To layang2

Aku sama macam kau. Hadapi masalah yang sama. Bukan aku tak nak solat. Tapi kadang-kadang rasa tak nak tu kuat sangat. Sampai kan ada masa aku dah ambil wudu' tapi lepas tu aku buat benda lain. Sebab tak nak solat.
.
Tak perlu sebut soal dosa pahala. Aku tahu. Tahu sangat. Aku jaga aurat, jaga adab, jaga tinglah laku, cuma solat sahaja yang aku tak mampu jaga. Dan bukan nak justify perbuatan aku tak solat.
Aku pun bingung kadang-kadang.
Ada masa aku duduk atas sejadah dan aku tanya diri sendiri, apa masalah aku sebenarnya. Tapi aku takde jawapan.
.
Ada masa, aku tengah solat dan tiba-tiba rasa tak nak solat, lalu aku berhentikan bacaan dan solat waktu itu juga. Aku rasa macam nak jumpa ustaz suruh baca kan doa untuk aku. Aku rasa ada syaitan yang kuat dalam badan aku yang menghalang aku untuk solat. Tapi aku fikir mungkin itu hanya alasan aku.
.
Aku faham bila baca orang marah, kutuk kau dlm post kau, tapi orang tak paham apa yang kita rasa. Dan aku kecewa kerana cepat sungguh mereka memaki dan menghina.
.
Ye. Sebelum manusia mulia menghina, sekarang aku berusaha untuk solat penuh, cara aku untuk terus solat adalah solat awal waktu. Azan terus solat. Sebab bila dah lambat rasa tak nak solat sangat tinggi. Ada masa aku rasa tak nak sangat solat, aku "pura-pura" solat. Aku paksa diri untuk lakukan semua perbuatan dalam solat walaupun hati dan fikiran aku sibuk memikirkan perkara lain. Walaupun aku tahu solat aku tu mungkin tak diterima, tapi aku harap dengan melakukan perbuatan solat tu, Allah bagi sedikit pahala dekat aku. Dan aku harap lama-lama aku akan biasa dan terus solat dengan betul.
.
Dan untuk kalian yang sentiasa solat 5 waktu, dan memandang hina manusia seperti kami. Tahniah. Dan terima kasih.

– Aku juga.

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *