tiada tempatkah utk anak luar nikah?

Salam admin. Ada orang post pasal anak luar nikah baru ni. Aku jadi tertarik pulak. Sebenarnya, tak semua orang tak boleh terima sebenarnya. Kalau lelaki itu sayangkan kau kerana agama yang kau ada, insyaAllah dia boleh terima. Alhamdulillah, post baru ni mengatakan yang ibunya mengandungkan dia kemudian baru berkahwin dengan ayahnya. Aku tak punyai nasib yang sama. Tidak tahu ayah aku wujud atau tidak, ibu aku pun tak pernah aku bertemu rupa. Namun ak bersyukur kerana dikurniakan keluarga angkat yang sangat baik. Ibu angkat aku pernah cakap yang aku ni anak orang indon. Ayahku dari sana. Alhamdulillah, sepanjang aku hidup bersama kawan2ku, rata-rata menerima. Dan mereka tak sangka yang ada kawan seperti aku. Dan akhirnya, aku juga menemui orang yang boleh terima aku dalam hidupnya. Aku harap keluarganya juga menerimanya. Bersabarlah. Ada sinar kebahagiaan yang menanti utk hambaNya yang bersabar.

– ok

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *