Tips Jadi Suami Romantik

Salam semua. Selalu saya dengar complaint dari para isteri, suami tak romantik.. Suami tak macam yang diorang expect, suami tak pandai layan isteri, suami asyik main fon je, suami kaki game sampai macam tak wujud kat rumah..

I’m not sure if this is because of culture.. Tapi sejujurnya memang aku perasan jugak lelaki melayu jarang yang jenis romantik, biasanya sebab ego dan mungkin diorang rasa diorang romantik dengan stail diorang sendiri. Tapi isteri tetap rasa sikap romantik suami tak cukup, that’s why end up isteri lagi suka layan drama korea dan drama tv3 yang pukul 7 tu sebab fantasi tu lagi indah dari realiti.

Buat semua para suami dan bakal suami, jom follow tips bawah ni untuk gembirakan hati pasangan korang. Nak perkahwinan yang bahagia, kenalah selalu romantis ok.

1) Selalu ucap ‘Terima kasih’ dekat isteri sebab tolong jaga awak sebagai suami.

Tak susah pun ucap terima kasih kan? Lepas isteri siap masak, cakap je ‘Thank you sayang masak untuk abang.’.. Lepas isteri basuh baju & lipat baju, ucapkan ‘Thank you sayang basuhkan baju abang’..

2) Selalu peluk isteri. Isteri ni sukakan belaian dan perlu dimanjakan. Sesekali sambil ucap Thank you tu terus peluk isteri dan cium dahi isteri.

Pagi2 bangun tidur peluk isteri dan cium dahi cakap thank you masakkan sarapan. Before tidur cium dahi isteri cakap selamat malam, nanti kita subuh jemaah sama-sama ok.

3) Buat kejutan dengan beri hadiah.

Isteri ni tak perlukan hadiah mahal-mahal pun. Sesekali berilah hadiah kepada isteri sebagai tanda penghargaan sebab bersusah payah jaga awak dan anak-anak. Contoh hadiah yang sweet tapi murah : tudung, anak tudung, pin tudung, stoking, baju tidur, pen, jam tangan.

Kalau ada bajet lebih, boleh hadiahkan rantai emas atau gelang emas kat isteri. Kalau nak lagi sweet, bawak je isteri pergi jalan-jalan atau honeymoon. Semua isteri suka vacation. Tak gitu?

4) Tolong isteri kemas rumah. Kalau nampak isteri tengah sibuk memasak ke, tanyalah isteri ‘ada apa-apa yang abang boleh tolong?’. Tanya je. Kalau isteri cakap tak ada apa-apa boleh buat, try la suggest untuk tolong buat laundry ke, tolong jaga anak ke, tolong vacuum rumah ke..

Suami kena ingat, semua kerja rumah bukan tugas isteri je tapi tugas bersama. Kena ada timbang rasa. Tolonglah ringankan beban isteri. Kalau rasa semua kerja lain tak pandai nak buat, tolong jaga anak pun dah cukup. Tolong buatkan susu anak, tukarkan lampin anak.

5) Hulurkan duit nafkah setiap bulan walaupun serendah RM 10. Saya tahu tak semua suami mampu nak beri duit nafkah bulanan. Selalunya ramai suami yang hulur duit kat isteri tapi duit tu pun cukup-cukup untuk barang dapur je. End up duit untuk keperluan isteri takde langsung. Last-last isteri pulak kena topup duit sendiri untuk beli keperluan rumah yang lain-lain.

Suami kena asingkan siap-siap duit barang dapur & duit nafkah isteri supaya isteri pun senang hati dapat duit nafkah dari suami. Isteri kalau dilayan dengan baik, diorang pun takkan jadi singa. Ingat perempuan suka ke berleter?

6) Sentiasa puji isteri.

Perempuan memang suka dipuji. Rajin-rajinlah puji isteri. Cakaplah ‘cantiknya sayang abang harini’. Confirm lebar senyuman isteri kalian. Bila suami rajin puji isteri, isteri pun rasa sentiasa happy dan seronok layan korang.

7) Sentiasa ucap I love you.

Hah yang ni jarang lelaki melayu nak practice. Awal-awal kahwin je sweet, lama-lama suami jadi malas nak sweet lagi dengan alasan, dah tua. Tua pun still kena sweet okay.

Tak salah pun luahkan rasa sayang pada pasangan, biar pasangan rasa dihargai dan dihormati. Bila pasangan romantis, perkahwinan pun bahagia. Nak gaduh pun tak jadi kalau suami pandai tackle isteri dengan kalimah romantis seperti I love you.

Tu sahaja tips ringkas untuk para suami. Suami tahu je tips ni tapi kadang-kadang ego menguasai diri. Malu dan malas nak sweet punca lelaki melayu kurang romantik. Cuba pecahkan ego dalam diri. Mulakan sweet dari sekarang. Tak rugi pun sweet dengan isteri.

– Fafa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *