Tolonglah Berubah Untuk Diri Sendiri

Tolonglah Berubah Untuk Diri Sendiri

Hi. First of all, aku tak tahu apa yang aku buat ni betul ke tak. Tapi niat aku cuma la nak meluahkan and kalau boleh nak mintak pendapat tentang apa yang aku rasa.

Ok aku start la cerita yer.

Keluarga aku ni besar dan memang rapat antara satu sama lain. Hampir semua dah kahwin, tinggal aku dan beberapa orang lagi belum. So, sekarang ni aku baru habis belajar dan tunggu panggilan kerja.

Aku tinggal dengan mak bapak aku, dan akak aku. Tapi…. actually tambah dengan lagi seorang akak aku (J bukan nama sebenar) yang dah berkeluarga.

To be short, akak aku tu ada financial problem dengan family dia… So husband dia ni tinggalkan akak aku dan anak dia 2 orang duduk rumah dengan kitaorang la. Kononnya sementara, while husband dia nak cari rumah lain, yada yada..

Well, kitaorang semua awalnya memang takde masalah la nak tumpangkan akak aku dan anak2 dia tu.. sebab ye la family kan, siapa lagi nak tolong. Tapi… apa yang aku kesal sepanjang dia duduk dengan kitaorang, akak aku ni tak ringan tulang nak tolong apa2 buat kerja rumah ke.

Since mak aku dan akak aku sorang tu buat bisnes kuih frozen, nak nampak akak J tu tolong2 memang macam suatu benda yang mustahil. Aku pun agak bengang la yela kitaorang buat semua kerja, tapi dia goyang kaki. Masak pun tak? Kemas rumah pun tak.

Aku pernahla saja2 suruh dia masak, tolong kat dapur tapi nak tahu apa jawapan dia? Dia cakap kat aku, dia tu tetamu so tak boleh buat kerja. Aku masa tu memang brain freeze dengar jawapan dia.

Itu satu.. aku dah bengang dengan dia satu hal, lagi aku bengang dengan husband dia… Kadang2 seminggu sekali datang jenguk tapi duit hulur pun tak…usahkan ke mak bapak aku tapi dengan anak bini dia pun tak weh.

Raya haritu, hampir semua persiapan raya dia dan anak2 dia, akak2 aku yang lain yang bantu, tapi dari husband dia, satu pun takde?? Ya Allah aku tak tahu nak describe tahap sedih dan bengang nya.

Aku kesiankan mak bapak aku dan akak aku yang kena menanggung akak J aku sekarang. Mak bapak aku dah tua so banyak kerja rumah dah dipertanggungjawabkan kat akak aku.

Aku sedih dengar cerita akak aku bila dia mengadu dia penat buat kerja tapi akak J tu sikit pun tak tolong. Bukan la nak mengungkit atau berharap balasan tapi sekurang kurangnya kalau dia lebih bertimbang rasa dan hmm common sense la weh, kitaorang pun tak akan bercerita macam ni.

Kitaorang cuba dah tolong carikan kerja untuk akak J aku tu since nak harapkan husband dia memang tak boleh pakai (aku sumpah meluat dengan husband dia ya Allah maafkan aku).

Tapi dia sendiri pun tak nak tolong hidup dia? Kerja memilih. Dia nak jadi artis ke? Tolong sesiapa agency artis hire la akak aku ni as long as dia boleh sara hidup dia.

Walaupun aku yang last dalam family, tapi aku agak stress memikirkan masalah ni. Doakan la aku dapat kerja cepat2 so that aku boleh kurangkan beban family ni.

Lagi satu yang aku tak boleh brain pasal akak J aku ni, dia baran tahap ape tak tahu.. bila ditegur sikit habis melenting satu rumah, dengan mak bapak aku pun dia tengking padahal selama ni mak bapak dia yang tanggung dia anak beranak walaupun dah berlaki.

Sebelum aku jadi makin mental, aku mintak la suggestions korang, apa yang terbaik boleh aku tolong akak aku ni. Ke dia memang tak boleh dibantu dah?

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit