Tolong buang ego, buanglah saka anda, usah menyihir orang lain, rezeki Allah di mana-mana

Alhamdulillah Ya Allah, kau beri aku dan kedua ibu bapaku bernafas dan bertaubat di duniaMu ini lagi. Perkara pertama kali dalam hidup aku dan kedua ibu bapaku, tiba-tiba perkara buruk ingin berlaku di saat ayah dan ibu sakit, ianya berlaku pada petang semalam (Rabu, 20 Julai 2016) di jalan menuju ke Ledang, selekoh tajam.

Perkara nak terjadi orang kata, tapi benda ini dengan izin Allah. Orang yang tak pernah alami, akan kata cerita kami ini kolot atau tahyul. Tapi percayalah perkara ghaib juga diceritakan Allah dalam Al Quran. Tak semua orang Allah boleh bagi instinct kuat untuk perkara buruk akan berlaku. Allah beri nikmat yang mungkin ada pada orang lain dan mungkin tiada pada orang lain, di saat ini Allah timbulkan rasa keraguan untuk membenarkan ibu dan ayah pergi berseorangan, maka aku membuat keputusan untuk offer diri drive kereta. Tapi ibu membantah untuk drive sendiri, aku relakan walau dari sudut hati aku dah tak berapa sedap, perasaan bercampur baur menandakan akan ada perkara buruk bakal berlaku. Dalam perjalanan dari Labis ke Felda Chempelak, memang dah rasa tak berapa sedap hati, tapi mulut ini membaca ayat-ayat terakhir dari Surah Al Baqarah yang didendangkan di corong radio kereta. Sepanjang perjalanan ayat Quran ini menenangkan jiwa aku yang risau dan resah melihat keadaan ayah dan ibu. Perkara ini terdetik bila dengar kisah dari ayah kepada sahabat aku yang pernah berlaku beberapa hari sebelum ini. Menyebabkan aku berfikiran untuk sentiasa berwaspada dan berzikir. Dalam perjalanan itu pula, di jalan Bukit Kepong menghala ke Tangkak, tiba-tiba hujan lebat secara tiba-tiba. Ibu drive kereta dalam meter yang rendah. Sebab fikir jalan licin dan jalan tak berapa nampak, kelabu. Dan waktu itu aku cuba untuk melihat di tempat duduk belakang untuk mengetahui keadaan ayah ketika itu okay atau tidak. Tapi kepala aku tidak mampu untuk berpaling ke belakang, terasa susah dan berat. Beberapa kali juga aku cuba untuk berpaling tetapi tetap terasa berat dan susah. Sampai satu saat, aku membaca ayat Kursi, dan sekuat hati aku berpaling kebelakang, aku melihat tenungan dan renungan tajam ayah sangat berbeza, cepat-cepat aku menoleh ke hadapan. Wajah itu seperti memarahi aku. Mungkin kerana aku mengikut ayah dan ibu untuk berubat. Aku dah mula tak sedap hati. Aku cuba perhatikan wajah ibu di tempat pemanduan, tiba-tiba ibu senyap tidak bersuara. Aku mula rasa risau dan cuba perbanyakkan berzikir dan mengikut alunan ayat Quran di corong radio. Saat itu juga fikiran aku mula merencanakan sesuatu sekiranya berlaku apa-apa biarlah aku pergi sebelum kedua ibu bapaku. Aku akan cuba bertindak sebaik mungkin untuk menyelamatkan mereka.

“Ya Allah jangan kau ambil nyawa mereka kerana aku belum sempat berbakti pada mereka. Berikan aku peluang.”

Aku cuba sebaik mungkin untuk bertenang dari berfikiran yang bukan-bukan. Sampai beberapa selekoh aku banyak kali mengerling meter kelajuan ibu dan kaki ibu. Aku juga memerhati setiap gerak geri ibu. Aku dah start tak sedap hati. Hanya sedetik seketika, tiba-tiba di cermin depan viva aku nampak macam benda putih seperti flash kamera. Memang tiba-tiba tak nampak apa berlaku. Tapi tangan aku tiba-tiba laju memegang stereng kereta ibu ketika itu ibu kaku tak bergerak hatta bersuara. Lantas tangan ku menarik stereng kereta dari masuk ke line yang bertentangan dari kami. Waktu tu aku perasan sesuatu jalan itu memang banyak air akibat hujan lebat, tapi pergerakan seperti ditarik oleh sesuatu. Aku tak tahu kenapa secara automatik tangan aku membelok stereng tersebut menghala ke penghadang selekoh. Dan waktu itu ayah menjerit pada ibu suruh tekan brek. Waktu dan detik itu memang aku tak tahu nak cakap apa, terus mengucap ya Allah..!

Alhamdulillah, kereta tak teruk dan kami tak panik. Alhamdulillah tiada apa yang cedera dan tiada apa yang buruk berlaku. Alhamdulillah ada juga insan yang prihatin dari arah bertentangan terus memberhentikan kereta mereka untuk membantu kami. Tak tahu apa pandangan mereka nampak pada kereta dan keadaan kami. Tapi Allah aturkan keadaan kami tidak begitu teruk. Hanya Allah yang tahu waktu itu aku co-driver muka dah pucat, jantung dah macam terhenti seketika. Kereta kami tersadai di bahu jalan, ayah dan ibu keluar dari kereta dalam keadaan blank, dan aku pula stay dalam kereta kaku. Tiba-tiba aku tersedar aku tak keluar dari kereta, Bila aku keluar dua orang lelaki cuba bertanya keadaan kami, “Awak okay ke?” aku membalas “kami okay” dan masa tu kalau orang tengok keadaan kami memang macam orang tak betul lagaknya. Yelah bayangkan baru lepas accident, pastu orang tanya okay ke tak, yang kami lagaknya macam tak ada pape berlaku, pastu terus drive menonong, tak rasa macam pelik ke? Tapi dua orang pemuda tu tolong kami untuk undur kereta dan melihat lalu lintas kereta ketika itu. Terima kasih kepada dua orang pemandu tersebut walau tak kenal terima kasih sangat-sangat membantu.

Dalam perjalanan seterusnya, ibu duduk di seat belakang ayah pula yang memandu. Yang peliknya waktu tu tiba-tiba wajah ayah kembali kepada biasa yang aku nampak wajah ayah aku. Allah kuatkan ayah untuk terus drive, tak tahu sama ada ayah kesiankan ibu atau tak nak aku risau or ayah rasa dia terbeban, I don’t know what the reason it is. Then sampai kat stesen minyak di area Ledang, kami check kereta tersebut. Aku perhatikan gerak geri ayah dan ibu, Alhamdulillah Allah kuatkan ayah, Allah kuatkan ibu menentang kekuatan yang jahat itu. Aku cuba untuk offer diri untuk drive kereta, tapi ayah senyap sahaja. Aku tak puas hati, tapi aku tak mampu nak cakap apa-apa, mungkin ayah kenal aku macam mana. Tapi aku dah surrender apa-apa berlaku aku akan drive! Allah nak tetapkan ayah juga drive, sepanjang perjalanan ke Melaka aku cuba bacakan ayat-ayat Al Quran di belakang ayah. aku berdoa semoga Allah kuatkan ayah. Alhamdulillah dalam pukul 6.00 sampai juga kami di pusat perubatan Islam di Melaka. Ustaz Hedzer banyak bantu keluarga kami. Dalam waktu berubat ustaz ceritakan segala-galanya apa penyakit ayah dan ibu. Dan apa yang berlaku di pertengahan jalan tadi pun ada kaitan juga dengan sakit ayah. Rupa-rupanya ada benda menumpang di belakang kereta kami dan cuba menghalang kami dari berubat. Patutlah wajah ayah tampak garang seperti memarahi aku, mungkin aku dia nak uji.

Di saat ini aku mula merasa kasihan melihat ayah dan ibu. Kenapa mereka selalu kena dan sakit sebegini, sedangkan semua benda itu sudah dibuang bersih, ustaz pun dah cakap dan selalu check keluarga kami. Tapi aku cuba berfikiran positif ini adalah salah satu ujian Allah buat kami semua. Beberapa kali nyawa kami terancam hanya kerana benda saka dan sihir orang. Aku tak tahu apa yang orang tak puas hati dengan kami. Sedangkan kami adik-beradik dulu semua orang canang kami tak pandai, kami tak bijak, dan kami tidak cantik. Selalu membanding-bandingkan kami (inilah masalah kalau jadi anak CIKGU!) Lali aku dengar orang mengejek kami. Ayah dan ibu hanya terasa dan memendam rasa di hati. Kami bersabar dan terus bersabar apa yang orang nak buat pada kami. Kalau nak diceritakan memang sangat berjela-jela.

Hari ini menjadi pengajaran buat kami. Syukur Ya Allah kau selamatkan aku dan kedua ibu bapaku dari kecelakaan ini. Rupa-rupanya inilah pengalaman yang berlaku pada orang yang ketika kemalangan dan di saat maut nak datang. Saat ini dan ketika ini jantungku masih berdegup laju, mengingat perkara petang tadi. Doakan ayah dan ibu ku sihat dan dilindungi dari hasil kecelakaan ini. Aku dah penat nak mengingatkan orang lain, buanglah saka kalian…elaklah diri dari cemburu dan menyihir orang lain…tolonglah jangan buat orang lain sengsara.

Post ini sebagai peringatan dan pengajaran, don’t judge people by their personalities. Bukan nak menyalahkan tapi buanglah ego itu. Jangan kerana ego orang lain sengsara. Tolonglah cari alternative untuk buang saka anda. Susah kalau nak ziarah orang kita pula yang terkena. Sebab itu jangan marah ayah dan ibu kami sekiranya kami tidak mampu mengunjungi rumah anda. Ada sebab musababnya kenapa kami tidak boleh ziarah kalian. Memang ajal dan maut di tangan Allah, tapi ingatlah mencegah lebih baik dari mengubati betul kan?

Aku harap andai ada orang sekeliling baca post ini dan maka fahamilah. Bukan kami tak mahu, tapi keadaan tidak mengizinkan. Sebab itu bila orang mengata, kami tadah saja telinga kami, sebab kalian tidak pernah kena dan mengalami apa yang kami rasakan. SAKIT!

BUANGLAH SAKA KALIAN…..JANGAN EGO!
ELAKLAH MENYIHIR ORANG LAIN….JANGAN CEMBURU!
TOLONGLAH JANGAN ANIAYA KAMI LAGI…REZEKI ALLAH ADA PADA SETIAP HAMBANYA…

– Insan teraniaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit