Salam alaikum abang kakak semua.
Saya bukan lah pelajar daripada mana mana universiti mahupun ipt. Saya cuma pelajar SMK tingkatan 5.
Saya nak minta sedikit nasihat dan tips untuk SPM. Saya merupakan pelajar sastera dgn elektif ekonomi asas, perdagangan, syariah islam, alquran assunnah & bahasa arab. (10 subjek)
Subjek paling sukar saya nak catch up ialah sejarah form 4, sanins form 4 dan juga pendidikan alquran dan as sunnah.
Jadi di sini saya mohon tips dan nasihat dari kalian semua untuk apa apa subjek pun walaupun tak tersenarai dalam list di atas.
Tolong saya, saya perlukan dorongan dan doa untuk kejayaan SPM dari kalian juga.
Sekian, terima kasih.
– Adik.
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
dalam kelas jangan tidur. lpas skolah siapkan homework n study. solat jgn tinggal dan berdoa. lpas spm sok, tawakkal.
Tips utk subjek quran sunnah ,ialah klau dlm arab it should be fhamkan mkna prkataan(refer qamus) n buat nota ringkas ,n science + sejarah tu bnyk bt revision and sediakan nota ringkas jgk ;)..insyaaAllah
Hurmm. Sy lepasan spm. 10 subjek. Sama macam awak la subjeknya. Ape2 bole pm. Kalau untuk subjek sains tu, paper 1 kena bnyk latihan sbb benda berulang. Paper 2 kena mahir dan faham experiment. Sejarah pulak baca.. Minat tu lain cite. Quran sunnah tu mmg feveret. Ni pon kena baca dan tau hukum2 bacaan Alquran. Dan kena faham isi2 hadis. Nampak macam qs ni lg senang drpd syariah,but syariah lg senang nak skor.. Haha. Do the best in ur spm. ;-) tau yg sy tak membantu.^_^
Pqs, awak patut buat nota pendek. Sbbnya pqs ni lebih kurang Pen. Islam. Pqs ni jadi lebih senang bila kita amalkan setiap apa yg kita bljr tu dalam kehidupan seharian. Inshaa Allah, senang punya. Sej dan Scn ni awak kena rajin buat latihan. lagi2, paper 1. Buat je latihan banyak2. Tapi jgn lupa baca buku, buat nota, faham, ingat. Then, perbanyakkan buat latihan. Itu yg penting, tak kira subjek apa pun.
Utk subjek berkaitan sains – jwb soalan objektif sambil tengok jawapan. Tapi make sure fahamkan dulu soalan. Lepastu selalu rujuk buku dan ulang byk kali. Utk subjektif selalu rujuk cara nk jawab base on paper yg lepas. Bahagian ni mmg kita kena mahir cara nk bagi jawapan. Bahagia experiment plk selalu fahamkan konsep dia dulu lepastu salin balik experiment yg kita pernah buat. Hafal formula dan konsep bagi tiap topic, bila dah faham mmg mudah.
Utk sejarah – baca byk kali dulu biarpun tkfaham. Lepas dah tepu, cuba fahamkan baru hafal. Jawab past year especially bagi soalan yg berkaitan KBAT.
Bagi subjek agama – abg dulu ambik PAI je so utk subjek ni abg hafal ayat al Quran dgn hadis sbb ramai yg sangkut dekat bahagian ni. Utk bahagian lain, abg cuma baca byk kali dan hafal. PAI ni mudah je sbb berkaitan dgn amalan kita. Abg dulu ada ambik Tasawwur Islam, utk subjek ni abg fahamkan konsep dia dulu baru hafal. Lain lain cuma bykkan latihan lagi lagi yg KBAT.
Bagi subjek math dgn addmath – ni srs kena byk latihan. Sehari buat paling kurang 5 soalan. Lps tu tolong buat study group. Cari kwn yg boleh ajar dan cuba ajar kawan yg tkfaham topic yg kita faham.
Utk BM dgn BI – utk subjek ni abg tkreti nk bagi tips selain buat essey byk byk dan hafal bhg komsas. Jgn lupa rujuk kamus ok :)
Sorry lah abg tkbyk mmbantu :)
Adik jgn tinggal solat ok. Tolong baca al quran tiap hari walaupun sikit. Hormat parents, adik beradik, cikgu dan kawan kawan. Kucing pun kita kena hormat. Bykkan bersedekah jgk ok.
Goodluck ok utk spm. Buat yg terbaik utk masa dpn dan jgn terlibat dgn couple ok sbb belum masanya utk fikir soal couple. Masa belajar kita belajar :)
Plg penting, redha guru ,kna jaga. Bitaufiq wannajah spm dik.
buat soalan lepas,,doa ibubpa, hormat cg
Sejarah, kena ulang ulang. Ulang the same exercises banyak kali till one point you tengok the questions you already know the answers without looking at the options! :) it really works! Kena score open book test, subjective and mcq. Theres no reason tak dapat score open book test. Subjective and mcq mostly soalan ulang2 cuma dia twist sikit je essay pulak is like the sum up of everything.
Pm la dik :)
sejarah?
– bangun pagi2 sebelum subuh, hafal la sampai lebam. sebelum tdo pun kau baca gak, mesti ingat esok pagi. pastu selalu main quiz dgn mmber, buat soal jawab. inshaAllah A dlm tgn. kunci dia satu je, ingat kronologi.
science?
– kena paham. make sure kau betul paham. bkn main hafal je. plg penting tau teknik nk jawab soalan. study group la dgn kawan yg pandai sikit subject ni. buat latihan selalu. yg pelik2 tu, kau buat la akronim ke, jalan cerita ke bg ingat turutan dia.
PQS?
– x silap kena hafal surah yasin kn? baca hari2, dengar hari2. lekat la nnt. pun sama gak, kau kena paham setiap tajuk. bila paham kau boleh elaborate sendiri isi. x susah sangat subject ni. aku ingat2 lupa syllabus dia, rasanya yg pntg2 cm takrif, dalil, tu kena highlight lebih. buat stdy group, bhgikan tajuk. bila kte ajar orang, selalunya akan lekat kt otak.
all the best, mesti boleh A punya
Sej form 4 adelah part yg paling best dlm world history. Ko boleh search youtube pasal topics tu. pQS tu mmg kna study group,kalau self study mmg ngntuk.sbb byk istilah kena hafal.