Cerita aq mungkin biasa2 saja. Tapi aq teringin sgt nk bercerita. Moga ada iktibar buat semua.
Aku gadis biasa. Sejak dari bangku sekolah memang tidak dinafikan aku punya ramai peminat. Even time tu aku sekolah di sekolah perempuan saja. Ditakdirkan aku memang jenis tak suka ikut peraturan asrama. Leceh. Semua menda tak boleh. Puas aku merayu untuk tinggal diluar exp rumah sewa tapi tidak diizinkan. Sehinggalah aku berada di tingkatan 5, aku diizinkan ibu bapaku untuk tinggal diluar asrama. Tapi bukan rumah sewa. Tapi rumah sepupu mak aku. Kira anak dia dua pupu dengan aku lah kan. Okay. Start dari situ, kisah aku bermula.
Habis saja form 5, aku melanjutkan pelajaran ke asasi. Dan macam biasa, peminat sentiasa ada. And time dekat2 nak habis asasi ada sorang laki ni mintak untuk jadikan aku kekasih dia. Dan aku time tu memang suka dia, and aku terima. Kami tak pernah dating, just chat2 macam biasa. Habis asasi, aku masuk ipta. Tahun satu masuk u, kau faham2 la kan dah memang aku pergi mana2, memang ada yang sangkut. Aku sendiri tak faham kenapa demgan aku ni. Padahal ramai lagi yang jauh lagi cun. Aku ni memang jenis selamba, mekap pn tak penah reti, just pakai bedak n pakai pakaian pn memang cukup syarat menutup aurat plus stokin. Bukan nak cakap aku warak. Tidak. Aku biasa2 sahaja.. Memang tahun pertama aku dapat rasakan aku ni macam artis betul. Ramai sungguh peminat. And disebabkan time tu aku dah ada kekasih hati time asasi, so mereka2 semua tu aku tolak dengan baik. Dan yup, setakat ni belum ada yang sakit hati atas penolakan aku sbb mungkin aku tolak dengan cara yang baik. Diorang pun still boleh terima seadanya. Okeh. Percintaan aku dengan budak asasi tersebut berjalan dengan baik sekali sehinggalah satu hari aku dapat panggilan daripada sepupu mak aku which is yang aku penah duduk rumah dia time form 5 dulu. Kami bercakap secara ringkas sekali disamping time tu aku agak pelik kenapa lah tiba2 sepupu mak aku ni call even aku pn tak penah contact ngan beliau since aku masuk asasi . Time tu sepupu mak aku tu just cakap nk datang rumah aku time cuti sekolah. Memandangkan aku time tu kat u lagi, so aku tak fikir serius sangat tapi agak pelik. Kenapa nak bagitau aku?
Tup2, lepas diorang bertandang rumah aku, mak aku call. Bagitau yang sepupu mak aku tu datang rumah nak masuk minang aku untuk anak dia. OMG. Serius aku terkejut gile. And macam tak bleh terima hakikat tu sedangkan time tu aku tengah bercinta ngan budak asasi aku dulu. And time tu aku baru tahun satu kot. Mak aku macam berkenan since dia dah kenal lelaki tu anak sepupu dia tapi aku memang tak pernah bertegur sapa dengan beliau dari kecik. Dua pupu kot. Aku kira agak jauh la jugak sbb dari kecik duk jauh2. Aku tak bagi jawapan n aku tak bagitau pn yang aku dah ada kekasih hati time tu. Antara dua jugak sbb sblm ni aku memang mendambakan laki yang berani masuk minang macam tu. Tapi agak ragu2 n kesian sbb time tu aku dah ada kekasih. Lama jugak aku amik masa untuk buat keputusan and mak aku beria sgt suruh aku terima, family aku, sedara mara semua oranglah dalam family kiranya dah merestui sgt klu kami disatukan. Akhirnya aku bagi kata putus, ' ikut mak la..klu itu yang terbaik utk aku.' And mak aku dengan bahagianya terima pinangan anak sepupu dia. Tapi time tu aku masih bercinta ngan bdk asasi tu. Aku jadi serba salah. Aku tak nak kecewakan mak aku, and aku tak nak kecewakan kekasih aku tu. Aku buat istikharah. Walaupun time tu mak aku dah terima lamaran. Tapi dari hati aku, belum. Lama jugak aku istikharah dan makin lama aku rasa Allah seakan tunjuk jalan sbnr untuk aku. Satu2 aku nampak sikap kekasih aku tu. Exp dia tak suka aku join usrah sbb takut aku berubah. Tak nak bercinta lagi dengan dia apelah macam2 la.. so, kat situ aku mula rasa aku tak serasi dengan dia. Tapi awal2 aku diamkan saja. Sampailah tahun dua, aku tak tahan, aku cuba berterus terang yang mak aku dah terima lamaran org lain untuk aku. Yup, time tu memang aku kena maki kaw2. Walaupun aku cuba berterus terang secara lembut dan berhikmah, tapi aku tau sakit hati dia melepasi segalanya. Aku mintak maaf dan aku bagitau situasi aku tak sanggup nak kecewakan mak ayah aku, family aku. Lama jugak aku duk pujuk smpai akhirnya dia lembut hati dan maafkan aku. Tapi kami still cntact tp bukan sbg kekasih lagi. Lepas putus, barulah aku bagitau mak aku yg aku bersedia ditunangkan sbb sebelum ni mak aku nak cepat2 suruh kami bertunang takut aku terjebak dengan menda tak berfaedah. Dan, aku start bertunang sem 1, tahun 2. Lelaki yang ditunangkan dengan aku tu, which is dua pupu aku tu, memang harom nk contact aku. Even kami dah bertunang, tapi kami tak pernah contact each other. Mak dia je yang selalu duk mesej, call tnya kabar aku. Mula2 aku macam tak pelah kan, mungkin dia nk menjaga. Cinta lepas nikah katekan. Tapi lama2 aku jadi ragu2, tak kan dia xnak cntact sikit pn dengan aku? Ditambah lagi time tu peminat datang balik. Memang ramai yang cuba nk try2 termasuk budak kelas aku sendiri. Tapi aku tetap kental. Cuma hati sedikit tergugat n agak sunyi la jugak sbb aku dah bertunang, tapi mcm tak ade ape2 pn yg berlaku. Sampai aku masuk tahun tiga and tahun 4. Tahun empat iaitu tahun akhir pengajian aku, aku tak fikir sangat dah pasal tu sbb sibuk dengan fyp, dengan macam2 menda lah ditahun akhir. Tapi tahun akhir tu aku ada geng sendiri. 2 laki 4 perempuan trmasuk aku. Itu geng aku time tahun akhir dan kami memang rapat gila buat assignment, fyp sama2. Aku tak kisah sgt sbb aku fikir aku bukan berdua ngan laki pun. Kami satu geng. Belajar sesama, pegi makan sesama. Nak dijadikan cerita salah sorang budak laki geng aku ni mula menunjukkan tanda2 yang agak kurang senang dimata aku macam suka amik masa untuk berdua ngn aku time geng2 lain tak sampai lagi, cakap pn memanja gitu, macam2 la.. tapi aku malas nak fikir sbb time tu dah nak abis belajar, tunggu final exam je lagi berapa minggu dan tak de masa nak layan semua tu.. tapi aku kengkadang lemah jugak sampai terlayan jugak perangai dia yang mcm nak gatal2 ngan aku tapi time tu aku anggap tak de pape sbb kami geng. Rupanya dia serius suka aku dan betul2 serius. Aku pulak ya ampun time tu keliru antara perasaan atau godaan syaitan. Aku duk fikir aku ni dah bertunang. Habis je exam, 3 bulan pas tu aku dah nak kawen. Godaan syaitan pulak duk cakap tunang aku tu xserius, sampai sekarang tak penah cntact macam2 la.. Dan aku yang lemah time tu tak tau kenapa aku pegi terima laki tu lepas dia bgtau nk jadikan kekasih aku walaupun dia tau aku akan kawen dalam masa 3 bulan lagi. Ya Allah part ni paling bodoh didunia dalam idup aku penah buat. Selama 3 bulan before aku kawen memang aku bercinta sakan dgn dia. Yela.. sunyi konon. Padahal lagi 3 bulan kot nak kawen. Aku pn tak tau kenapa selama ni aku boleh je tolak ramai laki yang ajak aku couple tapi yang time dekat2 nak kawen ni aku tak tolak. Allahuu. Smpai sekarang aku duk mintak ampun dosa aku ni. Sampailah saat aku nak kawen. Ye, dia datang majlis aku. Esok aku nak kawen malam tu aku still mesej ngan dia. Dan, alhamdulillah, Allah memang takdirkan aku tetap berjodoh dengan dua pupu aku tu dan kami berkahwin. Tapi laki yang penah jadi kawan aku tu still non stop cntact aku. Awal2 aku macam layan senyap2 la.. depan suami aku tak layan. Lama2 aku jadi bersalah gila. Aku rasa aku isteri derhaka. Agak lama lepas kawen aku still contact ngan laki tu. Dalam dua bulan jugak. And tau tak, dua bulan tempoh aku kawen tu aku duk pikir kenapalah kenapalah aku kawen ngan dua pupu aku ni. Tiap2 hari suami aku tiba2 nak marah padahal aku tak de buat salah pn. Time tu mungkin kami tak kenal sgt since time bertunang pn tak pernah cntact so agak amik masa untuk saling bertoleransi. Aku byk jugak cerita masalah kat laki yg penah jadi geng aku awal2 dulu. Tapi lama2 aku jadi bersalah. Aku rasa hidup aku tak tenang. Hari2 aku nagis sbb kena marah suami, sebab aku mnyesal kawen dan macam2 lah. Sampai satu saat aku tak tahu macamana aku mula start jadi isteri yang betul2 isteri. AKu solat taubat byk2. Aku nagis semahu2. Aku mintak supaya Allah hadirkan rsa cinta antara aku dan suami aku. Aku kawen dulu memang kerana mak aku. Bukan kerana cinta. TApi kali ni aku nak yang betul2 cinta. Cinta tulus dari seorang suami. Macamana ramai laki leh berebut untuk dapatkan aku dulu sedangkan hari ni aku rsa suami aku macam langsung tak de perasaan pada aku. Part paling last, aku tukar no fon. Aku lost contact dengan semua budak2 u aku terutamanya laki yang penah jadi geng aku. Aku ambil masa dekatkan diri pada Allah. Mintak ampun atas segala dosa aku. Time tu aku rasa aku dah cukup redha. Aku rasa aku dah redha andai aku tak dapat raih cinta dari seorang suami. Asalkan Allah jaga aku. Asalkan aku ada Allah tempat mengadu. And miracle happen. Sikit2 aku nampak suami aku jadi pelembut. Aku baru nampak dia sangat caring dengan aku. Aku baru nampak dia betul2 cintakan aku. Walaupun time tu kami tak pernah ungkap i love u antara satu sama lain. TApi Allah tunjuk. Bahagia yang aku rasa, lain sgt. Sangat2 lain. Tak lama lps tu, aku ditawarkan bekerja. N tak lama lps tu lagi aku disahkan mengandung. ALLAHU..aq terharu sgt2. Lps macam2 dosa yang aku buat lagi2 time awal2 kawen, akhirnya Allah dengar rintihan aku. Aku tak nampak kebahagiaan awal2 kawen sbb tertutup dengan dosa. And now, aku ada life sendiri. Aku cntact balik kawan2 aku yg perempuan saja. And apa yang aku nak simpulkan disini, aku bahagia dengan kehidupan aku. Doakan aku untuk kekal bahagia selamanya.
Moral of the story, tinggalkan perbuatan dosa. Kau akan jumpa sesuatu yang lebih bahagia.
-xx
– Nasha
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->