Think positive.

Sejak aku pernah buat confession kat sini dulu aku rajin baca confession yg pelbagai ragam. Kalau ada pertandingan page confession paling best aku mesti vote untuk iium sebab aku suka baca respon dari komen² kat sini, sangat positif & membantu. Okay sekian.

Cerita sebenar dia, aku tengah bosan dan tetibe rajin nak menaip. Jadi lah cerita dia macamni..

Aku rindukan family aku walaupun baru je balik rumah.

Macam ni lah, dulu-dulukan walaupun dulu-dulu tu dah habis aku nak cerita jugak yg aku ni anak sulung dan ego anak sulung aku ni sangat lah tinggi bila kena berkongsi kasih-sayang dgn 6 lagi adik-beradik. Masa kecil² aku disayang bagai menatang minyak yg penuh kononnya lah sbb aku baby first kan mesti lah parents excited nak jaga. Lol hahah. Manja betul tak boleh nak berenggang dgn mak ayah tp tu sebelum ada adik ramai lah hahah. Bila dah ada adik, tak dapek do nak bermanja, nanti adik aku pandang slek je hahah.

Dulu aku ni nakal, nakal aku mula menjelma bila masuk sekolah menengah. Bukan nakal kat sekolah pun tapi kat rumah. Aku dulu selalu memberontak bila tak dapat apa² dr parents aku. Contohnya mcm merajuk tak cakap berapa hari, menjeling, masam muka. Aku tau benda tu berdosa. Bila dah bosar sikit ni insaf dah. Huhu. Ye lah kena berkongsi kan adik beradik ramai. Parents aku pulak bukannya kayo mana pun tp aku bersyukur lah ada parents. Gila ko, aku tak dapat bayangkan kalau bayangkan pun aku dah rasa sedih mcm mana hidup aku tanpa parents. Aku tak kuat even luaran aku nampak mcm independent( ni org kata la) kalau dorang pergi tinggalkan aku selamanya lg² aku perempuan anak sulung.Hukhuk

Dulu time kecik pun aku sempat merasa tali pinggang, rotan, hanger kena pijak lah mcm² lagi sbbkan nakal aku ni susah nak bedung. Tapi benda tu semua jd pengajaran buat aku sekarang. Kalau tak kena benda tu semua mesti skrg aku lg teruk. Hahah. Thanks jgk kpd omak & bapak den.

Tiba-tiba sampai lah satu hari, ada something yg kau tak expect boleh berlaku dlm hidup kau. Parents buat hal. Sampaikan aku pernah rasa kenapa aku dilahirkan dlm family mcm ni? Jahatkan? Aku start memberontak benci kat dorang semua mcm². Time² tu lah setan tepuk tangan sbb misi dia nk sebarkan api kebencian dah nak tercapai.

Time tu aku buntu tau taktau nak buat apa & takde tempat nk mengadu selain berdoa kat tuhan supaya kembalikan parents aku ke jalan yg benar. Ye aku ni pemendam perasaan, suka simpan sorang². Sampai lah aku terjumpa 1 page confession ni mcm boleh membantu sikit iaitu iium. Dr awal lg aku dah upkan nama iium je hahahah. So aku luahkan kat sini. Thanks kpd yg respon dulu.

Lepas aku nasihat apa semua dah setel. Aku berserah kat tuhan je. Bila dah sedar perbuatan aku memberontak mcm tu tak dpt apa pun kan aku cuba ingatkan diri aku balik "benci lah perangai dia, jangan benci si pelakunya" then dr situ aku keep calm & chill lah wey dia parents aku kot. Mak ayah yg dah jaga aku dr kecik sampai besar. Kau ingat senang ke nak jaga manusia yg banyak ragam ni? Bersyukur ada mak ayah yg sanggup jaga aku lagi. Insaf jgk bila terbaca ada mak/ayah tinggalkan/tak ada nak jg anak dia dr kecil.

Sekarang ni aku just kena fikir positif. Bila mak ayah aku buat something mesti ada sbb dia buat mcm tu kan. Aku risau bila aku tak jaga relationship aku dgn parents, aku rasa mcm hati aku tak tenteram. So bg hilangkan rasa tu aku mesti cakap something kat parents aku wlaupun sepatah pun jd lah. Tu pun dah buat aku lega. Sejahat mana pun mak ayah tu bg aku tu lah satu²nya mak dan ayah yg aku ada yg pernah jaga makan pakai aku, manjakan aku dulu. Aku suka bila mak ayah aku tanya aku dah makan ke belum? Even benda seringkas tu pun dah buat aku terharu dlm diam. Nampak lah mcm aku ni tagih kasih sayang mak ayah. Tapi mmg betul pun hahaha. Yelah, aku kan kena kongsi kasih sayang dgn adik beradik yg ramai. Tak kesah pun part adik aku tu even dorang tu pun perangai 2×5 cm aku, aku pun sayang gak dorang sbb se annoying mana pun adik aku tu dorang akan ceriakan hari aku jgk dgn annoying dia hahaha.

Aku ni bukan lah anak yg baik sgt pun tp aku cuba dan cuba untuk jd lebih baik di masa akan datang. Sentiasa doa mak ayah panjang umur, sihat selalu & tempatkan mereka dikalangan orang yang beriman. Amiin. Thank you sudi baca sampai habis. :D

– Anak omak ayah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *