Tips untuk Lelaki Pasca Graduation (for Dummies).

Aku tak pandai sangat nak nasihat, tapi aku nak share sikit pengalaman post greaduate untuk bakal-bakal imam ni;

1. Masa belajar kau target sister yang top of your class, atau yang agak power, dan berkawan dengan diorang. Minta notes, exchange assignment, dan jadilah lelaki budiman, walau kau biasa-biasa ja.

2. Jangan couple, tapi berkawan. Join activiti kelab dan enjoy every moment dan event kat UNI, dalam masa yang sama kau fokus belajar.

3. Aku tak rasa susah pun masa belajar, kalau kau fulfill semua assessment test, assignment, midterm dan final. Kau go on ja.

4. Lepas grad, kau cari lah kerja yang sesuai. InsyaAllah graduant UIA mudah dapat kerja sebab advantage English.

5. Dah ada gaji, kau belanja parent kau dulu gaji pertama, kalau tak ada parent kau bahagiakan adik beradik kau sekadarnya. Kau simpan sikit untuk travel, tapi budget lah jangan sampai pokai.

6. Kau cuba hidup dengan gaji kau tuh, cukup ke tak sampai setahun dua? Dengan ekonomi sekarang, kau tak cukup punya.

7. Aku cadang kau kahwin. Kau cari balik sisters yang kau kenal masa part 1,2,3 kat atas tuh. Tuhan cakap akan dibukan rezeki. Logiknya, income akan double. Percayalah.

8. Dalam tempoh masa point 4 to 7, ada beberapa pantang;
-kau kena apply life-style delayed gratification (yang ni kau kena apply sepanjang hidup sebenarnya)
-jangan beli kereta baru. kalau ada kereta masa student, kau naik lah kancil atau kelisa buruk kau tuhselagi mampu. kalau ada motor, kau pakai motor. kalau tak ada apa apa, kau beli motor secondhand yang hanya mampu commute ke tempat kerja.
– jangan beli rumah besar, atau maximum gaji kau mampu beli. kau beli rumah kos rendah.
– jangan boros, simpan duit untuk nikah.
-jangan hutang bank untuk kahwin. kau gila nak habiskan duit dalam satu hari dengan berhutang puluh ribu?

9. Bagi tempoh sekurangnya satu tahun atau dua untuk dapatkan anak selepas kahwin. jangan rush sangat. cuba serasikan hidup suami isteri. pastikan kau boleh ubah mode bujang kau tuh kepada lelaki paling mithali. lagikan kau baru kahwin, kau enjoy lah hanimun kau. cakap bab hanimun, kau tak payah lah nak hanimun macam hanis zalikha tuh…pulau kat malaya pun best!

10. bab property tu nanti nanti aku share. tapi ingat, mula hidup, saiz family kau kecil jer, kau beli rumah yang kecik jugak.

Ini aku cadangkan ni based on delayed gratification punya life style. Semoga bermanfaat.

– Abang Rahsia

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *