Terperap Dalam Rumah

Tak tau nak mula dari mana, rasa macam hidup aku asyik ada je masalah. Tak tau kat mana silapnya. Rasa macam nak duduk sorang sorang, jauh jauh dari orang yang aku kenal. Nak duduk pulau sensorang sampai mati sebab takde sape nak kesah pasal diri aku.

Aku budak uni, pergi mana mana lone ranger. Nak buat kawan, orang tolak aku. Aku ajak gi mana semua busy, eh eh sekali tengok ha dah keluar dengan geng harhar ok faham, aku sedar diri. Padahal aku la tempat kau meluah dulu ei rasa dipergunakan je.

Takde faedah la kawan dengan kau masa odl dulu kalau aku tau. Yang geng baru kenal sem ni pergh bukan main rapat lagi memang aku tak wujud dah la. Kau ajak nak satu group tetiba kau masuk group lain ape ke bende sih.

Aku effort gi uni dari rumah apa semua, kau tu yang memang dah duduk dalam kolej tak nak join ok faham weh faham.

Ye la kalau join pun bukan aku boleh tolong ajar kau pun en aku kan bodoh ok. Konon nak naikkan pointer sem ni la hape la, kata2 kau tu palsu je semua tu, murah. Cakap tak serupa bikin. Lepastu acah guna emoji nak nampak baik bila tak nak join aku.

Oh kau, time busy hectic week orang ajak pergi klia kau pergi, sanggup. Duit konon takde, sanggup pergi. Masa hectic saimensssss menggunung sanggup pergi, takpe. Ni ha kalau aku ajak nak study kot, oh boleh pulak kau reject.

Study subject killer kot doh reti pulak reject orang. Nampak la priority kau. Cari kawan lain sih aku sem depan. Muka dia pun aku tak nak tengok.

Ingat kat uni je problem well ofc banyak lagi cerita lagi2 masa odl 2 tahun macam ape je, tapi tu dah terbuku dalaaam dah. Penat lah nak bawak keluar sekarang.

Ni hah kat rumah pun sama. Kalau aku cakap benda sikit je, semua salah, aku cakap je tak dengar, tak dapat perhatian ei. Cakap sekali senyap je, takkan la nak naikkan suara tiap kali aku nak cakap? Penat lah. 

Kalau dah sekali tu tak dengar, of course la geram sikit kan bila takde sape yang layan. Bila naikkan suara tu mesti la bunyi tegas sikit nak orang dengar. So bunyi macam marah padahal tak pun, nak cakap pun masalah haha. Lepastu rasa serba salah padahal bukan salah aku pun.

Kalau dah tak nak tengok anak ni, tak mampu nak layan anak ni, suruh je pergi belajar jauh2. Tak yah nak mintak study kat uni sejengkal dari rumah ni ha. Yes, parents, tapi kau tak patut kongkong hidup aku. 

Nampak la suruh study dekat sebab nak kongkong tu ei. Nak guna anak ni kalau apa2. Har har dah macam barang je aku ni pakai bila nak, buang bila tak nak. Repeat cycle sampai abang jamil mam. Nak keluar mana mana tak boleh. Nak kena keluar senyap2 baru dapat kenal dunia. 

Orang tanya benda2 pun tak tau sebab apa? Yes sebab duduk bawah tempurung. Bukan nya aku pergi buat maksiat pun yang tak bagi tu. Lepastu yang kalau aku cakap je semua tak kena tu.

Kalau abang buat apa2 semua betul dimata. Aku cakap benda betul, kena label bising lah, suruh diam lah. Eh aku ni anak kau kan? Apa yang benci sangat kat aku?

KALAU TAK BOLEH LAYAN ANAK SAMA RATA, ADIL, TAK PAYAH ADA ANAK RAMAI2 LAH. SAYANG SANGAT ANAK ANAK JANTAN KAN, KENAPA YANG BETINA NI SIMPAN? kalau yang abang tu, dia tengah buat tesis, dia busy fyp. Back up mati matian.

DAH TU AKU TAKDE STRUGGLE AKU KE?! Nak story bagitau struggle nanti kena cut la confirm. Cakap sepatah terus cut.

Eh aku tak leh la order nak suara macam mana masa belum lahir yang sampai aku nak cakap pape je kena potong, kena celah. Macam aku tak layak bersuara langsung sehabuk. 

Abang tu member ada je bila mintak tolong. Aku? Hah macam kera sumbang. Aku dah masuk uni, patut dah matang! Tapi kenapa aku macam ni la duhh.

Masa kecik tak dapat layanan dari mak takpe, sebab ayah ada lagi so rasa bias tu still rasa tapi boleh cope lagi. Sekarang? Haha. Anak sendiri tak layan, anak buah eh eh bukan main sayang. 

Dah tu masa aku kecik kau tak sayang aku, kenapa dah besar kau pergi sayang budak kecik anak orang?! Ni ha sedara plak takde common sense asyik menumpang weekend kat rumah aku. Eh lepastu bilik aku yang jadi mangsa. 

Jaga kehormatan lah konon kalau anak perempuan keluar. Eh babi anak laki keluar selama ni tak de plak kau cakap pape. Kedudukan aku kat rumah ni apa ye? Tak macam anak, hamba pun dapat layanan lagi elok lah!!!

Orang kata tak baik dendam, dosa, dah tu aku nak buat apa bende macam ni?! Hidup tak berkat sebab rasa macamni dengan parent sendiri. Tapi bukan aku saje2 nak rasa macamni. Apa aku tak layak marah ke kalau bende ni jadi?

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *