Assalamualaikum wbt,
Saya berharap admin dapat approve saya punya post
Pertama sekali, saya amat berterima kasih kepada saudari Ana atas coretan hidupnya serta pejuangan jihadnya dalam melawan nafsu.
Wahai saudari,
Saya bukanlah dari UIA. Saya seorang lelaki berumur 24 tahun dan juga seoran pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia di salah satu universiti di Melbourne, Australia. Saya suka membaca iium confession selepas diperkenalkan oleh adik perempuan saya yang belajar di UIA. Selepas membaca nukilan yang bertajuk “Maksiat & Taubat Rutin Harianku”, saya tergerak untuk menceritakan kisah saya.
Sebenarnya kisah saya dengan saudari Ana sangat sama. Seperti saudari, saya merupakan seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Saya mendapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR, 9A dalam SPM dan Dean List untuk tahun pertama (tahun2 lain x dapat sebab jadi pemalas. Huhu). Saya anak sulung dan seorang abang kepada 5 orang adik saya. Saya amat sayangkan keluarga saya dan saya disenangi oleh ramai (nampak x persamaan tu) dan seperti saudari Ana juga, saya seorang Munafiq.
Sejak umur saya 15 tahun, saya berkecimpung dalam kegelapan maksiat. Saya ketagih kepada PORNOGRAFI dan MASTURBASI. Mulanya saya didedah kepada “Soft Pornography” sewaktu saya kecil. Pada umur 13 tahun, sewaktu di MRSM, kawan saya menunjukkan gambar lucah kepada saya dan pada umur 15 tahun, mereka memujuk saya untuk melakukan ONANI. Sejak dari itu, saya menjadi sangat ketagih.
Saya mempunyai banyak hubungan dengan wanita, maklumla muka kacak (perasan. haha). Saya pernah dua kali couple. Saya pernah ada adik angkat, kakak angkat dan semua benda yang boleh diangkat. Saya juga pernah ada hubungan dengan senior yang juga girlfriend orang lain. Alhamdulillah, Allah melindungi saya dari perbuatan zina besar. Tidak pernah terlintas dihati saya untuk merosakkan mereka.
Bila fikir balik saudari Ana, Allah banyak melindungi saya sewaktu saya ingin melakukan maksiat.
Saya teringat sewaktu saya di kolej persediaan, saya pergi ke Kemboja atas misi kemanusian. Waktu menjejak kaki ke bumi Kemboja, terasa bebas. Tiada JAKIM, tiada mak bapak yang pantau. Seolah-olah dunia ni, kita yang punya. Jadi malam tu, lepas buat aktiviti kemanusiaan, saya dan member pergi ke Kelab Malam. Itulah pertama sekali saya pergi ke tempat syaitan. Time tu sangat seronok dan asyik menari dan berfoya-foya dengan minah Kemboja. Jasad merasa seronok tetapi hati menangis meminta perlindungan Allah dari perbuatan maksiat. Allah makbulkan doa saya. Entah kenapa saya rasa benci kepada arak dan tidak terlintas langsung dalam hati saya untuk meneguk minuman syaitan itu. . Sewaktu saya hendak melanggan khidmat urut, Allah memenatkan saya, membuatkan saya membatalkan niat dan terus balik hotel untuk tidur. Sekali lagi, saya terlindung daripada melakukan zina besar.
Saudari Ana,
Seperti saudari, saya mula mengalami perubahan sewaktu saya masuk universiti . Waktu itu, saya diperkenalkan dengan usrah. Pada mulanya, saya go with the flow jer, tapi lama kelamaan, Allah menanamkan benih kesedaran. Saya mula kembali kepada Allah. Saya menangis, memaki diri yang hina ni kerana ingkar kepada Allah, sedangkan Dia bnyak menutup aib saya. Sejak dari tu, saya mula berazam untuk berubah. Saya mula banyakkan solat sunat dan tahajud. Saya mula biasakan diri dengan bacaan quran dan berzikir.
Alhamdullilah saudari Ana, saya dapat mengawal ketagihan PORNOGRAFI dan MASTURBASI saya. Ia tidaklah sempurna, adakalanya saya kecundang juga, tapi saya tidak berputus asa dengan diri saya. Saya terus kembali kepada Allah bila saya tergelincir dalam lembah maksiat. Kisah saudari Ana memnjadi pembakar semangat untuk saya meninggalkan maksiat saya untuk selamanya.
Moga Allah memberikan kemenangan kepada saya, saudari Ana dan semua orang yang dalam perjuangan meninggalkan maksiat mereka.
Sekian.
– Bro Melbourne
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
tiada y sempurna d dunia ni bro & ana.. keep it up..
Ubat dia kahwin je dik..
Taklah. Ubat untuk mengelak daripada ketagihan porno dan seks bukanlah menikah tetapi beriman kpd Allah SWT dan takut dengan azab Allah SWT. Awak kena tahu, ada pasangan yg sudah berkahwin tetapi suami dia masih ketagih porno, seks dan siap ada hubungan dgn perempuan lain, ada perempuan simpanan dan macam2 lagi. (Tetapi bukan sahaja suami yg mempunyai masalah, segilintir isteri pun sama.)
Di sini saya ingin tunjukkan kisah sebenar yg berlaku pada kaum kita dan saya harap awak baca. Fyi, lelaki dalam cerita ni semuanya beragama islam, melayu dan ada yg alim.
https://tiahakim.blogspot.my/2013/09/why-you-shouldnt-trust-men-100.html?m=1
apa kata korang knl2… mana tau ada jodoh
5