Ibu Tidak Merestui

Assalamualaikum, saya ada seorang kawan namanya Ali (bukan nama sebenar). Kenal dah dekat 4 tahun. Boleh dikatakan memang kenal dia luar dan dalam dan sangat2 rapat dengan dia. 

Jujur saya kata hebatnya ibu dan ayah dia yang telah berjaya mendidik dia dari kecil hingga besar. Dia seorang yang menjaga hubungan dia dengan Allah dan rajinnya dia ke masjid.

Secara ringkas saya boleh kata Ali nie seorang yang kuat bersabar, baik sangat2 dan sentiasa berfikiran positif. Tak pernah nampak jahat orang dan kadang2 suka bagi nasihat untuk kita selalu positif. 

Mungkin sebab perwatakan dia yang macam tu buatkan si perempuan tu cair kot dengan dia. Hahaha. Ali nie seorang lepasan Diploma aircraft engineering dan pasangan dia tu bakal cikgu sekolah tak silap belajar di IPG. 

Straight to the point, kisahnya dia tak pernah bercinta & couple dengan mana2 perempuan.. Kebetulan tahun lepas dia kerja sebagai rider food delivery dan berkenan dengan seorang staff partime f&b..

Dia mintak nasihat dekat kami macam mana nak approach perempuan dan bagi tips suruh mintak ig.. Sampaikan nak keluarkan fon amik ig perempuan tu tanggan dia mengeletar laa sebab malu punya pasal.. Hahaha.

Ali memang cakap dia pasang niat nak kahwin dan dia terus kumpul duit. Tapi dugaan dia besar sangat, dia difitnah sehingga terpaksa dibuang kerja dan tidak dibayar gaji, tahun lepas ibu dan ayah dia plak bercerai & motor dia plak rosak dan terpaksa overhaul.

Tapi macam saya kata Ali nie seorang penyabar dia tak salahkan takdir dan terus positif dan percaya dengan rezeki Allah. Ayah dia seorang supplier perabot selama 4 tahun ayah dia ada business sendiri.

Kebetulan memang betul apa rezeki Allah nie tiba pada masa yang tepat, ayah dia berjaya membuka kilang sendiri dan Ali yang menganggur dapat kerja bersama ayah dia. Biasala bila bisnes mula berkembang tak boleh nak expect yang gaji dia mewah. 

Tahun nie Ali tekad nak masuk meminang dan ayah budak perempuan tu bersetuju nak berkenal dengan dia.. Tapi macam ramai ustaz kata, ibu2 nie akan jadi satu cabaran.. Ibu perempuan tersebut tak suka dengan Ali dari awal si anak dia berkenan dengan Ali.

Di pandangan ibu perempuan tu, Ali seorang yang tak ada masa depan, orang yang jahat dan macam2 lagi laa.. Tak sekufu dan dituduh Ali nie bakal jadi biawak hidup.

Saya dengar confession dari Ali sampai panas telinga dengar. Apa yang dikatakan ibu perempuan tu adalah fitnah dan lebih kesian ibu tu tak pernah jumpa dengan Ali dan kenal dengan Ali!!! Sahabat saya yang baik macam tu dihina sebegitu apa dosa dia.

Actually mak dia ada calon lain, dan cuba kenankan anak dia dengan seorang pegawai tentera. Mak dia paksa mereka untuk berpisah dan Ali terpaksa reda dan tak sempat pun berjumpa dengan kedua orang tua perempuan tu.

Hebatnya Ali, Allah sayang sangat dekat dia. Ramadhan tahun nie dia dapat offer dengan kawan2 dia untuk jadi imam/bilal tarawih, pihak masjid ajak berbuka puasa dan tak silap saya lepas raya 3 orang parents berkenan nak nikahkan Ali dengan anak mereka..

Tapi Ali trauma. Dia tak pernah bercinta dengan perempuan 25 tahun dan first time putus cinta jadi dia terpaksa tolak ajakan tu. 

Lepas raya, business Ali semakin berkembang dan mereka akan membuka sebuah lagi cawangan kilang yang lebih besar. Memang Allah maha adil, Ali pun akan dinaikan gaji dia.

Tapi bagi dia, kekayaan bukan sebuah kebahagiaan. Dia cakap apa yang dia mahukan adalah orang yang tersayang kembali kepada dia.. Yang dia maksudkan adalah fam dia dan pasangan dia.

Pasangan dia walaupun seorang cikgu sekolah, dia seorang yang selalu bagi semangat untuk Ali dan selalu menjadi tempat Ali kongsi cerita.

Ali pernah cakap pasangan dia sanggup susah senang dengan Ali walaupun tahun lepas Ali tak ada pekerjaan dan dibuang. 

Jadi saya nak tanya pendapat pembaca, apa yang perlu saya bagi nasihat ya dekat Ali. Sekarang saya rasa Ali seorang yang boleh dikatakan sudah hampir success dengan perniagaan dia.

Should he fight for the love one. Walaupun ibu dia dah mentah2 reject macam tu. Or should he move on find someone better.

Ali pernah cakap, dia nak perempuan tu sebab perempuan ada time susah senang dia. Dia nekad nak didik perempuan tu agama seperti mana dia dididik dari kecil. Dia tak nak orang lain memilih dia kerana harta dan pangkat bagi dia.

Orang yang memilih kerna harta dan pangkat, itu bermaksud dia memilih kerana dunia. Kalau memilih kerna agama itu bermaksud dia memilih kerana Allah dan pasangan dia suka dekat Ali sebab dia percaya Ali boleh didik dia.

Soo what you guys think. Saya jadi serba salah nak bagi nasihat dekat Ali.

And last thing i have some advice dari Ali sendiri jugak quote nie. “Perempuan tu dinikahkan dengan 4 benda keturunan, kecantikan, hartanya & agama”

Kenapa kita kena pilih Agama..

Dengan Agama dapat mendidik kita untuk bersyukur (Cukup dengan sifat syukur akan buatkan orang yang miskin akan berasa kaya)

Dengan Agama dia dapat mendidik hati untuk malu berkenalan dengan perempuan lain dan menjadikan pasangan dia adalah wanita paling cantik di mata dia

Dengan agama dia akan mendidik kita untuk mengenal Allah dan dia la sebaik2 yang Maha Mulia dan segala puji hanya berhak untuk dia

Terima kasih Ali atas nasihat ko bagi walaupun ko tengah broken aku tahu. 

– Kawan Ali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. aik?? tak istikharah ke? kata Ali warak.. awal2 dh bergantung kt manusia..

    aku pun pernah je kecewa dgn ex, isu dia bkn ex aku, tp family dia.. aku istikharah, Allah tarik rasa syg aku.. mmg aku xde rasa apa dah, this happen quit few times.. dan aku percaya Allah mmg tarik rasa tu masa aku habis doa istikharah.. aku bkn jenis dpt mimpi ke ape, aku jenis Allah tarik perasaan syg aku.. masa tu aku mmg xleh nk terima apa2, aku tolak je ex aku.. xde ape rasa yg tertinggal..

    • Itu fitrah manusia… Rasa sedih itu fitrah manusia dan x menjadi satu dosa pun .. Rasanya penulis tu x kata diaa warak.. Sedangkan nabi yang sempurna dan maksum pun ada rasa sedih apabila ditimpa dengan kehilangan seseoranf.. Seperti cerita si julaibib walaupun ramai tak peduli pasal dia tapi nabi peduli sehingga dia wafat dalam perang nabi sedih sngat2 smpai angkat jasad … Lain la kamu mungkin jenis maksum level keimanan kamu tertinggi x pernah ada rasa sedih seperti manusia .. Alhamdulillah tahniah keimanan kamu adalah di tahap tertinggi sehingga x pernah bersedih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *