Trauma Yang Di Triggered

Hai, nama aku Addy. Pertama sekali aku nak minta maaf kalau bahasa yang aku gunakan mungkin tidak proper. Maklumlah, aku dah lama tak tulis karangan.

Tapi aku teringin nak share dekat sini, sebab aku baca comment dan aku perlukan kata kata semangat. Ya, aku tengah down dan aku rasa lemah sangat.

Nak dijadikan cerita, aku ada kawan. Kawan aku ni jenis yang dekat dengan aku. Jadi, kitorang jumpa almost everyday.

Dia kenal aku macamana, dan dia tahu karekter aku. Cerita aku pun dia tahu, termasuk trauma aku. Karakter aku, kalau aku marah on the spot, itu maksudnya aku still okay.

Jadi setiap kali kawan aku, bercerita benda yang aku tak suka, kadang kadang aku diam, kadang kadang aku marah direct.

Kita namakan kawan aku ni Johan. Johan ni, sama jantina dengan aku tapi dia lagi tua.

Jadi most of the time, kalau aku marah ke upset ke apa, aku akan cuba control sebab aku hormat orang yang lagi tua. Johan tahu trauma aku.

Aku notice, Johan selalu repeatedly buat benda yang dia memang tahu aku tak suka.

Aku notice pattern dia dan bila aku bercerita kat kawan kawan aku pun diorang rasa Johan ni dia ada dalam loop dia sendiri.

Aku bagi contoh kiasan trauma aku je tau. Contoh, aku trauma dengan bunyi phone berdering. Aku bagitahu Johan, jangan call aku. Tapi tak, dia akan buat juga.

Dan ada sekali, dia pernah cakap kat aku, kalau dia buat kang, panic attack pulak.

Dia tak sedar kot yang kekadang kalau dia call, aku sembunyi dalam bilik. Aku tutup telinga aku. Tapi dia takkan berhenti selagi aku tak angkat call. Begitulah.

Baru baru ni, dia ada sebut pasal trauma aku tau. Ini trauma yang lain, yang paling teruk aku lalui, daripada tahun yang sudah. Kes yang jadi ni buatkan aku tak keluar rumah 3 hari.

Lepas beberapa tahun berlalu, aku dah okay, nak kata aku lupakan, takdelah tapi aku tak fikir sangat.

Johan tahu pasal ni. Johan nampak struggle aku untuk berdamai dengan trauma ni. Tapi bila dia sebut balik, lepas beberapa tahun, aku triggered.

Mula mula waktu dia cakap pasal ni, aku okay tapi aku perasan aku asyik repeatedly cakap pasal benda ni. Aku tahu sebenarnya brain aku tengah proses.

Aku tahu mungkin korang akan rasa dia tak sengaja, tapi dia memang sengaja dan sedar apa dia buat.

Hari ketiga, baru aku rasa sakit. Sakit sangat sangat. Aku panic attack.

Aku mesej dia cakap aku tak boleh nak dekat dengan dia sebab aku tak percaya dengan sikap dia. Padahal, pada dia aku ni kawan baik dia kot.

Time ni, dia ada cakap juga yang aku mention yang aku tak suka pasal benda ni.

No, aku repeatedly pernah cakap jangan cakap pasal benda ni. Tapi benda tu membuatkan aku sedar, yang dia sebenarnya memang sedar atas perbuatan dia.

Mungkin bila trauma trauma lain, reaksi aku mendatar. Tapi yang ini trauma besar. Aku jadi confuse nak react macamana.

Hari pertama (hari ketiga kes tu jadi) aku panic attack, aku cuba divert minda aku dengan buat buat busy. Tapi tak, aku petang tu meraung.

Sakit. Sakit sangat sangat. Hari keempat, pun sama, aku menangis non stop. Hari berganti hari, aku still menangis hari hari.

Aku keluar dengan kawan kawan aku untuk happy kan diri tapi aku perasan aku dah berubah. Aku perasan aku cepat sangat marah. Aku push people away, termasuk yang sayang aku.

Aku cari silap kawan kawan aku so aku boleh ada alasan untuk keluar dari life diorang. Aku masih single, jadi baru baru ni ada orang nak approach aku.

Aku berkenan dengan orang ni tapi entah cemana dia buat lawak, aku jadi terlalu emosi, aku nangis nangis then orang tu maybe terkejut sebab yelah, baru kenal kot.

Dia terus block aku dan suruh lupakan. Aku dah lama single dan baru jumpa orang yang aku berkenan, tapi jadi macam ni pulak.

Sampai hari ini, aku tak okay. Aku tak bercakap dengan Johan ataupun mesej dia. Tapi aku rasa marah. Aku rasa benci.

Aku rasa unfair sangat lepas dia triggered aku, life dia masih macam biasa. Sedangkan aku? Aku menderita. Aku nangis hari hari. Aku cuba untuk bukak hati aku, tapi hilang.

Orang hilang. Orang tak boleh sabar dengan aku. Aku cuba nak sembuhkan diri aku tapi kenapa aku masih tak okay? Takkan nak tunggu setahun.

Bila aku tulis ni pun, aku rasa sakit sangat sangat. Karekter aku adalah jenis yang happy go lucky, kelakar. Tapi aku tahu orang nampak aku berubah.

Aku sumpah rasa dendam dengan dia. Aku minta sangat tolonglah bagi aku kata kata semangat sebab aku rasa down sangat everytime aku tengok yang Johan buat macam takde apa yang jadi.

Aku pun harap kalau ada psychiatrist ke apa, tolong lah advise whether reaction aku ni betul ke tak.

Korang doakan aku terus kuat tau. Aku rindu diri aku yang gelak Hu Ha dulu, tapi aku tak sanggup nak waste another years.

– Insan Tersakiti

– ADDY (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *