Salam, mesej ini lebih ditujukan kepada admin tapi kalau admin nak publishkan juga ke page facebook pun bagus. Saya ada teguran mengenai bahasa, saya percaya yang confessor di page ini banyak saudara dan saudari yang berpendidikan tinggi, jadi elakkan gunakan bahasa singkatan, kenapa tak cuba ejaan penuh, lebih baik kalau tiada campuran bahasa, English dan Melayu, tapi kalau ada pun tak apa asalkan ejaan penuh, kita dalam golongan terpelajar sekurang kurangnya gunakan bahasa secara baik dan tertib, ini ada yang menulis sampai susah nak difahami bahasanya langsung tak menunjukkan golongan yang pendidikan tinggi, jangan terlalu malas nak menaip, saya sendiri kadang kadang pening membaca tulisan confessor sebab ejaan yang singkat, saya yang berusia 23 tahun pun susah nak baca apatah lagi yang lebih tua.
Jangan terlalu berbangga dengan kejayaan di universiti tetapi bahasa pun tak boleh gunakan dengan betul. Saya memberi cadangan kepada admin supaya tambahkan nota kaki pada setiap confessor di bawah link yang admin sertakan untuk ingatkan para confessor supaya menjaga bahasa, nak gunakan bahasa rojak tak ada masalah asalkan bukan berlebih sebab sesetengah perkataan kalau diterjemahkan rasa kurang sesuai cuma tolonglah jaga ejaan, biar guna ejaan penuh walaupun di facebook, cara kita gunakan bahasa menunjukkan siapa kita, kadang kadang ragu ragu bila baca tahap pendidikan PhD tapi bahasa macam mat rempit tak habis sekolah. Bahasa tujuannya adalah untuk komunikasi kalau bahasa rosak maka kualiti komunikasi pun turut rosak, sila ambil peduli. Maaf kalau terkasar dengan teguran, saya harap sangat admin ambil peduli. Terima kasih sebab luangkan masa membaca.
Pesanan ikhlas dari manusia kejuruteraan mekatronik yang passionate dengan bahasa yang dieja dengan penuh.
Nota kaki: saya bukan marah admin ya, jangan ambil hati pula, saya tahu admin berusaha keras untuk kekalkan platform confession ini, yang menulis bukan admin tapi confessor, jadi teruskan usaha yang admin buat sekarang.
– Haiqal Ikhwan