Tinggal solat
Aku budak smka, dari form 1 sampai form 3. Masuk form 4 aku masuk sbp. Sekarang aku dah grad dah pun. Masa sekolah dulu aku la antara yg terawal solat. Kalau sebelum subuh tu aku la yg tukang buka pagar surau perempuan. Hmm nak dijadikan cerita, aku masuk sebuah ipta yg bukan basic agama. Maksudnya bukan usim ke uia ke. So kat situ biah dia tau2 je la kan.
Awal sem aku masih lagi konsistan cuma aku maathurat tu kadang2. Lama kelamaan, maathurat aku tinggal. Aku just baca quran n solat je. Kadang solat lewat. Takde sape pun tegur aku solat lambat. Kalau aku x solat pun takde sape nak tegur. Sendiri punya hal.
Start sem seterusnya aku mula aktif dlm persatuan. Aku mula bergaul dgn macam2 orang. Mula-mula malu, lama2 siap bergelak sakan, balik bilik pun lambat sebab konon siapkan kertas kerja dkt bilik persatuan. Padehal sibuk menyembang laki perempuan.
Dulu, aku lah yg pergi surau paling awal, tapi dah berputar 360 degree. Aku lah yg paling lewat naik bilik asrama.
Lama kelamaan subuh lewat bukan lagi masalah, tak subuh pun takde masalah. Dah macam kapir tido kul 4 pagi bangun 9 pagi terus gi kelas. Kadang kalau kelas berderet petang, balik dari kelas terus tido sampai maghrib. Lepas solat maghrib terus gi aktiviti persatuan.
Balik dari aktiviti, tak isyak tak apa terus tido.
Hmmm sekarang dah lama aku tinggalkan ipta tu. Tabiat tinggal solat tu dah jadi kebiasaan.
Aku suka dengar ceramah agama dekat tv alhijrah, ilmu aku tu alhamdulillah banyak. Orang pun selalu rujuk aku kalau tak faham apa2. Nak mengaji pun suruh aku ajar.
Tapi. Aku SANGAT malu dengan diri sendiri. Ilmu agama tinggi tapi tak boleh lagi konsisten solat penuh. Bayangkan lah solat 5 waktu pun susah apa lagi nak solat awal tiap waktu.
Bila terdetik nak solat awal, aku akan terus pergi. Tapi bila malam, isyak aku tinggal.
Setiap hari aku berjuang untuk solat penuh 5 waktu. SETIAP HARI.
ADA SAPE2 ADA SOLUTION UTK BINA SEMANGAT AKU SOLAT 5 WAKTU DGN CUKUP & AWAL. AKU RINDU TAHAJJUD, SOLAT SUNAT, SOLAT HAJAT, JEMAAH AWAL WAKTU MCM KAT SEKOLAH.
JUJUR AKU RINDU :'(
– Ex smka
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/