Tawar Hati Dengan Su4mi

Assalamualaikum korang,

Macam mana nak cakap ya. Aku dah tak larat dengan suami aku. Aku dah tak nak dia.

Aku dah kahwin 12 tahun dan anak ada 4 orang. Kami dua bekerja. Kahwin dulu sebab suka sama suka lah, masa belajar.

Sejak kahwin, laki aku orangnya introvert. Aku je yang asyik bercerita, initiate nak buat apa apa, buat buat happy and all.

Dari segala hal termasuk nak bersalin mana, kenapa, confinement lady punya hal, anak nak sekolah mana, bayar bulanan anak berapa, semua. Aku cari, aku decide.

Dari mulut dia hanya “apa yang terbaik untuk aku”. – macam baikkan? In fact dulu aku pun rasa macam tu.

Bila anak makin besar, aku macam tersedar.

All these while aku penat sangat sangat and berseorangan, hantar anak sekolah, ambik anak, fikir nak bagi makan apa, nak hantar tuition mana and kenapa harga berapa semua atas kepala aku.

Dia? Contribute dari segi duit, tapi bahagi sama rata lah sebab gaji kami pun so so jela, boleh la hidup.

Lama lama aku rasa makin tawar.

Aku rasa, aku ada rasa cinta dan sanggup tu hanya pada 8 tahun pertama kahwin, the rest aku dah cuma jalani hidup sebagai mak dan isteri.

Dah takde macam, i rindu u. Dah takde macam, sayang jom main geletek-geletek ke apa. Semuanya berjalan atas dasar dia ayah, aku mak.

Sibuk and connect sebab anak anak.

So bila anak makin besar, nak connect apa sangat kan? Slowly dah tak connected. Macam dah tak heran. Jauhhh dan tak heran.

Masuk tahun ke 12, aku rasa hambar dan mampu hidup sorang. So aku mula la berbincang, aku dah taknak and sila lah pergi.

And dia tak nak. Biasa lah dia sayang anak anak tho I tak tau celah mana sayang.

Dia ada la dalam rumah, tapi takde kehadiran dia. Tengok handphone la, atau busy buat apa apa. Takde ye suara gelak ke, buat kelakar ke.

Sampai anak-anak aku dah grow up seperti kera sumbang. Dorang tak rasa perlu dah nak bersembang dengan orang and used to live in buat kerja sendiri.

So minta punya minta cerai, taknak juga dia bercerai. Dia cakap nak jadi macam yang aku nak.

Beb, aku ni dah hidup atas kaki sendiri selama 12 tahun. Tiba tiba dia ada, dia care rasa awkward sangat.

Aku tak reti and rimas dan pelik.

Contoh selama ni aku memang handle the fours, tiba tiba dia nak tolong. Tiba tiba dia nak ada dalam group sekolah anak aku. Tiba tiba dia sibuk ada homework apa.

Rimas dan aku tak rasa cinta. Rasa macam dulu aku menangis for help, dia tak pernah nak tolong. Aku mengamok depressed urus kan semua benda, mana dia?

Sekarang aku dah tawar. Dah tak boleh dan dah tak nak. Aku dah tanya peguam, untuk fasakh now bukan senang-senang.

In fact dia tak jahat. Cuma menyakitkan mata dan slow grower. Nak betulkan keadaan aku tak rasa apa apa dah.

Masa hari Arafah, aku doa dia dapat perempuan lain je and perkahwinan kami terhenti.

Aku tak larat. Ke memang semua suami isteri tu hidup atas hiburan anak-anak? There is no such thing for husband and wife love?

Tolong lah jangan suruh aku berlapang dada dah ke apa. 12 tahun dah. Aku lah yang fikir semua masalah dan selesaikan sendiri. Help?

– Noy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *