Teduhan Jiwa III

Untuk part I, (https://iiumc.com/teduhan-jiwa/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/teduhan-jiwa-ii/).

“Ibu, maafkan Fea. Fea tahu ibu tak bahagia dengan ayah. Ayah tidak mengutamakan ibu dalam apa-apa hal.”

“Niat Fea cuma bila satu hari nanti, Fea akan bawa ibu jauh dari sengsara semua ni. Fea tahu ayah tak bagi nafkah duit pada ibu pun. Nanti Fea akan jaga ibu sampai ibu sihat.”

“Fea tahu ibu sangat kecewa dengan sikap ayahkan? Fea pun sama. Fea nak bahagiakan ibu tapi Fea tahu semuanya dah terlambat.”

“Bahagialah ibu dengan adik-adik yang sedang menunggu ibu dipintu syurga.” 

“Ibu, Fea tahu ibu takkan boleh bagi apa-apa respond bila Fea nak mengadu kat ibu. Tapi tak apa, Fea nak mengadu jugak. Sejujurnya, hidup kami anak-anak ibu dah kucar. Kami adik-beradik dah tak tahu nak duduk rumah mana lagi.”

“Sekarang ni ayah duduk dengan nenek tapi Fea dan Maya duduk dengan Mak Na (kakak ibu). Nanti bila nenek meninggal, memang semua akan merempat. Fea kecewa dan marah pada ayah kerana dia mahu jual rumah yang ibu usahakan untuk adik Helmi.”

“Rumah tu masih dalam renovation. Rumah itu juga ibu dah letakkan atas nama Helmikan? Ayah “nak jual rumah tu tanpa berbincang pun dengan Helmi.”

“Fea tahu rumah yang ibu usahakan itu adalah untuk masa hadapan kami yang bakal merempat nanti. Kami fight untuk dapatkan rumah tu juga. Terima kasih ibu kerana memikirkan masa depan kami.”

“Fea rasa kosong bila tiada ibu. Setiap hari Fea menangis. Fea rasa macam fea dah tak ada sesiapa. Fea cuma ada Nazrin sahaja untuk Fea bergantung harap. Nazrin banyak bantu Fea.”

“Kadang ayah tak bagi pun duit kat Fea untuk perbelanjaan campus. Nazrin juga yang hulurkan duitnya. Fea malu dengan Nazrin.”

“Dulu ibu yang banyak bagi duit kat kami beradik tapi sekarang, kami kena survive sendiri. Ibu tahu kenapa Fea tidak bergantung harap pada ayah? Even apa masalah pun Fea tak bagitahu dia malah Fea pilih untuk ceritakan semuanya pada Nazrin.”

“Sikap ayah yang suka lepas tangan. Masih ibu ingat kes Fea kena pukul dan dibuli masa di asrama dulu? Ayah tak nak ambil tahu sikit pun.”

“Saat itu, barulah Fea sedar yang hidup Fea macam tiada ayah. Fea cuma ada ibu sahaja.”

“Sudah puaskah ayah menyakiti ibu? Sekarang ni ayah tak perlu dah menyakitinya lagi. Ibu dah pergi dah pun buat selama-lamanya.”

“Sekarang, ayah boleh sakiti anak-anak ayah pula. Fea dah cukup sakit masa zaman sekolah dulu dan cukup penat dengan perangai ayah dulu. Kalau ayah dah tak ada rasa nak lunaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa, bunuh je Fea ni.”

“Fea tengah sakit mental ni dan memang Fea nak mati sangat-sangat. Fea dah tak nak hadap semua benda ni lagi. Kalau Fea mati, kuranglah beban ayah.”

“It is what it is.” Ya, I know. Ayah hanya mahu semua anak ayah dengar cakap ayah.

Tapi pernah ke ayah fikirkan susahnya kami nak hadapi semua benda ni?

Ayah sudah tentu tak nak tahu perit yang kami lalui. Ayah mahu kami sambung belajar tinggi melangit angkasa tapi ayah tak nak kerja.

Jadi, duit semua tu kami kena petik kat pokok manggis kat kebun orang la? Senang je cakap. Kami struggle sangat.

Fea sakit mental ni pun disebabkan ayah. Ayah tahu tak siapa yang berkorban besar untuk Fea intern nanti? Bilik Fea jauh dengan tempat intern Fea.

Kalau Fea minta ayah sediakan kereta kecil pun tak apa dah tapi Fea tahu, mustahil.

Nazrin yang berkorban carikan Fea kereta. So sekarang Fea tak tahu, siapa yang sepatutnya bertanggungjawab atas Fea?

Nazrin ke? Nazrin bukan suami Fea. Ayah? Siapa? Jiran Fea ke?

Sorry to say, Fea ada suicidal thoughts. Fea cederakan diri sendiri.

Sometimes Fea buat sesuatu berbahaya tanpa berfikir terlebih dahulu. Fea pernah cucuk mulut kawan Fea dengan lidi masa Fea tadika.

Fea pernah hentak kepala Maya kat dinding sampai lebam dan benjol kepalanya.

Fea sekarang ni ada rasa nak cederakan orang. Hati Fea menjerit dan meronta-ronta mahu bunuh seseorang.

Fea ada bagitahu pakar psy bahawa Fea ada rasa nak bunuh ayah sendiri.

Now, dose ubat makin meningkat. Don’t know what will happen after this.

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *