Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, terima kasih kerana menyiarkan luahan. Terima kashih juga kepada anda semua yang sudi membaca.
Nama diberi Rahmad. Berumur awal 30an, berasal dari pantai barat semenanjung Malaysia dan kini bekerja dan menetap di sebuah kawasan luar bandar di pantai timur semenanjung Malaysia.
Masih bujang dan tidak pernah berada dalam suatu hubungan romantik dengan mana-mana wanita sepanjang aku hidup ni. Berdasarkan 9gag, legends said that bila dah berumur 30 tahun dan masih virgin/ single, lelaki tersebut akan bertukar menjadi seorang wizard.
Dari segi fizikal, ketinggian aku agak average, dalam 175cm. Manakala berat badan aku agak obes, BMI dalam 35 sebab aku suka memasak dan apparently bila kau tinggal berseorangan, kau tend to cook for two rather than one. Sedap tu tak pasti lah, tapi tekak aku bolehlah telan.
Dari segi paras rupa, aku tak pasti pandangan orang terhadap aku sama ada aku tampan atau pun tidak. Tetapi dalam seminggu, paling banyak selalunya aku akan berasa tampan sebanyak dua hari dalam seminggu. Tak lebih.
Tujuan aku menulis ini adalah untuk meluahkan masalah yang aku hadapi dan mungkin anda boleh memberi penyelesaian kepada masalah ini.
Diulangi sekali lagi bahawa sepanjang aku hidup, dalam 30 tahun lebih ni, aku belum pernah berada dalam suatu hubungan romantik dengan seorang wanita.
Selalunya aku akan syok sendiri pada wanita tersebut, dan bila aku nak make a move, wanita tersebut secara tiba-tiba berada dalam perhubungan romantik dengan seorang lelaki yang obviously bukan aku.
Perkara ini dah berlaku sejak aku mula sedar akan perasaan suka kepada spesies yang berlainan jantina ini. Bukan baru satu atau dua kes, tetapi hampir 10 kes perkara pelik ini berlaku. Jadi, aku ingin kongsikan 2 kes yang berlaku recently.
Kes 1:
Perkara ini baru berlaku dalam awal bulan ni. Aku minat dengan seorang gadis ini. Aku namakan dia B. Kami tak pernah kenal secara peribadi/ bersemuka tapi kami mempunyai beberapa mutual friends.
Aku berkawan dengan dia dalam social media hampir 10 tahun dan aku sedar akan kewujudan B ni 5 tahun yang lepas, dan dia sedar kewujudan aku probably dalam 3 bulan yang lepas.
B berasal dan bekerja di negeri asal aku. Jadi aku dah plan bolehlah jumpa dia masa balik kampung nanti. Sambil menyelam minum air bak kata pepatah. Tu pun kalau dia pun syok kat aku lah. Aku cuma berinteraksi dengan B melalui media sosial.
Sebelum aku nak approach B ini, aku dah melakukan penyiasatan. Berdasarkan post di pages media social B boleh dikatakan B ini totally single.
Untuk double check hasil penyiasatan aku, aku bertanya kepada one of our mutual friends, samada B ni single and available, but to no avail, our mutual friend did not respond to my inquiries.
Jadi, aku pun mengambil risiko untuk mengapproach B which is a very big thing for an overthinker like me. Our first conversation was about smartphones some 3 months ago. B nak beli phone baru, dan aku pun berilah some input. After that, aku try to flirt dengan B.
But since dah lebih 30 tahun tak pernah berjaya pikat mana-mana wanita, there was no charm in me. So, I used memes and GIFs (pronouced as gif not jif).
B respons la jugak dekat memes dan GIFs yang aku hantar tu. Mostly haha dan lol. Once, aku try la nak minta phone number B. She chuckled and said that escalated quickly.
Jadi untuk menunjukkan bahawa aku ini bukan seorang yang mudah patah semangat, aku abaikan respons B masa aku mintak phone number dia,
Dan aku cuba mengenali B dengan menanyakan soalan-soalan basic tentang diri dia dan kadang-kadang aku akan hantar some stupid and funny memes.
But she responded coldly and selalunya seen je la. Bila dah jadi macamtu, aku dah start patah hati. Dan inner voice aku mula la berkata. Antaranya,
“Kan aku dah cakap, siapa je yang malang sangat nak sukakan kau?”
“Siapa je yang suka orang gemuk macam kau? Kau sendiri pun tak suka perempuan yang gemuk.”
Finally, awal bulan haritu B ada post something dekat social media dia. Indirectly dia beritahu yang dia dah ada someone since the past 2 months. Obviously bukan aku la. Sebab dia respond kat aku pun coldly. So, after nearly three weeks, aku dah boleh move on kot.
Kes 2:
Yang ini berlaku semasa aku buat masters degree aku pada tahun 2018. Aku namakan dia K. Aku mendaftar lewat seminggu.
Jadi bila mula-mula masuk kelas, K lah yang first sapa aku. Dia agak friendly. Kemudian, aku dan K ni pulak ditakdirkan berada dalam satu kumpulan yang sama.
Masa semester 1 , kitaorang agak rapat sebab akan berjumpa dan belajar bersama hampir 5 hari seminggu. We shared the same sense of humour.
Dia gelak bila aku buat lawak dan shared memes aku. Dan bila aku dah start mula suka kat seseorang, mula la asyik daydreaming. Mostly tentang kehidupan bersama la. Contohnya, dia ada kucing, aku pun ada kucing. Mula la aku berangan how to make our cats to get along. Pathetic kan?
So, bila dah masuk sem 2. Aku dah mula la plan nak make a move on K ni. Aku rasa dia still single sebab masa kitaorang lepak and talked about our life dia tak pernah cakap pun yang dia tengah dalam any romantic relationship.
Masa ni aku selalu tease dia. Tagged insta dia dekat post yang aku rasa funny. I kept the feeling to myself tapi aku ada cakap dekat roommate aku yang aku suka someone in our class.
Tapi aku tak disclosed la nama K daripada roommate aku. Memang nasib baik aku tak cakap yang aku suka K dekat roomate aku.
After a few weeks. Roommate aku ditugaskan sebagai emcee untuk sebuah majlis pertunangan. Aku tak tahu la siapa yang bertunang masa tu. Agak grand juga majjlis tersebut. Diadakan di sebuah hotel di ibu kota.
Petang tu, aku nampak dalam insta story that most of my classmates menghadiri majlis tersebut.
Tapi aku tak hadir la, sebab tak dapat apa-apa jemputan. Aku agak maybe ni mutual friends diorang, sebab mostly classmates aku tu masa degree dari universiti yang sama.
Tiba-tiba, dalam satu insta story tu, aku nampak pasangan yang bertunang tu. Bila tengok yang perempuan tu, macam familiar, tapi muka lain sikit sebab heavy makeup. Finally, bila aku ternampak nama yang bertunang tu, ada nama K dan pasangan dia.
Fuhh. Nasib baik aku tak confess dekat K dan beritahu roomate aku yang aku suka K. It will be an awkward semester for the three of us. Sekarang ni K dah bahagia dan dah ada dua orang anak. Lepas habis masters, aku terus cut off contact dengan K.
Jadi kepada wanita yang still single tu, bagi je aku suka kau. Jangan risau bila aku suka kau je, automatic kau akan in a relationship. Tapi bukan dengan aku la.
Setakat ini sahajalah kisah aku. Aku berharap pembaca semua dapat doakan aku supaya jodoh aku dipercepatkan dan jodoh tersebut boleh menyayangi dan mencintai aku sepenuh hati.
Aku pernah cuba online dating, tapi bila dah match, dan start conversation, perempuan tu unmatch. Aku pernah la juga matched dengan seorang transgender.
Dalam apps ni female kena mesej dulu. Sampai sudah trans tu tak mesej aku. Tengok, bukan sahaja wanita, transgender pun tak nak dengan aku. Haha.
– Rahmad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit