Teruskan atau stop?

Salam warga iium confessuon. Aku cuma nak share la apa yang aku lalui. At the same time nak mintak pendapat anda2 semua.

Dulunya, aku ni seorang yang sangat anti dengan kapel2 ni. Tapi, takdelah kalau kawam aku kapel aku kutuk2 caci2 dia. Cumanya benci perbuatan dia dalam hati je la at the same time rasa sedih kat diri sendiri sebab tak berani nak tegur.

Tapi, lepas masuk u ni. Aku mula ada perasaan nak kapel. Rasa nak tahu apa sebenarnya perasaan kapel ni. Seronok ke apa ke. Sebab aku dulu seorang yang boleh dikategori cantik laa. Ramai gak yang nak try. Tapi aku macam tak layan gitu. But, lepas pmr aku jadi gemuk and muka banyak jerawat. Dah takde orang nak try. At first, aku happy takde orang ganggu aku lagi. Tapi, bila da masuk u ni. Tengok kawan2 semua dah ada bf. Aku sorang je single, aku mula fikir balik ” Kenapalah aku sombong dulu? Kenapalah aku tak layan je mamat2 yang nak try aku dulu? Kenapalah aku gemuk?” Tapi, aku cepat2 istighfar. Aku tahu kapel tu haram and tak baik persoalkan benda yang dah lalu.

Now, aku try nak kuruskan badan. Still trying. Dah turun la beberapa kilo. Tapi kadang2 aku takut. Aku takut aku nak kuruskan badan bukan niat kerana Allah. Sebab, aku pernah sentap dengar orang cakap. Tubuh badan ni amanah Allah. Kita kena jaga sebaik mungkin. Memula memang la gitu. Tapi, kadang2 ada suara2 sumbang kata “Lepas ni, semua laki pandang kau la”. Aku takut aku buat ni sebab laki. Aku taknak.

Allahu. Patutlah istiqomah tu amalan yang paling disukai Allah. Sebab kita nak istiqomah niat kerana Allah tu susah. Ada ja suara2 sumbang yang cuba nak ubah fikiran kita.

So, sekarang ni aku nak tanya pendapat korang. Wajarkah aku teruskan plan nak kuruskan badan ataupon stop? Sebab aku takut iman aku tak kuat sekiranya Allah uji aku dengan datangkan laki yang nak ajak aku kapel or anything yang sama maksud dengannya.

– Jun

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Form Link

6 Comments

  1. sis satu ja nk pesan… sis just fikir yg Allah nk jauhkan sis dri maksiat…sbb tu dia jadikan sis mcm ni… Ada hikmah knpa Allah buat centuu.. Just think positive.. Allah yuftah alaikum sis

  2. Utk kesihatan. Teruskan berdoa dan berada dalam environment yang baik utk tak terjebak even dah kurus nanti.

    Kalau tak kurus pun, mgkn ada yg nak jugak kan. Apa yg pntg kne belajar cekalkan diri.

    All the best sis

  3. Couple? You want men to break your heart many times, waste money waste time, and make you lose your virginity without halal reason ah? Lose weight. Not your virginity.
    Koh koh koh koh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *