Tolong Aku Kembali Pada Diri Aku Yang Dulu

Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum, pembaca-pembaca IIUM Confessions semuanya.

Aku tulis ni sebab aku nak mintak pendapat, nasihat, dorongan dan sokongan korang semua terhadap satu masalah aku ni. Aku adalah antara pembaca setia IIUM Confessions dan hari ini tergerak hati untuk luahkan masalah aku yang aku kira sangatlah besar dan menjadi satu musibah buat diri aku sendiri. Sejak dua tiga hari ini, aku ada terbaca confession mengenai dua orang confessor yang ketagih dengan video-video lucah. Ya, pasal benda inilah yang aku nak cakapkan. Aku jugak antara manusia bodoh yang suka tengok benda-benda kotor macam tu.

Seingat aku, masa aku kecik-kecik dulu, kalau tertengok adegan-adegan yang macam ‘tu’, aku akan cepat-cepat tutup mata, sebab pada aku, itu dosa besar. Aku rasa sangat malu. Kadang-kadang, aku terus tukar channel televisyen untuk mengelakkan dari tertengok benda tak senonoh tu. Ya Allah, ampunkan dosa hamba-Mu. Tapi, entah kenapa, start satu hari tu, aku jadi ketagih tengok benda tu. Masa tu, aku masih di tingkatan dua. Start dari tengok benda-benda tu, mulalah aku pergi ke alat kemaluan aku. Aku tak nak cakap panjang-panjang part ni sebab aku malu. Harap pembaca faham.

Bila lepas buat benda tu, aku rasa menyesal. Rasa diri bodoh sangat dan bermonolog sendiri dalam hati, “Ya Allah, apa aku buat ni? Kenapa aku bodoh sangat? Tak takut dosakah aku? Azab Allah bukan main-main.” Dan segala macam bentuk penyesalan yang hadir bertubi-tubi lepas buat benda bodoh sial tu. Tapi, selang beberapa hari, perasaan nak buat benda tu datang lagi. Lepas tu, menyesal. Lepas tu, buat lagi. Aku pun tak tahu macam mana nak cakap apa ke jadah bodohnya aku buat benda ni. Jadi, bila naik ke tingkatan 3, aku ikut usrah, perlahan-lahan perbuatan tu hilang dan aku dah tak buat benda tu sekerap dulu. Dan, syukur alhamdulillah, masa habis STPM dulu, aku tak pernah dah buat benda tu.

Tapi, bila masuk universiti, perangai setan nauzubillah tu datang balik. Ya Allah, aku rasa macam siallah aku jadi manusia. Aku dah sedaya-upaya untuk lawan benda tu, tapi entah kenapa, aku tak kuat. Aku tewas. Aku tengok dari channel youtube. Dan, bila lepas buat tu, rasa menyesal sangat-sangat dan terus baling telefon. Tapi, alhamdulillah, sampai sekarang, telefon aku tak pecah walau dah berkali-kali aku baling.

Setiap kali lepas buat benda tu, aku akan rasa stress sangat-sangat. Padahal aku dah berjanji takkan ulang lagi buat benda tu. Aku rasa menyesal. Aku rasa, akulah manusia paling bodoh di dunia ni, dan bila rasa stress tu tak dapat nak dibendung, kekadang, aku terfikir, kenapa waktu aku kecik dulu, aku terpandang benda-benda kotor tu. Kenapa? Kenapa? Kekadang aku salahkan takdir, kenapa aku jadi antara manusia yang perlu lalui benda bodoh ni. Kenapa aku? Kenapa? Dan, sampai sekarang, aku masih belum dapat jawapannya. Aku rasa diri aku kotor sangat. Aku benci diri aku. Bodoh! Sial!

Dan, sampai sekarang, aku masih bertarung dengan diri sendiri untuk lawan benda tu. Dah macam-macam cara aku buat. Solat, aku memang tak tinggal. Mengaji Quran, ya, aku mengaji. Cuma jarang-jarang. Zikir, insyaAllah. Dan, di setiap sujud terakhir, aku akan mintak dengan Allah untuk tundukkan nafsu aku dan kurniakan aku hidayah dan cahaya untuk aku mudah bertaubat dengan-Nya. Aku malu dengan Allah. Aku malu dengan semua orang. Aku malu dengan diri aku sendiri.

Aku rindu dengan diri aku yang dulu, yang boleh lawan benda tu. Aku rindu dengan diri aku yang akan bangun subuh pukul 3 untuk qiamullail, memohon supaya Allah ampunkan semua dosa-dosaku dan ibu bapaku. Dan, sampai sekarang jugak, aku masih berusaha untuk bangun qiamullail dan setkan alarm supaya terbangun, Tapi, malangnya, masih tak berjaya. Dah macam-macam jenis ringtone melalak aku guna supaya aku dapat bangun, tapi masih tak dapat. Dan, bila satu hari tu aku dapat bangun, dan dalam keadaan masih mamai, aku kata, kejap lagilah. End up, bangun pagi, menyesal.

Kekadang, timbul rasa sedih yang amat sangat kenapa aku jadi macam ni. Kekadang, aku salahkan Tuhan. Tapi, aku cepat-cepat sedarkan diri yang Tuhan sebenarnya suruh aku untuk jadi lebih kuat lagi lawan benda tu. Kekadang, bila doa-doaku tak dimakbulkan atau belum dimakbulkan, aku akan bertanya dalam hati, “Allah dah tak sudi ke dengar luahan aku? Allah dah tak sudi ke pandang wajah aku dan ampunkan aku?” Betapa seksanya rasa berdosa macam ni dan perlu lawan benda ni sendiri-sendiri. Allahuakbar.

Dan, bila lepas buat benda tu jugak, aku akan hantuk kepala aku dekat dinding sebab perasaan menyesal yang tak tertanggung. Aku akan menangis dan rasa sakit sangat dada, sebab aku tak nak nangis kuat-kuat. Aku tak nak orang dengar. Aku tak nak orang tahu masalah aku. Menangis tu rasa tak puas dan tersekat-sekat. End up, nafas aku jadi tak stabil. Dan, tangan aku akan berpeluh. Dan, air mata jatuh dan terus jatuh. Dan, sekarang, setiap kali lepas Solat Ishak, aku akan usahakan untuk buat Solat Sunat Taubat, sebab takut-takut tak dapat bangun untuk qiamullail.

Tapi, aku masih buat benda tu dan terakhir kali aku buat benda tu, aku rasa menyesal, kecewa, sakit hati terhadap diri aku sendiri yang memang semua perasaan tu bercambur-baur dan dah tak tertanggung dah rasanya. Rasa betul-betul hina dan merana. Sumpah sedih! Lepas buat benda tu, aku menangis semahu-mahunya sampaikan kerongkong aku rasa sakit yang amat. Aku meratap dalam bilik. Aku hantuk kepala aku dekat dinding. Aku tumbuk tilam sekuat hati aku. Aku rasa bodoh sangat. Betul-betul rasa sedih dan kecewa yang tak tertahan. Telefon, seperti biasa, aku akan baling. Aku rasa macam nak mati. Rasa nak mati tu dah berkali-kali hadir dalam fikiran aku sebab aku buntu. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Aku lemah. Aku sakit. Sakit rohani aku. Aku rasa Allah dah tak sayangkan aku. Tapi, aku cepat-cepat usir pemikiran tu.

Dan, benda yang aku buat kali terakhir tu sebelum Maghrib. Bila dah masuk waktu Maghrib, aku keluar dari bilik untuk ke tandas nak ambik air wuduk. Waktu keluar bilik tu, 100% diri aku berubah macam takda apa-apa berlaku. Oh, ya! Orang sekeliling aku kenal aku sebagai orang yang periang, ceria dan suka senyum walapun aku sebenarnya seorang yang introvert which mean, aku tak banyak cerita tentang hal-hal aku dengan orang lain, hatta kawan rapat aku sendiri. Aku jenis sangat tertutup orangnya. Aku periang sebab jenis suka buat lawak. Dan, orang sekeliling aku akan kata yang aku ‘cool’ walaupun tengah berhadapan dengan masalah besar. But, they never know what a huge battle that I trying to fight for myself since I’m a child. The struggle that I’ve fighting for just to ask repent from Allah.

Dan, bila aku dah habis ambik air wuduk, aku masuk bilik, dan belum pun mula solat, air mata aku yang untuk ke sekian kalinya, jatuh lagi. Di atas tikar sejadah itu, aku menangis lagi. Rasa sedih di hati, Tuhan sahaja yang tahu. Betapa aku menyesal menjadi ‘aku’. Menjadi ‘aku’ yang penuh dosa. Aku pakai kain sarung aku dan meratap di atas tikar sejadah itu. Aku rasa menyesal! Aku rasa menyesal! Aku rasa menyesal! Aku hentak kepala aku ke lantai. Bunyi kuat menghentam kepala otak aku. Tapi, aku rasa puas. Puas menyeksa diri sendiri yang masih belum kuat melawan nafsu serakah itu. Aku tarik rambut aku. Aku tarik sekuat-kuatnya sampai rasa nak tercabut akar rambut. Aku tampar diri aku sendiri.

Sekuat-kuatnya. Aku cucuk mata aku. Aku menjerit. Menjerit yang masih tertahan-tahan sampaikan suara aku jadi antara dengar dan tidak. Aku peluk sejadah pemberian mak aku. Aku rasa berdosa yang amat. Mak, ampunkan dosa anakmu. Dan, aku terbayang-bayang, bagaimana rasanya nanti kalau suatu hari aku dimasukkan ke wad sakit jiwa. Aku rasa bodoh! Aku rasa nak mati. Aku nak mati! Aku menangis sekuat-kuat hati dan dalam hati masih berharap supaya Allah bukakan pintu hati aku seluas-luasnya untuk rasa cinta, rahmat, kasih sayang dan pengampunan dari Dia. Dan, sampai waktu itu, aku rasa, air mata aku dah cukup kering untuk terus menangis. Dah terlalu penat bertarung dengan diri sendiri. Tapi, dengan sedikit kesedaran, aku kuatkan semangat dan gagahkan kaki untuk berdiri. Aku solat seperti biasa. Dan, aku harap, itulah kali terakhir aku buat benda tu. Pembaca sekalian, tolong doakan aku.

Itulah sedikit nukilan rasa pahit, sedikit luahan, dari aku si pendosa yang meminta noktah atas segala kemungkaran yang pernah aku lakukan di muka bumi Tuhan ini, tempat aku besinggah sebelum bersemayam di akhirat sana. Dan, aku harap nantinya, persinggahan aku lepas ini, di bumi Tuhan ini, tidak lagi sia-sia membuang waktu, melayan nafsu durjana. Aku memohon cadangan, nasihat dan kata-kata semangat dari korang semua, pembaca IIUM Confessions, untuk aku benar-benar kuat melawan ‘penyakit’ ini.

Aku mahu berubah. Aku mahu terus merasa kemanisan iman dan taqwa yang aku pernah rasa suatu ketika dulu. Aku mahu balik ke pangkal jalan, bertemu dengan Tuhanku di dalam solat-solat malam, menginsafi dan menangisi setiap perbuatan terkutuk yang aku pernah lakukan. Aku perlu Engkau, Ya Allah. Sudilah terima aku kembali. Sudilah mengampunkan aku lagi. Sudilah menyambut air mataku yang jatuh ke bumi semata-mata untuk memohon keampunan dari-Mu, Ya Allah. Sudilah pandang aku lagi dengan penuh rasa kasih dan simpati sepertimana dulu, Ya Allah. Kasihanilah aku. Terimalah taubatku. Ampunkanlah aku. Sayangilah aku, duhai Tuhanku yang Maha Pengasih, Penyayang, Yang Maha Santun dan Maha Penerima Taubat. Ikhlas dari hamba-Mu yang hina.

Sekian.

– Pendosa dan penuju taubat

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *