Trauma Pedofilia

Nama aku Luna, aku ada satu kisah yang berkaitan dengan pedofilia. Kejadian ni berlaku masa tahun 2012. Aku bukanlah mangsa, tapi aku menjadi saksi kelakuan keji seorang pedo.

Pada waktu tu, istilah pedofilia ni tak pernah lagi aku dengar dan tau kewujudannya. Cuma lepas aku habis belajar je baru aku tau pasal pedofilia.

Tahun 2012 aku merupakan pelajar tahun 2 disebuah universiti awam di utara tanah air.

Waktu tu bulan November, tengah musim konvokesyen. Jadi ramailah orang masuk dalam universiti untuk hadiri majlis konkesyen ahli keluarga masing-masing.

Biasanya diorang akan datang makan bersama keluarga dekat cafe di kolej-kolej kediaman pelajar.

Jadi, satu harini lepas habis kelas aku dengan roomate pun pergilah cafe nak makan tengah hari. Seperti yang dijangka ramai betul umat manusia.

Aku dengan roomate pilih untuk duduk dekat meja sebelah tiang sebab meja tu betul-betul mengadap tv yang tergantung dekat atas. Kami duduk bersebelahan sebab dua-dua nak tengok tv sambil makan.

Depan meja kami ada satu keluarga besar tengah duduk makan beramai-ramai dan aku tengok ada seorang yang pakai jubah konvo. Dalam hati aku cakap, ramai betul yang datang meraikan senior ni.

Makanan kami dah sampai, aku dengan roomate pun baca doa dan mula makan.

Tengah aku suap makanan sambil tengok tv, tiba-tiba ada sorang lelaki daripada keluarga yang duduk depan meja kami tu dia pusingkan badan dia menghadap kami.

Dia panggil pulak sorang budak perempuan yang juga ahli keluarga tu untuk duduk diatas ribanya.

Jadi kedudukan kami waktu tu saling mengadap. Ahli keluarganya yang lain tengah sibuk makan dan riuh berbual. Sebelah meja aku pulak kosong.

Waktu ni lah aku dan roomate mengalami trauma. Kami cuba buat-buat tak nampak , tapi lelaki ni tadi macam sengaja nak tunjuk benda tu dekat kami. Apa dia buat ???? JIJIK ! Sumpah JIJIK !

Dia pangku budak perempuan tadi atas riba, lepastu tangan dia diseluk kedalam skirt budak perempuan tu tadi.

Dia kemudian, sengaja selak lagi skirt budak tu keatas dan kami nampak dia meramas-ramas kemaluan budak perempuan tu. Nauzubillah !!!

Aku dengan roomate pandang each other, speechless. Kami dah tak lalu nak makan, fikiran waktu tu blank, tak tau nak react macam mana. Rasa malu, marah, geli semua ada.

Masih jelas dalam ingatan macam mana muka miang lelaki tu, waktu dia buat benda keji tu.

Budak tu aku anggarkan umurnya dalam 9 tahun, mukanya naif sangat. Dia tak melawan dan macam dah biasa ‘dilayan’ begitu. Aku yakin dia dah di ‘grooming’.

Aku tak boleh lupa kejadian tu, benda ni tinggalkan kesan trauma dalam diri aku.

Tapi yang lebih buat aku kesal, sebab waktu tu aku tak mampu nak buat apa-apa untuk selamatkan budak tu. Sebab dah terlampau panik, aku dengan roomate terus berhenti makan dan cepat-cepat lari.

Bila kes pedofilia mula viral, baru aku tau yang banyak rupanya kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak. Dan memori hitam ni akan datang semula. Aku cuma mampu berdoa je untuk budak tu.

Aku pun dah ada anak sekarang dan aku tak pernah biarkan anak aku ikut mana-mana lelaki walaupun ahli keluarga sendiri. Sebab banyak kes jenayah seksual kanak-kanak ni pelakunya adalah ahli keluarga sendiri!

Aku harap sangat jantan tak guna tu dah terima balasan untuk perbuatan keji tu. Semoga anak-anak dan keturunan kita dilindungi dari segala jenayah seksual.

Seriously aku nak cakap, pedo ni JIJIK !

– Luna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Nasihat Ai ollz buat warga netijen tak kira la ampa muda ka, tua ka, budak ka, dah dewasa ka. Ingat pesai Ai ollz ni.

    Pesanan Ai ollz ialah: NAMPAK KEJAHATAN ATAU PERKARA SALAH DEPAN MATA TERUS JERIT BERSUARA TEGUR. Baru si setan terkejut dan zaman sekarang pastikan ANDA SENTIASA BERSEDIA REKOD VIDEO SEBAGAI BUKTI SEBELUM AMPA PI TEGUR SETAN BERWAJAH MANUSIA TUH! Kenapa? Pasai setan kaki spin kuat kelentong, tuh pasal hampa kena TENANG DAN REKOD VIDEO SENYAP2 SEBAGAI BUKTI. So anything happen kami warga netijen TENTERA BAWANG NURTIZEN AKAN BACK UP ANDA 1000%!

    Berani kerana benar!

    Lindungi SEMUA UMAT MANUSIA SUCI. HAPUSKAN SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA!

    JANGAN JADI ENABLER! SENYAP BERMAKSUD ANDA SETUJU ATAU SOKONG!

    Amar makruf nahi mungkar deknon!

    Biar kita kepochi dan mulut hazab bedah untuk sounds perosak ummah nih! Takpa.

    Golongan perosak tak beradab tak layak dapat bahasa sopan lembut santun. Depa paham maki hamun jah pasai hati depa dah hitam!

    Ingat pesan Ai ollz wahai rakyat Malaysia!

    Penting!

  2. Jantan tu bukan setakat pedofolia saja, dia juga exhibitionist, seseorang yang mendapat kepuasan s*k*ual apabila perbuatan s*k*ual dia dilihat oleh orang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *