Penat

Assalamualaikum readers,

Selalu teringin nak luah dekat sini, baru harini mendapat kesempatan or maybe saya dah hampir putus asa, terlalu tertekan, rasa sangat lonely dan down.

Saya baru bercerai. Dan saya mempunyai dua orang anak yang umur bawah 3 tahun.

Saya seorang wanita berkerja, office hours dan cuti during weekend. Saya kini stay dengan parents saya yang berumur 60-an.

Saya tidak mahu bercerita tentang perkahwinan toksik saya dengan ex saya, cukup la sekadar kalau saya share sekarang ni saya masih fight dekat court untuk beberapa tuntutan.

My main struggle sekarang adalah macam mane saya nak besarkan dua orang anak saya ni. Saya sangat sangat penat.

Selepas jadi single mother ni, im extremely tired sampai berat badan saya pon dah susut sebab tak sempat nak makan atau im too physicall and emotionally tired.

Apa patut saya buat? Sekarang ni bila tiba Sabtu dan ahad and public holiday saya jadi takot and down sangat sebab saya kena jaga anak2 saya alone tnpa bantuan.

Parents saya jaga ketika working hours and sejurus slepas saya balik ke rumah segala urusan anak di bawah saya.

Saya faham mereka penat. Saya hulurkan pada mereka seribu ringgit setiap bulan. Ibu tolong saya basuh dan sidai baju, dan suap mereka makan pagi and lunch.

Kalau dia masak makanan yang anak saya boleh makan saya bersyukur kalau tidak saya akan order grab/beli makanan siap2 sebelum balik kerja.

During weekend pon sama, saya bersyukur kalau parents saya ada di rumah, dan ibu saya ada memasak lauk yang anak saya boleh makan.

Salah ke kalau saya mintak mereka faham saya juga penat selepas pulang dari kerja. Saya bersyukur mereka masih perhatikan anak saya ketika saya solat, mandi, makan.

Tapi macam tu la saya tidak dapat berehat atau do anything to de-stress. Semua benda pon terpaksa saya buat dalam keadaan kalut.

Makan mandi solat semua bnda cepat2, dan urusan2 laen mmg tak dapat nak buat melainkan bila ex saya ambil anak2 saya sekejap ketika weekend.

This new routine is definitely taking a toll on me. Sebelum ni ada la jugak my ex akan bawak kami keluar makan/ pergi park/ indoor playanground every day petang lepas habis kerja dan during weekend (perbelanjaan on me usually)

Sekarang ni lepas jadi single mother, saya tak dapat dah nak continue buat bnda yang sama. Weekend pagi smpai malam tu urus anak2 je. Nak bawak keluar alone akan lebih struggle.

Saya sangat simpati pada anak2 saya, tak dapat attention from both mother and father, as a single mom i push myself to the max,

End up saya jadi sangat tertekan dan selalu marah2 dengan yang sulung dan letak expectation yang tak patut pada dia. Kerap kali si sulung datang pada saya dan cakap ‘please dont be angry’

Especially bila anak2 sakit or perlu admit hosp/pergi klinik, saya jadi double tertekan dan sangat penat. Sebab semua saya kena buat seorang2.

I really need help. Saya sangat2 penat dan down. Im not happy dalam proses nak membesarkan anak2 saya ni. Saya asyik marah dan harap cepatlah harini berakhir supaya saya dapat rehat.

Saya selalu berdoa semoga anak2 saya cepat mmbesar supaya i can love them better and i will have more time and energy untuk uruskan makan, pakaian and fun activity dengan diorang, supaya saya boleh pegi healing dengan diorang.

Sekarang ni setiap hari balik kerja saya pksa diri bawak anak2 saya ke taman. Kalau nak pergi mana2 saya ambil grab dengan anak2 saya pergi seorang.

(Ada carseat tapi yang si baby tu memang tak nak duduk dalam tu) Saya sedih kebanyakan masa parents saya tak akan teman saya dan anak2 untuk keluar. Maybe diorang penat, nanti keluar mereka kena uruskan anak2 saya lagi.

I cannot do this single parenting alone,at least for now bila anak saya sangat kecil lagi dan perlukan continuous monitoring, kalau saya tengok seorang, yang lagi seorang mesti terabai atau jatuh dekat mana2.

Boleh ke any all mothers kat sini beri saya kata2 semangat dan share macam mane korang handle alone anak2 kecil bawah 3 tahun?

Especially ibu2 yang pjj or ibu2 yang hidup dengan suami yang tak membantu dalam rumah tangga. Apa patot saya buat? Ambil hourly baby sitter or maid? Or sabar sehingga dua orang anak saya besar sedikit?

Berkenaan family saya, kami hnyalah dalam golongan B40. Di rumah low cost flat.

Boleh ke single mothers bagi saya tips, wise words and encouragement untuk teroskan hidup dengan bahagia bersama anak2 bila ex husband dah tak hirau pasal anak, macam mana kita nak kuatkan semangat nak harungi hidup ni sendiri?

Demi Allah saya sangat bersyukur saya masih ada parents saya di sisi, tapi saya masih rasa sangat sangat sangat lonely.

Saya dah ignore diri saya feelings saya, kesihatan saya, saya nak buat yang terbaik untuk anak2 saya supaya they are happy.

Luka di hati saya masih tidak sembuh sebab saya tak sempat rawat, tak sangka my toxic ex husband akan ceraikan saya dan get rid of me and anak2 saya begitu saja. sangat mudah ye untuk seorang ayah?

Okay saya tidak mahu kecewa and continuously down fikir mengenai divorce saya. Saya nak move on dan jadi ibu yang lebih baik untuk anak2 saya sebab all they have now is me.

Saya mohon maaf atas penulisan saya yang tidak berapa elok. Saya berterima kasih atas segala kata2 positive or negative from readers.

Jadi saya berharap readers dapat beri saya sedikit nasihat..

From,

(A struggling single mother)

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *