu dibuat bila nampak keadaan bersepah dah kotor begitu. Lagi2 bila hal melibatkan najis haiwan peliharaan.

Dan aku tak tahu macam mana ipar duai boleh duduk dalam keadaan rumah yang begitu. Penat kerja? Atau malas?

Mertua aku dah uzur, banyak perkara yang dia dah tak boleh nak uruskan sendiri. Kadang2 aku fikir mertua aku bukan tinggal seorang diri. Ada anak lain yang duduk menetap bersama, jadi tanggungjawab aku ke?

Kadang2 aku beritahu suami, rumah mak you kotor sangat dah. Bila aku mengadu begini, bererti dia tahu aku dah penat.

Jadi selepas berehat sekejap selepas pulang dari kerja, suami aku akan pergi ke rumah mak nya, bersihkan apa yang patut. Kadang2 dia pun malas nak ambil tahu sebab disitu ada adik2 nya.

Tapi kalau tengok keadaan luar rumah, sangat kesian. Takkan nak suruh mak yang dah tua tu buat ? Aku bukan anak yang baik sangat. Aku pun masih ada orang tua.

Alhamdulillah. Bila dapat peluang balik kesana, aku manfaatkan waktu yang ada, kemas rumah, basuhkan kain baju, sidai, lipat..cuci dapur ; singki, dapur gas.

Kemaskan bilik, tukar cadar katil, cucikan tandas, kemaskan fridge. Tak kira balik sekejap atau lama, aku cuba sedaya upaya buat semuanya supaya sepanjang waktu aku di rumah parents, parents aku boleh berehat saja tanpa perlu buat apa2. Ini aku lah.

Tapi bila tengok mertua aku, rasa kesian bila tengok keadaan rumah. Dulu kami duduk disitu, hari2 aku yang buat, kemas, sapu, mop semua.

Bila kami pindah, rumah tu automatik nampak macam rumah tinggal.

Ada waktu2 suami aku kerja luar daerah, dia pesan minta tolong tengok2 kan mak nya. Itu arahan, jadi aku akur dan turuti saja. Kadang dia pesan, kalau rumah kotor and taknak buat..ignore je. Biar nanti adik beradik dia buat sendiri.

Cuma itulah, nak tunggu mereka buat tu aku tak tahu bila. Nak tunggu hari mereka cuti ? Waktu cuti tak melekat dirumah. Keluar. Tapi sebelum keluar tak kemas dulu apa yang patut .

Bila aku pergi rumah mertua, tengok keadaan begitu, aku ajak anak2 aku buat sama2. Tolong mana yang patut. Kadang petang2 aku ajak suami aku ke rumah maknya, bakar sampah, sapu daun kering.

Mertua aku dah uzur, tak boleh dibiar sendiri untuk tempoh yang sangat lama. Kadang2 bila adik beradik suami pergi ke tempat lain, kami akan take over tengok kan mak nya.

Tapi kadang2 kesal, bila mereka keluar..tinggalkan rumah macam tu je. Tak bersapu, tak di mop, tak clearkan singki dulu, tak bersihkan stove dulu.

Kadang2 beranda penuh tahi ayam yang dah kering pun, dibiar begitu je. Suami aku kadang2 sampai fed up bila tengok lauk di dapur ada yang dah sampai berulat.

Aku penat juga. Suami aku pun penat juga. Aku kalau penat atau nak mengadu aku luah pada suami saja. Aku takkan bercakap apa2 dengan mertua atau ipar, sebab mulut orang ni lain2 dan aku tak percayakan sesiapa.

Kadang kita bercerita tentang hal mee bandung, tapi bila ada penyampai… mee bandung tadi tiba2 bertukar jadi mee kari.

Sebab aku pernah ada pengalaman. Sebab tu aku ada trust issue sikit dengan orang. Suami aku pun kadang2 dia beritahu direct je dekat adik beradik dia.. jangan pengotor jangan pemalas. Rumah tempat tinggal, jagalah baik2.

Aku tahu kalau terdetik macam ni jadi sia2 lah apa yang aku buat. Dapat penat jelah kan. Cuma kadang terfikir, dulu keluarga kecil kami duduk disitu, wajarlah kalau kami yang buat, yang bersihkan.

Walaupun adik beradik suami duduk situ tapi tak menolong, kami tetap buat sebab kami pun menumpang disitu.

Tapi sekarang, keluarga kecil kami dah berpindah ke tempat lain. Dah keluar dari rumah tu. Jadi masih tanggungjawab kami ke untuk buat semua tu sedangkan adik beradik suami duduk situ dan semuanya masih sihat walafiat. Tanggungjawab aku ke?

Dulu duduk situ, suami aku buat juga. Sekarang dah pindah, takkan adik beradik suami masih berharap suami aku untuk buat semua?

Kadang aku selalu berdoa supaya suami aku dipindahkan tempat kerja, jauh dari sini. Sebab aku penat. Hal kecil je, tapi bila hari2 hadap benda, orang dan perangai yang sama..aku jadi penat.

Jadi sebenarnya aku yang terlalu berkira atau mereka yang terlalu malas?

Kadang2 aku cuba untuk buat2 tak nampak, buat2 tak bau apa2… tak nampak ruang tamu kotor, dapur kotor. Sama2 macam mana mereka buat tak nampak atau tak hidu.

Konon macam berlawan siapa yang takde common sense paling tinggi. Tapi pada akhirnya aku kalah. Sudahnya aku tetap buat. Sebab aku tak mampu. So any tips untuk aku ? Thank you..

Yang takde idea,

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *