Untuk part I, (https://iiumc.com/tips-menunaikan-haji/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/tips-haji-ii/).
Assalamualaikum. Kepada semua yang pernah follow baca penulisan gohan untuk part 1 & 2, gohan minta maaflah if kali ni lambat. Serius busy nau nau. InsyaaAllah ini akan jadi penulisan tips SEBELUM pergi haji yang terakhir. Lepas ni, insyaaAllah aku usahakan tulis tips SEMASA haji.
Tips bab hiburan
Masa aku tahu aku insyaaAllah tunai haji tahun 2018 (aku tahu dec 2017), aku pun usaha kontrol hiburan apa yang aku tengok/dengar.
1- Aku delete lagu2 yang ada dalam phone. Aku tinggalkan 1 je, itupun soundtrack je, buat ringtone phone. Segala lagu dayang nurfaizah, misya omar, westlife dan sewaktu dengannya semua aku buang. Lagu maher zain or nasyid2 memang takde dalam phone. Hahaha.
2- Aku cuba kontrol apa aku tonton. Aku ni kaki drama jepun la juga. Nasib baikla drama jepun pakaian ok (aku tengok yang theme family macam tu, yang tak senonoh aku tak tengok). Tapi, aku boleh kata instead of tiap hari tengok 1 episod. Aku puasalah jadi 1 episod 1 hari. Lama2 jadi 1 epsiod 1 bulan. Lepas beberapa bulan. Memang langsung aku tak tengok dah. Same goes la kepada peminat2 drama melayu (esp yang 7 petang tak berapa nak ada manfaat tu), atau drama korea (astagfirullah, seksi pula tu), ataupun apa jua movie drama omputih ke, uganda ke, turki ke. Cuba2lah puasa.
Kebetulan masa aku ke sana, tengah viral drama yang heroin tu kebetulan sama nama dengan aku. Tapi heroin jahat ke baik, aku tak nak sebut la kat sini. Kang korang dapat pula teka nama aku yang betul. Korang bayangkan, masa kat sana, bila makcik2 sembang2 dengan aku tanya nama. Bila aku sebut nama aku, most of them respond ‘oh, awak ni yang dalam drama tu/ oh sama nama dengan drama XXXX, dan segala macam respond berkaitan drama tu’. Sedih betul aku. Sampai ke sana aku kena dengar orang membawang pasal watak tu siap boleh kait pula dengan aku. Whatttt……. Padahal 1 babak pun aku tak pernah tengok. Lepas tu, jadilah perbualan dorang berkenaan drama tu hingga macam ‘eh apa jadi ending dia, tulah kita kat mekah tak tahu’. Lebih kurang macam tu lah.
3- Unsubscribe : aku ni jenis rajin juga main Fb. Since Fb ni sumber informasi terkini dan sensasi. Jadi, lagi banyak benda kena tapis. Aku unfollow/ unsubscribe page2 merapu macam siakap keli, himpunan cerita lawak dan macam2 lah lagi. Aku tahu, ada je page2 ni yang ada informasi ilmiah, tapi banyak juga merapunya. Aku juga unfollow page2 politik (hentam sana sini) dari almost semua parti, page2 berita merapu macam metro. Aku ubah follow ustaz2/ ceramah2/ dan lain2.
Aku hide dan unfriend kawan2 yang suka cerita negatif. Harini bergaduh dengan suami, harini bos buat jahat, harini rakan sekerja EL menyusahkan hidup. Alah.. cerita2 camtulah. Aku unfriend semua. Aku nak good vibes je dalam FB aku. Kawan2 yang jenis suka share pasal artis pun aku unfriend/ hide. Takpelah, aku tak nak tahu cerita2 tu semua.
Sebenarnya, aku dulu rajin on FB, semua benda nak cerita. Semua benda nak komen. Semua benda nak share. Jadi, masa lagi 2-3 bulan untuk pergi haji. Aku dah uninstall apps FB dari phone. So, if aku nak tengok Fb, aku kena on laptop. Jadi of coz la aku malas on laptop. Baik pergi makan je.
Masa kat mekah, aku on fb sebab mak aku pesan jangan off. Kot2 ada apa2 announcement dari TH ke, boleh tahu kat situ. So kat sana aku on apps yang kontrol masa kita on FB tu. Aku lupa nama apps tu apa yang kita boleh set masa limit untuk guna FB tu. Aku guna apps tu lah.
Anyway, kalau korang follow cerita2 haji tahun lepas. Perasan tak ada kejadian ribut di arafah. Fuh, aku saksi kejadian wei. Memang dahsyat ributnya (detail ribut ni aku cerita dalam next post la, kasi suspense sikit). Tapi yang aku rasa sedih betul. Bila tengah ribut tu, tengah jemaah haji nangis2 solat sunat taubat etc, ada some makcik2/akak2 yang boleh live FB.
‘Okay , mama tengah ribut sekarang. Tengok ni kain kemah terbang2 etc’
Same goes with masa melontar, masa tawaf. Memang akan jumpa jemaah2 yang buat live FB, which pada pendapat aku macam tak berapa appropriate. Tapi, aku tak nak judge lah. Aku serahkan pada korang. Kadang2 tengah orang live FB melontar, aku photobomb sekali lambai2. Kekekekke.
4- Same goes with IG. Semua yang merapu, tak bawa manfaat aku unfollow. Artis2 semua aku unfollow (aku asalnya follow beto, khiriyah, azhan rani, namron, zahiril adzim, bront je). Aku follow UAI, ebitlew dan sewaktu dengannya. Aku follow page2 craft (benda2 ni aku minat). Hehehe. So, artis kahwin ke, beranak ke, buka tudung saji ke, aku langsung tak ambil tahu. Aku ni kalau makcik2 cerita pasal drama, artis masa kat sana. aku senyum je. Sebab memang tak tahu dan tak ambil tahu. Tak kisahlah artis dalam negara atau luar negara.
Cuma ada sekali masa kat sana kecoh ya amat pasal golongan mak nyah nak masuk toilet mana. Ha, toilet laki ke perempuan? Ish risau pula aku dengan isu tu. Rasa menyesal terbaca berita di FB masa kat sana. Aku terus rasa macam ‘eh, kalau golongan ni pergi haji, macam mana? Kan dorang boleh selamba pakai purdah, bukan orang tahu pun dia laki ke perempuan. Lepas tu masuk pula toilet perempuan. OMG’ punyalah dahsyat aku punya berangan sampai aku masuk public toilet kat sana untuk ambil wuduk mesti aku pergi jauh2 sikit dari orang ramai. Ambil wuduk kat tempat yang takde orang sangat (toilet 2 tingkat, aku pergi tingkat paling bawah yang tak ramai nak pergi sebab malas turun tangga)
Aku membawang dengan makcik2 arab, dorang cakap memang ada je kes lelaki menyamar wanita, pakai purdah etc ni. Lagi kecut perut aku. Hahaha.
5- Whatsapp group. Jom kita semua akui, kita ni dihantui whatsapp group yang punyalah banyak. Group office, group keluarga, group keluarga besar. If orang dah kahwin, group keluarga belah suami,belah isteri, belah isteri kedua. Semua group kena masukkan. Kadang2 dapat group kaki share (maaf cakap, group2 yg ahlinya dari kalangan warga emas ni) suka betul share macam2 artikel, dari segala macam doa, petua, tips, cerita lawak apa semua nak share). Sampai naik pening. Untuk group yang tak boleh leave (macam group family, aku mute kan aje). untuk group yang boleh leave. Aku memang leave je terus. Aku bersyukur, untuk tunaikan haji, aku terpaksa berhenti kerja sebab office tak lulus cuti tanpa gaji. Jadi, aku pun pergi haji tanpa sebarang masalah kerja dan tenang sebab aku leave wasap group office. Bahagia hidupku. Hahaha. Takpe, rezeki ada di mana2 kan.
Sampai mekah, aku ambil simkad mekah. Aku bagi no aku kat family je. So, memang takdelah msg dari kawan, or dari kakak kepada ayah jiran sebelah rumah nenek sedara aku wasap aku. So selamat. Memang tak diganggu, mudah nak fokus. No whatsapp pun aku tukar. Hahaha. So, sampai sekarang aku stick dengan no whatsapp yang mekah tu.
Aku taklah larang terus. Kita ni manusia, ada rasa nak berhibur. Tapi aku serius suggest kita tapis apa masuk otak kita. Ingat, we are what we read, what we watch, what we eat bla bla bla. Sebab korang rasa ok ke if sampai mekah, kita masih nak cerita benda2 lagha, tak manfaat. Cerita artis, cerita anak jiran sebelah, cerita drama, dan macam2lah cerita. Serius. So tujelah. Aku nak cakap bab hiburan ni.
Tips bab ilmu
1- Okay… Bab2 ilmu haji ni, walau dah menuntut zaman sekolah, aku nasihatkan pergilah kursus haji. Tak pun pergi cari orang yang tahu bab ni, duduk dan belajar betul2. fahami betul2. Tentang haji ni. TH akan bekalkan buku kursus haji. Yang ni dia bagi awal. Buku aku memang penuh conteng2 sebab sambil kursus, aku catit lagi additional notes dari penceramah. Lepastu, aku buat peta minda. Aku buat timeline haji dalam bentuk jadual. Dekat bahagian atas aku bubuh tarikh. Bawah dia aktiviti, tempat aktiviti dilakukan, apa sunat/ larangan, niat atau tak niat, apa pemakaian (ihram or not) dan lain2. aku print siap2 jadual timeline haji aku, aku bawa benda tu sekeping je masa di mina. Tak perlu bawa buku sebesar2 alam. Jadi, dapat kurangkan berat bag tu. Yelah, buku punyalah banyak.
Buku panduan fiqh wanita, buku panduan ibadah haji, buku doa, buku gantung kat tengkuk lagi.. macam2 ada. TH bagi buku2 ni macam sebulan sebelum. Aku nasihatkan, sebelum pergi. Bacalah buku panduan ni. If ada tak faham tentang hukum hakam ni. Boleh terus tanya ustaz masa kat malaysia lagi. Sebabnya, kesian aku tengok kaunter ustaz kat mekah tu sentiasa penuh, ada yang tanya. Dan soalan2 tu kadang2 soalan yang dah dijelaskan dalam buku or ceramah2 sepanjang di malaysia dan di sana. Rasa sayang TH dah bagi semua orang buku2 tu, tapi semua ambil mudah je. Tak salah nak tanya ustaz, tapi hmmmm apa guna ambil buku2 tu tapi tak baca kan? Tapi lebih baiklah tanya daripada ijtihad sendiri. hehehe
2- Belajar bahasa arab : dulu zaman sekolah, aku memang adalah belajar bahasa arab sikit2. So aku cari balik buku2 teks zaman sekolah dulu. Aku masukkan sekali jadual ‘ ulangkaji bahasa arab’ dalam jadual hidup aku (refer tips haji 1 & 2). aku study balik ayat2 basic conversation in arabic. Tak payah nak study ayat2 arab yang bombastik sangat, cukuplah sekadar nak tahu berapa harga, kat mana, ok ke tak, boleh tolong saya etc etc. Bukannya kita nak pergi sembang bumi ni bulat ke flat, bulan supermooon atau bila king saudi nak kahwin lagi dan siapa doula isteri dia. At least, bila ada basic arabic. Kalau sesat, boleh tanya jalan. Kalau nak beli barang, boleh dapat harga lain. (walaupun penjual boleh cakap melayu, tapi serius, kalau dengan orang yang boleh cakap arab, dorang bagi lagi murah. So kadang2 aku cakaplah dalam BA ‘ tadi dengan dia awak bagi harga lain, dengan saya bagi harga lain’ . terkejut penjual. Gituuuu.
Anyway, kena tahu juga, bahasa arab kat mekah tak sama macam buku teks. So, kalau korang memang pernah belajar di negara2 arab, maybe ok kot. Tapi, aku ni tak. So sampai sana, memang arab buku teks lah aku pakai. Tapi, masih boleh difahami. Cuma lepas tu, aku adapt jugalah bahasa arab hijazi . Aku duduk depan TV informasi kat lobi hotel. Ada tabung haji sediakan info bahasa arab ni. Aku duduk la belajar term2 baru tu. So, boleh lah guna sikit2 macam beg =shantoh (kita belaajar haqibah kan kat sekolah) hehe.
Penting belajar basic bahasa arab ni sebab nanti kalau solat sebelah jemaah dari mesir ke, yaman ke. Dapatlah berbual basic2. yang tak boleh lupa, aku boleh sembang panjang dengan jemaah dari China yang BA dia lebih kurang macam aku lah. Rare betul. Kitorang sembang siap baca quran sama2 lepas tu. Nanti detail aku cerita la kat next post. Haha
3- Belajar agama. Ye. Ini betul. Belajar agama dengan betul2 ikhlas. Dan cuba praktikkan. Macam kalau ustaz kata rapatkan saf, belajar dan buatlah. Jangan buat keras cetung dekat sejadah masiing2, tak nak rapat. Nak duduk bawah kipas, tak mau gerak2. nak buat benda macam kita biasa . bagi aku, perangai2 ni kita kena ubah sebelum pergi, sayang tau if kat sana jadi putus saf, selfish, padahal kita semua bersaudara. Tiada yang lebih mulia atau hina.
Oklah for now. Aku nak gerak dulu. Nanti di kesempatan yang lain, aku sambung tips SEMASA haji. InsyaAllah.
– Gohan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit