Perkongsian ini bukan untuk masalah tayang diri di Instagram sahaja tapi termasuk Facebook dan social media lain.
(1) Jika individu yang mempamer diri itu adalah perempuan baligh dan aurat tidak ditutup dengan sempurna (rambut kelihatan, bahagian2 tubuh lain kelihatan), adalah Haram dia berbuat begitu kerana gambarnya dapat dilihat oleh semua lelaki bukan mahram. Dia berdosa kerana mempamer auratnya kepada lelaki-lelaki ajnabi.
Privacy Setting: Wanita yang belum lagi menutup aurat dengan sempurna, terbaik adalah untuk TIDAK mengupload langsung gambar dirinya ke internet. Jika tetap mahu upload, gunakan privacy setting paling ketat dan hanya followers wanita dapat melihatnya. Permintaan mesti dibuat keapda followers supaya tidak berkongsi gambar itu kepada male-users.
(2) Perempuan yang sudah berhijab pula perlu meneliti cara pakaian dan hijabnya. Jika hijab masih tidak menutup dada dan pakaian masih lagi ketat (nampak bentuk pinggang, bentuk punggung, skinny jeans) rule #1 perlu diikut . Iaitu, perlu menggunakan privacy setting paling ketat supaya TIADA lelaki dapat melihat gambarnya di dalam skinny jeans atau pakaian ketat / tudung singkat itu. Tidak boleh dipublickan gambar. Haram dan berdosa kerana lelaki ajnabi dapat melihat.
(3) Gambar full make -up: Adalah haram meletakkan wajah yang penuh dengan make–up secara close up dan dapat dilihat semua lelaki. Kecantikan wajah wanita hanya untuk tatapan suami nya justeru jangan upload wajah full make up ke Instagram /Facebook walaupun anda famous. Setiap mata lelaki yang dapat memandang wajah cantik itu (di bawah make up penuh) kita berdosa.
(4) Gambar kawan-kawan yang tidak menutup aurat kita jangan Share. Padam atau blur bahagian aurat mereka, lebih baik tidak upload langsung.
(5) Terbaik adalah tidak mengupload langsung gambar -gambar yang memperlihatkan kecantikan kita kepada umum walaupun kita Instafamous dan mendapat income melalui Instagram/FB. Income itu boleh jadi tidak berkat dan tidak baik utk diri kita.
(6) Tayang harta, pakaian branded:
Niat menayang harta dan pakaian2 branded perlu diperiksa. Jika benar2 hanya ingin memberi inspirasi kepada followers, maka memadai upload 1x hingga 2x supaya followers merasa bersemangat untuk bekerja. Adalah tidak perlu untuk upload asset kekayaan saban hari kerana bimbang hati dijangkiti penyakit Ujub.
Ujub ialah merasa kagum dengan kehebatan diri sendiri. Ia sepatutnya memuji Allah swt tetapi ia memuji diri sendiri.
(7) Apabila berkongsi nikmat-nikmat yang Allah swt beri kepada kita (walaupun akhlak terbaik ialah tidak menunjuk-nunjukkannya) maka caption IG perlu ditulis dengan berhati-hati bimbang dimasuki perasaan Ujub dan Kibr. Kibr ialah merasa diri sendiri lebih baik dari orang lain.
Caption IG dan FB perlu banyak memulangkan pujian kepada Allah swt dan mengingatkan diri sendiri bahawa kereta mahal ini hanyalah dibeli atas belas kasihan Allah terhadap saya. Ianya kerana belas kasihan Allah lah saya mampu membeli kereta ini, Alhamdulillah. Tidak boleh sekali kali memuji diri sendiri tetapi boleh berkongsi tips bekerja/berniaga yang baik. Bottom line: Jangan puji diri sendiri atas apa harta sekali pun.
(8) Apabila kita kaya, jangan memandang rendah kepada orang lain. Elakkan menyebut -nyebut brand pakaian kita supaya orang tahu ianya mahal. Bersikaplah merendah diri kerana semua pakaian mahal itu kita peroleh ssmata-mata kerana kasih Allah sahaja. Ingatlah bahawa ramai cuma mampu membeli baju 1x setahun.
(9) Terima teguran orang lain. Apabila kita tayang diri di internet, orang dapat melihat keadaan diri kita (perkataan kita yang tidak sopan, tabiat menunjuk-nunjuk). Jika ada yang menegur, iaitu menegur dengan cara baik, berlapang dada lah utk terima kerana kita sendiri yang memilih untuk mempamer diri kita . Sbg seorang Islam, ada cara pembawakan diri yang harus kita ikut apabila di khalayak ramai.
(10) Jangan angkuh dengan income income dari IG review atau Blogging atau Vlogging. Belajar merendah diri kerana Allah swt boleh menarik semula nikmat Nya sekelip mata. Wang yang diperoleh, ambil sedikit sahaja untuk keperluan diri sendiri (ini lah amalan Rasulullah saw dan para sahabah). Ambil sedikit sahaja untuk diri sendiri, selebihnya belanjakan di jalan Allah swt melalui pelbagai saluran.
Terutamanya wanita, hati hati dengan gambar yang di upload di IG dan FB kerana banyak gambar adalah tidak menutup aurat. Mereka yang menutup aurat pula, lihat tahap make-up masing masing. Rujuk para ustaz dan ustazah bolehkah saya upload gambar full make up begini di IG saya yang public. Pesanan ini untuk pengguna IG biasa dan Instafamous + Selebriti.
Jauhi sifat bangga dengan kekayaan, jika ingin berkongsi cukuplah 1-2x upload asset kita. Sambung post lain dengan tips tips business atau tips bekerja yang baik untuk orang ramai. Dont sell your lifestyle, sell your advice and experience to people. Wallahua’lam.
– Jubah Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit