Assalamualaikum semua. Aku tak tahu pada siapa harus aku luahkan perasaan yang sarat terbuku dalam hati aku ni. Bahasa penulisan aku tak berapa baik. Harap korang boleh faham apa yang aku nak sampaikan.
Ketika mula-mula aku jejakkan kaki aku ke alam universiti semuanya berjalan dengan lancar. Aku boleh katakan bahawa hampir semua yang aku tegur begitu ramah dengan aku. Aku terus menikmati hari-hari aku di sini bersama teman-teman baru aku. Aku sangka hidup aku akan sentiasa indah di sini.
Rupanya sangkaan aku meleset. Keindahan yang aku kecapi hanya sementara. Setelah dua minggu sesi kuliah aku boleh simpulkan bahawa aku tak faham langsung topik yang aku pelajari semasa di kelas. Aku mula serabut kerana ketika di zaman persekolahan aku antara pelajar yang cerdik, menjadi harapan sekolah. Tapi di sini keadaan berubah 360 darjah. Aku antara pelajar yang lemah dalam kelas.
Aku pernah cuba untuk mendapatkan pertolongan dari rakan sekelas aku. Tapi , hasilnya mengecewakan.Bila aku minta pertolongan, semua kata sibuk. Ada yang jawab acuh tak acuh. Akhirnya, aku mula berfikiran negatif. Aku mula menyalahkan takdir aku. Hampir setiap malam aku menangis merisaukan masa depan aku.
Sebulan berlalu dan markah kuiz yang aku peroleh semua kurang memuaskan. Aku menelefon keluarga aku sambil menangis teresak -esak. Ibuku balas dengan kata-kata sinis mengatakan bahawa memang dari awal aku tak patut lawan kata dia. Ibuku berkata bahawa jika dari awal aku ambil jurusan agama seperti yang mereka mahukan pasti keadaan ini tak berlaku.
Aku mula malas belajar. Aku sengaja lewatkan diri untuk masuk kelas. Aku tak dengar pun apa yang disampaikan oleh lecturer kat kelas. Aku tahu perjara itu salah, tapi aku dah hilang minat untuk belajar. Suatu hari, aku berkenalan dengan seorang perempuan , Afiqah (bukan nama sebenar) .Aku yang mulakan sesi perkenalan dengan dia.
Pada awalnya dia acuh tak acuh layan aku. Namun, akhirnya kami menjadi rapat. Setelah dua bulan aku belajar di universiti , hubungan kami makin akrab. Dia sama seperti aku. Sama-sama hilang minat untuk belajar. Setiap minggu kami habiskan masa melepak kat luar. Dalam seminggu sekurang-kurangnya 2 kali aku akan melepak. Assignment yang bertimbun tu aku biarkan tanpa rasa tanggungjawab untuk siapkannya. Grouping? Aku antara free-rider jugak lah.
Di sebalik keseronokan aku melepak tiap-tiap minggu, menikmati hari-hari aku sebagai free rider , tutorial tiru orang dan bercouple sana sini…aku tak jumpa sebarang erti bahagia , hati aku kosong , tak tenang dah gundah-gulana .Perasaan bahagia ketika ‘enjoy’ itu sementara cuma. Aku tak tenang memikirkan duit yang family aku berikan habis untuk ‘enjoy’ kat luar.
Aku pernah bohong mak dan abah, aku kata nak guna duit untuk beli buku. Padahal, aku guna untuk hang out. Aku juga dah hilang matlamat hidup. Keadaan jadi lagi teruk bila aku dapat tahu pakwe aku yang selama ni aku percaya dah tunang dengan orang lain. Baru tiga bulan LDR dah jadi macam ni.Aku tahu aku tak berapa baik, tapi aku rasa macam perlakuan dia tu kejam sangat. Haih.. aku tak tahu la aku ke yang bersalah sepenuhnya dalam hal ni
Bila fikirkan semua ni waktu aku sorang-sorang dalam bilik, aku akan menangis sendirian kat compartment aku. Aku tak suka tunjukkan kesedihan aku. Jadi aku hanya pendam sorang-sorang perasaan aku .Aku pernah ikhtiar dapatkan sesi kaunseling untuk pulihkan semangat aku untuk teruskan belajar dan berhenti buat benda-benda lagha tu semua, tapi aku tak jumpa penyelesaian .Jadi, aku tetap teruskan benda-benda lagha tu untuk capai kepuasan sementara.
Hari demi hari, situasi yang sama berulang, aku enjoy life aku as teenager, kat kelas jasad je yang wujud hati kat luar universiti (memikirkan nak enjoy je)…. Bila sorang-sorang aku nangis. Aku pernah tidur pukul 4 pagi semata-mata sebab menangis kenangkan rasa bersalah aku pada orang tua aku. Aku anak sulung, jadi harapan tapi aku kecewakan mereka. Depan nampak baik tapi belakang sebaliknya.
Disebabkan aku cenderung untuk nangis bila aku sendirian , aku lagi suka lepak bilik Afiqah. Lagipun, aku pun tak berapa rapat ngan roommate aku. Roommate aku ni tiga-tiga tu jenis yang buat hal sendiri. Lagipun bila je kitorang boleh jumpa. Aku ada kelas malam hampir setiap hari. Actually.. aku tak tahu kenapa aku tetap datang kelas malam even aku dah malas nak belajar. Tambah pulak bila aku payah giler nak jumpa orang yang sanggup luangkan masa ajar orang yang lembap cam aku ni.
Aku ingat lagi ada sorang hamba Allah ni aku tanya soalan kimia .Soalan tu ada kena buat calculation sikit-sikit la.. Aku tanya macam mana dia jawab soalan tu… Dia punya jawapan, perghh!! “tekanlah kalkulator” Serius aku down gile time tu… Aku tahu lah aku ni tak pandai tapi tak yah la jawab cam tu.. Ada sorang lagi pulak aku tanya kat whatsapp je sebab nak gi bilik dia pun biasa dah lewat malam pun aku nak tanya tu… Last2 dia tak reply even dah 3 hari berlalu.. Entahlah, aku ke yang salah sebab tanya dia tengah malam..
Setelah empat bulan berlalu.. Result sem 1 release and aku lulus atas pagar…. Aku memang tak tahu nak pergi mana dah waktu tu dengan result cam harem tu…. Sem 2 aku mula tertarik dengan course lain. Aku tak pernah terfikir pun sebelum ni bahawa aku akan tertarik untuk ambil course tu. Itulah bidang yang mak dan abah impikan untuk aku ambik sebelum ni tapi aku refuse… Kat sem 2 ni, perkara yang sama still berlaku.
Waktu tengah enjoy melepak ngan Afiqah aku okey… Bila aku sorang-sorang aku nangis.. Aku tak tahu lah.. Sebenarnya aku ni ada depression ke? Cuma sem 2 ni aku start belajar sikit la. Kiranya ada perubahan la jugak kat aku disebabkan aku rasa aku nak masuk course yang aku suka tanpa sengaja tu. Rekod paling baik adalah sem 2 tu aku pernah tiru tutorial orang dan aku mula ambil peranan aku dalam discussion untuk kerja grouping.
Secara jujurnya perasaan bersalah kat member group aku sem 1 dulu tu masih ada… Tapi, benda dah lepas.. Aku tak boleh putar balik masa… Sekarang ni aku masih lagi mencari semangat untuk belajar. Ikutkan hati aku baik aku kerja je dari bazirkan duit mak ayah aku yang laburkan duit untuk aku belajar tapi aku langsung tak membuahkan hasil.
Kadang-kadang aku terfikir jugak… Kalau la aku ikut cakap mak ayah aku je untuk anbil course agama dari awal mesti semua ni tak jadi… Tapi, bila fikir balik semua ni ada hikmah Insyaallah… Doakan aku jumpa strength aku dan tinggalkan benda-benda lagha tu sepenuhnya.. Aku pun memang nak berubah, nak jadi lebih baik. Aku pun sayang masa depan aku.
Lantak la korang nak fikir apa pun lepas aku tulis cerita ni.. Aku tak kisah pun, yang penting aku dapat luahkan perasaan aku. Again, aku harap insan yang baca luahan perasaan aku akan doakan aku supaya aku berubah ….
– Afina
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit