Aku sangat pelik dengan sikap manusia yg berniaga MLM-like-business ni, aku tanya kwn aku psl simcard yg dia jual ni, aku tanya nak kan kepastian sebelum labur duit aku, mahal bukan murah tau. dah la tiap2 hari tanya, nak buat duit tak? bila aku tanya secara dalam pasal bisnes ni, dia jawab mcm aku tgh ragu2 pulak, siap update status sindir2 aku, kononnya dia nak tolong aku, tapi aku ni sombong taknak orang tolong.
pelik lah bro sis, first time aku jumpa orang macam korang, nak explain, explain betul2, jgn ada benda yg mcm hidden kau taknak jelaskan. byk lagi simcard yg ada kat pasaran jual murah, dan pakej g bagus drpd simcard kau, setakat dicount hotel, trivago pun ada, bukan byk mana aku boleh dpt drpd kau, setakat discount kat air asia, aku boleh beli tiket murah ikut promotion dia. sampai sekarang aku tak nampak kelebihan besar yg simcard kau ada berbanding simcard lain yg boleh 'wow' kan orang.
aku bukan tak pernah join benda ni, dulu aku mmg pernah join, dan aku rasa mmg benda2 downline ni menindas orang bawahan, sbb aku pun downline kpd orang lain. aku stop sbb tak byk pun untung aku dpt, konsepnya sama je mcm bisnes kau ni, cuma yg lebihnya kau dpt untung melalui penjualan simcard kau, sbb tu mahal kan simcard tu?
aku ada baca, yg skim bisnes kau ni ada unsur riba tersembunyi sbb kaupun tau kenapa kan, aku bukan tuduh, dan ni bukan aku yg cakap, tapi manusia yg bercakap ni bertauliah, ber phD dlm bidang muamalat dan accounting. kau mmg cari downline, mmg kau usaha tang tu, tp bila downline kau dpt duit, secara automatik beberapa percent akan pergi ke account kau, jd, semakin ramai downline kau, semakin senang kerja kau, silap, kau boleh goyang kaki, itu bukan usaha kau lagi, tapi dah jd usaha orang bawahan kau, tp kau makan drpd hasil kerja mereka.
aku taknak cakap banyak, sbb ni je yg aku tau psl simcard 'hebat' kau. harap kaji balik apa sebenarnya bisnes ni, adakah ia halal? kalau halal, adakah ia tayyiban? sila jawab, jgn kecam, sbb aku kat sini untuk dengar sendiri apa yg korg nak ckp untuk buktikan bisnes ni mmg sesuatu yg berbaloi untuk aku join, dan semestinya halal disisi agama islam sendiri.
– Jane bukan nama aku
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Org mcm tu mmg bangang..mmg dh xminat nk paksa2 pulok..kalau tgk xde duit mcm kita juga..ckp je lebih..
Pernah terbeli simcard tersebut.. yg pasti mmng rasa tk berbaloi.. topup rm50 seminggu je dah abis..
Tak lain tak bukan, ToneExcel.
Klu ko btol nk mulakan bisnes ni.. cr org yg btol.. yg blh explain sampai hbis. Yg blh jwab persoaln ko. Yg blh guide ko. Klu ko tanye pom dye jwb xnk jwab.. baik xyah sbb nnt org akn tanye ko perkara yg sama. Slidik dulu.. kaji dlu cr bisnes ni bgerk. Ble ko da fahm, bru blh nk buat. Klu x, ko habiskan duit jer.. dan lg.. ko kna ad kerajinan, keazaman, n jgn puts ase. Bru bisnes leh hidup..
dik, akak ni lg geram..kita nk beli produk yg dia jual, dia suruh kita jd ahli..kita tnya pasal produk tu, dia insist suruh jd ahli sedih pulak rasanya hidup akak ni wktu tu, kita tnya pasal brg, suruh jd ahli siap ckp kalau hg dpt org bwh, hg dpt income
Dlm Islam akad itu akad yg blh jadi dua dlm satu.. Dn ada hadis nabi melarang beli barang sua akad dn dlm masa yg sama jadi ahli..beli sim kad nak tak kena jadi ahli.. Dn dlm masa yg sama blh jadi unsur paksaan..
Jadi di situ kita blh nilai sndiri.. Sama ada sim itu di kata kn PATUH SYARIAH atau sblk nye..orang yg belajar dn kuasai ilmu muamalat dia akn tahu sndiri.. Tp orang yg tak belajar dia tetap akn kata benda ni halal selagi mana dia tgk benda bkn benda yg haram Sperti dadah k khin*** k apa k..
Tp bg orang yg belajar dia tak nmpk di sudut situ dn dia melihat dari sudut yg lain skian
Budk tone excel mmg hampeh.. Otak diorg dh weng kne brainwash… Hahaha
Ada x dia guna ayat ni:
Sape lagi nk tolong melayu kalau bukan melayu?
Haha..tu belum lg die cite dapat beli kete bmw dengan jual simkad..hahaha