Tersepit

Ayah aku seorang yang sangat suka memburukkan family mak aku. Ye family mak aku bukan la 100% perfect, ada juga lompong sana sini..macam tu juga family ayah..tapi ayah suka burukkan family mak, sampai ke satu tahap kita sendiri pun terasa fed up dengar..

Aku kesian dgn mak aku, tersepit antara tanggungjawab seorang isteri dan anak. Aku tahu lepas berkahwin isteri adalah di bawah tanggungan suami, tapi kalau ayah minta bantuan kena bantu. Dan disini juga ada sikit kesilapan, seorang ayah harus tahu bila anak perempuan dah berkahwin segala aktiviti perlu mendapat keizinan suami, dan hal rumahtangga sudah berada dalam senarai no.1 dalam kehidupan. Tapi datuk aku jenis tak faham, walaupun berbini tapi masih mengharapkan mak aku utk satu2 hal, paling ketara bab masak dan mengemas. Mak aku disuruh masak atas sebab saudara mara akan pulang. Paling tidak, datuk aku akan suruh mak aku buat ais ketul, alasannya adik2 nak balik nnt takde ais nak bancuh. Walhal dia ada isteri, dan sepatutnya itu kerja2 isteri dia. Entahlah, aku sedih tgk mak aku.

Disebabkan ayah aku juga jenis payah bertolak ansur dan kurang memahami, mak seringkali terjadi pergeseran dan aku selaku anak turut rasa apa mak rasa bila ayah suka burukkan, kutuk, perli mak dan family. Ayah suka buat perangai taknak pergi rumah datuk. Dari kecil kami seolah2 dilatih utk bagi alasan utk cover ayah. Malu kami ayah tak pernah fikir. Ye, itu juga antara sifat ayah yg aku kurang berkenan. Dia suka lari dari keadaan yg rumit, lari dari masalah dan biarkan kami cari alasan utk tutup diri dia. Pernah ayah aku tak hadirkan diri ke majlis kahwin saudara. Jenuh kami bagi alasan, yang pastinya mmg tak masuk dek akal sebab ayah aku bukan kerja shift yg memerlukan beliau rehat secukupnya, bukan juga bekerja di hujung minggu, dan kereta beliau ok saja kerana dipandu ayah saudara aku utk ke majlis tersebut sambil membawa kami. Sumpah, aku letih dgn kerenah ayah. Kalau aku letih, bayangkan mak aku. Sebab tu aku 100% simpati dgn mak aku.

Tapi satu hal yg pasti, mak aku tak pernah kedekut kederat. Pergi la ke mana pun, muka mak aku mmg setia di dapur. Sewaktu kenduri kesyukuran belah ayah aku, mak aku banyak tolong bab masak. Bayangkan masak utk kenduri. Tapi mak aku tak pernah bersungut. Ada je lagi benda mak aku buat utk family belah ayah, tak perlu cerita lebih detail bimbang ada yg perasankan aku. Tapi itulah, mak aku tak pernah merungut. Tapi ayah tak pernah nampak. Sebab? Sebab tu family dia. Family dia salah pun, dia tetap akan kata family dia betul, orang yg jahat. Bagus la back up adik beradik, tapi kalau terang2 buat atau cakap benda jahat tapi masih nak bela kita pun meluat. Kalau mak masak atau buat kerja kat rumah datuk aku, ayah akan perli2 siap kata mak aku barua. Hurm. Ikutkan hati rasa nak je cakap kalau aku dah kahwin nanti boleh la aku balik rumah goyang kaki biarkan mak aku masak sorang. Siap masak aku longgok anak2 dgn laki aku kat meja makan bedal ramai2. CUma aku tak gamak nak cakap sebab aku taknak gaduh.

Dalam hal ni pada aku ayah dan datuk aku sama2 salah. Datuk aku tak faham tanggungjawab isteri kepada keluarga, dan ayah aku yg tak nak faham apa itu berbakti kepada keluarga. Entah, aku tak dapat bayangkan macam mana peel ayah aku once kitorang adik beradik berkahwin dan beranak pinak. Harap2 berubah. Kalau asyik dgn ego je, memang makan hati wey. Aku tak kahwin lagi tapi aku stress fikir perangai ayah aku yg suka buat perangai. PErangai tiba2 taknak bercakap dgn orang, orang dtg rumah dia keluar, kdg2 dia join tapi dia diam macam tunggul. Orang tanya soalan dia buat dungu..maaf la ayat kasar tapi mmg ye pun. Dia boleh tengok je muka orang yg btanya lepas tu buat muka toya. AKu tau dia sengaja, bila aku cakap kat mak, mak akan kata tak la, ayah kau tak dengar tu. Alahai mak, jangan tipu kakak la, macam tak kenal perangai mak yg selalu cover ayah. Hurm..

Disebabkan hal ni juga aku agak was2 nak rapat dgn lelaki. Bimbang lelaki yg aku pilih tak menepati citarasa ayah. ENtah, aku pun sebernarnya tak tahu apa ayah nak , sebab dia mmg suka buat perangai. Aku takut nanti dia buat perangai tarik muka, taknak bertegur sapa dgn suami aku, halau2 pukul2 anak2 aku..ayah aku suka buat macam tu kat budak2 yg buas sikit..bukan buas pun, adat la budak2 main berlari2 lepas tu pergi kat dia. Mesti ayah buat acah2 nak pukul sambil cakap pegi! Pegi! Pegi! Dgn muka bengis. Hurm, tak payah kata anak orang, aku dulu pun kena.

Sebenarnya aku confess ni nak cerita pasal mak ke pasal aku? HAhaha..korang dah besar2 kan. Harap korang dpt hadam confession aku ni. Adui nampak beno stress. Pfft

– una

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *