“Terima kasih kepada perpisahan kerana mendekatkankan aku kepada Sang Pencipta Cinta yang sebenar”

Assalammualaikum admin IIUMC. Kalau admin approve confession ni, terima kasih. Kalau tak approve pun terima kasih juga sebab baca. Maaf panjang sikit. Hehe

3 tahun lepas aku berkenalan dengan seorang lelaki yang aku puja hingga kini (sebelum clash, sekarang dah clash). Boleh dikatakan aku sangat lah sayangkan dia ni. Tersangat sayang. Sayang yang tak mampu nak digambar. *amboi sangat*. Aku berkenalan dengan dia sebelum kami masing-masing masuk ke alam U. Sepanjang tempoh perkenalan sebelum kami melangkah masuk ke alam U, kami sangat bahagia *bahagia lah sangat*. 24/7 contact, otp tetiap malam, wall-to-wall (jaman pesbuk dulu). Jenis aku, kalau aku sayang aku akan sayang bersungguh-sungguh. Kalau aku percayakan someone, aku memang akan percaya. Oh aku dengan dia ni long distance relationship. Jauh dan memang takkan jumpa hari-hari and memang sebulan sekali pun payah nak jumpa sebenarnya. Dan aku tersangatlah percayakan dia. Sebelum masuk U, macam-macam janji ditabur. Paling aku ingat, “Orang masuk U bukan nak becinta tapi nak belajar demi masa depan kita.” Siapa je yang tak percaya kan. Dah lah tengah sayang. Lepastu.. janji macamtu. So naïve, I know. Sampailah dia masuk universiti, semua berubah. Aku bagi kepercayaan 100%, sayang macam mula-mula kami jumpa dan berkenalan, tak pernah lupa setiap janji, sentiasa ingat setiap kenangan kami, sentiasa sabar even jauh. Walaupun jarang contact, tapi tak pernah lupa. Tahu dia busy, ada assignment, kena study, ada test.. Takkanlah nak layan kita 24/7 macam mula-mula jadi budak lepasan SPM dulu kan..

Hari berganti hari. Aku masih percayakan dia walaupun dah wujud sikit ragu-ragu. Dia slowly berubah, tetiap malam ada futsal (katanya), macam nak mengelak lah kan. But still aku boleh bersabar. Tak merungut, cuba bersabar, and maafkan.

Nak dijadikan cerita, Allah tu Maha Adil, Maha Tahu segala-galanya dan sangat sayangkan aku. Selepas hampir 2 tahun aku dengan dia bersama, aku dapat tahu dia ada orang lain yang memang dari semester 1 lagi diorang bersama. Pedih kan? Pedih.. sangat pedih. And dia dengan perempuan tu dah setahun lebih dah pun. Nak cerita daripada mana aku tahu semua ni, panjang sangat sebenarnya. Tak mampu nak hurai dan mungkin akan mengalirkan airmata.

Patutlah tetiap malam ada futsal, rupanya selalu study sesama, tengok wayang, berjalan sana sini. Kita dekat sini punyalah menjaga hati, menjaga diri, tunggu dia tetiap malam ws/call even pukul 1 2 pun still tunggu sampai kekadang tertidur. Sedih betul rasanya. And yup, lepas tau benda yang sebenar ofcourse lah dia betul-betul berubah. Dah tak macam dulu lagi semestinya..

Lepas tahu perkara yang sebenar, aku tak melatah. Aku still teruskan hubungan dengan dia even aku tahu dia contact lagi dengan perempuan tu. Aku maafkan tapi hati aku terluka teruk. Aku jadi over-protective yang memang scary betul lah kalau kau tengok. Boleh dikatakan setiap 10 minit aku nak call, Tanya dekat mana, buat apa, dengan siapa, check last seen ws. Tahu annoying tapi… hmm tapi apa lagi aku mampu buat. Nak jumpa, jauh… Hati aku sakit, aku pendam. Aku menangis, aku terduduk. Tapi aku tak mengalah, sebab aku sayang. Aku sayang sangat. Aku tak marah, aku redha. Even dia bercakap, aku masih boleh senyum dan maafkan. Dengar suara dia je mampu buat aku mengalir airmata terbayang apa yang dia buat dekat aku. Boleh bayangkan tak macam mana rasa sayang tu? Sayang sangaaaaat kan sampai sanggup maafkan semuanya. Orang cakap “bodohlah kau ni, baik sangat maafkan”, tapi diaorang taktahu apa ada dalam hati ni. Kalau dah sayangkan ~

Sampai satu hari, satu masa, airmata aku dah kering, terlalu kering untuk menangis. Hati aku dah kebal dan tak rasa apa lagi bila dia bercakap soal perempuan lain. Wallahi, aku sedih. Pasrah sangat. Nak lepaskan, sayang.. Tak lepas, makan hati.. Aku tanya pada diri aku, kenapa aku jadi macamni. Lemah kerana seorang lelaki. Macam mana aku nak hidup takde dia. Aku sayang dia.. Kenapa aku rasa terbeban sangat dengan perasaan ni walhal masa panjang lagi. Apa aku nak buat untuk heal perasaan ni. Kenapa kenapa kenapa. Airmata aku mengalir. Masa tu ofcourse lah sejadah jadi saksi airmata ni kan. Hekhekkk. Entah kenapa aku tergerak hati untuk taddabur al-Quran malam tu and TERbuka satu ayat dari Surah Al-Baqarah,

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk – Surah Al-Baqarah ayat 45”.

Aku menangis.
Allah. Allah. Saat tu laju airmata aku mengalir. Saat tu aku sedar, aku diuji sebegini mungkin sebab aku terlalu leka mencintai seorang ajnabi lebih dari aku mencintai Dia. Aku lupa Dia. Aku berkorban segalanya untuk orang yang tak pernah menghargai kehadiran aku. Lalu Allah kirimkan ujian hati yang teramat berat untuk aku hadapi. 3 tahun aku disia-siakan. Nampak macam “Eleh 3 tahun je kot”. Tapi 3 tahun tu penuh dengan kenangan dan harapan untuk aku dan dia kekal bersama hingga halal. Andai 3 tahun itu aku istiqamah mencintai Dia, mungkin aku takkan sekecewa ini. Aku tak salahkan takdir. Setiap pertemuan ada hikmahnya. Begitu juga perpisahan. Allah itu lebih tahu yang terbaik. Walaupun sakit, aku lebih memilih untuk pergi dan biarkan dia dengan kehidupan dia. Dan aku memilih untuk terus istiqamah menuju penghijrahan yang diredhai-Nya. Aku tak berdendam cuma aku nak bagitahu “What goes around comes around”. Terima kasih kepada perpisahan kerana mendekatkankan aku kepada Sang Pencipta Cinta yang sebenar, jadikan aku seorang yang lebih baik dari sebelum ni and takut pada manusia yang bergelar lelaki.

Buat kalian yang sedang hangat bercinta, andai tak mampu bertahan untuk menghalalkan, tolong jangan beri harapan palsu pada perempuan. Jangan menipu walaupun sekali. Rasa sakit tu tak tertanggung. Bukan mengada ke apa. Tapi umum tahu perempuan makhluk yang lemah. Even cakap sikit pun boleh cair, touching. Perempuan sensitif. Allah memang cipta sifat perempuan lemah. Rasa sayang suka cinta, memang fitrah. Tapi gunakanlah ia dijalan yang Allah redha. Bukan macamni.. Jangan terlalu mengharap pada cinta yang tak pasti. Sedangkan cinta Allah sebenarnya jauh lebih indah dari cinta manusia. Semoga kita dijauhkan dari cinta yang sia-sia In shaa Allah.

– Gadisfobia –

– -gadisfobia-

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

5 Comments

  1. I feel you..citer hmpr sama..but yeah move on coz Allah knows best. lama2 aku fkir hek eleh kapel je kot bkn ada apa2 but yeah girls…sensitif..n ada org bila dah syg camtula..but sadly x dihargai…insyaAllah akan ada yg tbaik..focus on ur study/job first, n plg pntg utamakan family n Allah…first mmg ssh but boleh tu..insyaAllah…llk cmtu poldahhhh

  2. Bila sedar cinta mana perlu kita kejar dahulu dan dia akan beri apa kita perlu dan Allah itu sentiasa ada. Kita manusia memang tak lari dari melatah. Jawapan dari persoalan kita semuanya ada dalam kalam Allah. Alhamdulillah Allah jentik hati kita dari terus terleka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *