Tudung dan stail
Assalamualaikum :) hai! Thanks admin approve (kalau approve la)..
Okay, apa yg aku nak tulis kat sini, bukan la nak menunjuk aku ni warak sgt. Sekadar meluahkan buah fikiran.
Aku sendiri tak bertudung labuh. Tudung aku standard size je. Kalau bawal, aku pakai bidang 45. Kalau shawl, yg biasa tulah. For sure bukan tudung labuh mcm ustazah2 pakai.. Tapi aku rasa aku kena tegur stail tudung sekarang.
Aku tengok stail tudung budak2 sekarang, especially yg hipster bagai tu, aku sampai tertanya, korang ni pakai tudung ke alas meja? Ke langsir? Rimas aku tengok. Terjuntai2, terbukak2.. Menyampah tahu?
Aku paling jem bila tengok stail terbaru, setakat tutup leher je tudung tu. Letak atas kepala, pastu lilit kat leher. Ngam2 je tudung tu kat kolar baju. Apakah…? Nak stail pun beragak la.. Apa guna pakai tudung kalau leher nampak, kulit nampak.. Pastu stail tudung tu belit punya belit dah nampak mcm stail rambut. Baik korang stailkan rambut kalau camtu, takyah pakai tudung (sorry to say).
Kalau iye pun korang suka stailkan tudung atau shawl, dan belum terbukak hati nak pakai yg labuh (macam aku), pakai tudung tu biarlah kemas. Pin elok2. Kalau pakai shawl, letak pin betul2. Jatuhkan tudung tu lebih dari kolar baju la at least. Kalau shawl jarang, yg bhg dalam tu labuhkan jadi dua lapis tak nampak bentuk leher atau kulit badan atau buat stail mcm stail rambut.
Okay tu je nak cakap. Sorry kalau terkasar bahasa. Terima kasih kalau approve.
– miss k
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/