Anugerah

Salam pembaca iium semua..sy chenta seorg isteri dan ibu kepada seorang baby yg comel..kisah yg sy ingin kongsi adalah tentang diri sy..sy merupakan seorg anak luar nikah yg x mengetahui sape bapa sy..ibu hanya memaklumkan yg ayah sy sudah tiada…

Sejak sy kecil sy selalu di pinggir kwn2 sekelas dan guru2 kerana hanya sbb sy berbintikan abdullah…masa itu sy x tau ape makne abdullah tu pd hujung nama sy..sbb bila sy ajukan pd ibu, ibu hanya tersenyum mengatakan abdullah tu hamba allah dan ayah chenta tiada lg d dunia ini..sy percaya kt2 ibu…jd sy x ambil hati dgn pulauan kwn2 sy dan masa rehat sy di habiskan dgn bermain kucing2 di sekolah sbb sy mmg sgt sygkan kucing..

Sy tinggal hanya berdua dgn ibu kerana ibu anak yatim piatu dr kecil..ibu dibesarkan oleh ibu angkatnya seorg janda dan selepas pemergian arwahnenek, ibu mewarisi pekerjaan arwah yg menjual kuih2 dan sayur2 kampung di tepi rumah…ibu seorg yg kuat..dia melakukan segalanya utk sy..hanya yg terbaik utk sy…menurut arwah nenek,ibu seorg yg pintar tp kerana kemiskinan nenek..ibu hanya dpt bersekolah rendah sahaja…ibu seorg yg cantik..walaupun teruk membanting tulang melakukan pelbagai kerja utk membesarkan sy..ibu x pernah mengeluh…sentiasa tersenyum ..itulah ibu..menurut nenek arwah ayah ibu jepun dan mak ibu org inggeris..tp cinta terhalang maka kedua2 nya di bunuh oleh penjajah kerana menganggap mereka pembelot..

Dengan perlian org kg disebabkan ibu seorg ibu tunggal dlm membesarkan sy, sy bertekad utk membalas jasa ibu dan alhamdullillah sy berjaya menggengam PHD dlm usia yg muda…peritnya dlm mengapai impian itu sehingga terpaksa berpisah meninggalkan ibu bersendirian di tanah air…maafkan chenta ibu..

Selepas berjaya menamatkan pengajian sy berjaya menjawat jawatan yg alhamdullah dpt membanggakan ibu..setiap kejayaan sy dan peperiksaan sy duduki x pernah lekang dr puasa dan zikir di bibir ibu..biar miskin harta jgn kt lupa syukur dgn setiap nikmat dan hayat yg di berikan Allah…itu pesan ibu selalu..ibu ku bawa tinggal bersama dan biarlah dia berehat bersenang lenang hidup bersamaku..

Hinggalah tiba satu ketika hatiku di berjaya diketuk oleh seorg jejaka yg sgt sabar menunggu aku dr zaman persekolahan menengahku..aku tegaskan padanya hanya apabila aku berjaya mengenggam PHD barulah hatiku akan terbuka pd cinta..benar dia begitu setia menunggu aku sehingga aku berjaya mengapai impian aku..tulus hati berjaya meroboh tembok ego yg aku bina setinggi gunung..aku memperkenalkannya pd ibu dan ibu berkenan di atas budi bahasa dan santunnya..akhirnya kami bertunang dan sehinggalah waktu aku ingin bernikah aku terpaksa menggunakan wali hakim kerana aku tiada bapa dan saudara lelaki..si dia memahami aku sejak dr awal lg..

Selesai majlis nikah aku lihat ada kelainan pd wajah ibu namun ku lihat ibu cubauntuk sembunyikan keresahan itu..majlis yg sibuk membuatkan aku lupa akan resah wajah syurga aku..semuanya berlangsung dgn meriah dihadiri rakan2 serta pelajar2 aku dan ibu ku lihat cuba utk terus tersenyum bagi membahagiakan aku walau hatiku berdetik yg senyuman itu tidak setulus selalu…

Suatu hari, keluarga mertua ku dtg berkunjung menziarahi ibu namun kebetulan d waktu kunjungan itu ibu tiada dirumah kerana menghadiri ceramah si masjid berhampiran..aku melayani mereka dgn baik kerana mereka tidak tinggal di malaysia jd aku tidak berapa mengenali keluarga suamiku..tiba2 ayah mertuaku bertanya tentang ibuku dan latar belakang ibu serta asal usul ibuku..aku bercerita dengan sejujurnya..beliau juga bertanya tentang ayahku dan aku memberitahu yg ayah sudah tiada sejak aku dr kecil lg…beliau hanya mengangguk2 kepala sahaja diatas penceritaan aku..

Tidak lama selepas itu ibu pulang dr masjid dan seperti biasa tidak lupa membeli ole2 air tebu yg memang menjadi kesukaan aku dr kecil. Dahulu sekeliling rumah aku mmg penuh dgn tebu tanaman ibu makanya air tebu mmg menjadi favorite aku dr dulu…saat ibu melangkah masuk air tebu yg ibu bawa terhempas bila ibu di sapa oleh ayah mertua aku..ibu cepat2 masuk ke dapur dan aku pula kehairanan dgn tingkah laku ibu…

Aku mengekor ibu ke dapur dan bertanya tentang perilaku pelik ibu..ibu hanya berkata mgkn ibu penat dan maklumlah kebetulan cuaca panas pada ari itu..selalunya aku yg menghantar dan menjemput ibu ke masjid..ibu hanya memilih untuk membisu bila bersama aku dan keluarga suami ku di ruang tamu sedangkan ibu seorg yg peramah…aku pelik ni kan besan ibu..nape ibu membisu..ibu hanya tersenyum bila ibu mertuaku mengajukan perbualan kepadanya dan kulihat dr ekor mata ibu, ibu resah dgn kehadiran ayah mertuaku dirumahku..

Aku cuba iti menceriakan suasana yg dingin itu…selepas keluarga mertuaku pulang aku duduk menatap mata syurgaku dan tgn nya ku pegang lembut…bertanya tentang resah yg terbuku di hati kecilnya..dia hanya mampu menunduk dan air jernih mengalir di matanya yg sayu…maafkan chenta ibu aidai pertanyaan chenta menguris hati ibu…tiada niat utk membuat ibu menangis…ibu diam seketika dan melepaskan nafas yg panjang…tanganku ibu genggam kuat…ayah fariz adalah adalah ayah kandung chenta….fariz adalah nama suamiku…ibarat letupan bom mortar yg meletup di dadaku…aku terjelupuk..aku lemah..

Hanya air mata yg deras mengalir di pipiku..tangan ibu meraup linangan lebat air mataku dan dlm nada bergetar ibu bersuara ‘ ayah chenta masih hidup, chenta tercipta hasil benih nafsu muda ayah yg di tolak cintanya oleh ibu..chenta anugerah terindah yg allah beri utk ibu walau kenyataan itu pahit untuk ibu telan,…chenta adalah kekuatan ibu’…dlm sendu ibu meluah…aku terkedu tanpa kata..fikiran aku kosong..kosong sekosongnya…aku punya ayah…suamiku adalah abg dr benih yg sama…aku buntu untuk berfikir..terasa ingin lari meninggalkan dunia ini..tp aku harus kemana…remuk…hancur..punah hatiku kerana aku berpegang teguh akan dan percaya kata2 ibu dulu..

Sekarang kenyataan ini terlampau perit utk aku terima..allah..berat nya ujian mu ini….tegas ibu..pernikahan aku dgn suami sah dr segi syarak menurut ibu kerana aku adalah anak luar nikah jd aku tiada nasab keturunan di sebelah bapa hanya nasab dr ibu bg anak luar nikah jelas ibu..ibu hanya mengetahui hal ini selepas majlis pernikahan aku kerana aku tidak berpeluang utk mengenali bapa suamiku yg juga bapa kandungku kerana dia tidak tinggal d malaysia lg…betapa bodohnya aku kerana telah melukakan kembali hati ibu yg telah sembuh namun madih berparut kerana kezaliman insan lain..maafkan chenta ibu…maafkan chenta..ampunkan chenta ibu..

Sekarang emosi dan fikiran aku tidak dpt berfikir dgn waras dan rasional…aku membawa ibu kuar dr rumah aku dan membawa nya tinggal dirumahku yg lain aku memfailkan penceraian dr suamiku…namun aku yakin keputusan ini yg terbaik utk semua…walau aku tahu suamiku tidak bersalah…sungguh dia seorg suami dan teman yg teramat baik…maafkan chenta syg…maafkan chenta…chenta terpaksa melepaskan abg walau itu bkn kehendak chenta…chenta tahu bukan salah abg..abg terlalu baik utk chenta…moga abg berjumpa permaisuri yg lebih baik dr chenta kerana chenta x mampu menipu hati ini dlm melepas ikatan dgn ‘binatang’ yg telah menyeksa perasaan chenta dan ibu dari dulu..

Setiap tangis dan sendu yg ibu sembunyi utk buat chenta terus ketawa, setiap peluh yg menitis utk terus membesarkan chenta..dlm setiap sujud dan doa ibu untuk membina kekuatan…x mampu chenta ungkap dgn kata2..chenta rela dan ikhlas untuk memilih syurga yg melahirkan chenta walau bkn itu kehendaknya…doakan chenta menemui bahagia yg sebenar…bahagia yg sebenar benar bahagia…aminnn.

– Chenta

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *