Salam semua, nama aku Huda, bukan nama sebenar. Dulu aku pernah hantar confession dekat sini, (https://iiumc.com/ab4h-dan-m4k/).
Cerita yang sama, watak yang sama cuma jalan cerita je berbeza. Aku sangat mengagumi mak dan abah. Sayang aku dekat dorang lebih dari aku sayang diri aku.
Aku dah kahwin, kalau boleh aku nak sangat perangai laki aku macam abah, tapi apakan daya, hahaha manusia tak boleh tiru sesama perangai.
Cerita yang aku nak cerita ni masih lagi pasal kakak aku, hari khamis lepas tarikh 26/10/ balik kerja aku singgah rumah abah mak.
Tak sempat lepas beg abah cakap, ”abah ada benda nak bagitahu kau, akak kau kata dia nak kahwin” laju aku jawab, ”dengan siapa?”
Abah cakap, ”akak kau dah terlanjur” Aku jawab, ”dengan siapa?” muka aku memang datar je.
Aku tanya ”berapa bulan?” abah jawab ”* bulan ”
Aku cakap ”kenapa tak bagitahu masa dah bersalin je, ke bagitahu masa budak tu umur setahun ke” abah diam.
Aku ni dulu memang baran, ada benda tak kena memang cepat angin tak menentu, disebabkan dah kahwin baran dan angin aku ni terkawal.
Selalunya kalau dengar berita pasal akak aku, memang cepat aku wasap dia maki hamun, sekarang aku malas nak pikir.
Akak aku cakap dekat abah ”lelaki tu nak bertanggungjawab, dia nak nikah dengan akak” aku blank rasa macam jem sekejap.
Sebabnya aku takut kalau akak aku dah nikah dan ada kehidupan sendiri dia akan susahkan mak abah.
Yang lagi aku takut kalau laki tu tak nak bertanggungjawab dan akan buat akak aku bukan2.
Balik tu aku sembang2 dengan laki aku, aku cakap dengan dia, ”ujian untuk orang alim ni berat kan? Satu-satu Allah uji”
Laki aku cakap, ”sabar ye yang allah uji sebab Allah sayang”. Abah mak dah tua nak kena pikir masalah anak2, aku kesian sangat.
Kadang2 aku cakap dengan diri aku, kenapalah Allah uji abah mak macamni.
Aku tak tahu macam mana lagi nak sekolahkan kakak aku, aku ni bongsu dah kahwin nak pikir diri aku lagi, suami aku lagi.
Abah pernah cakap dengan aku, ”patutnya abah dah tua tua ni boleh pergi berjalan sana sini, ni kalau nak pikir pasal anak2 je abah pun pening” sedih tau bila abah cakap macamtu.
Mak aku mulut asyik bebel je, orang tua biasalah. Muka mak aku sayu je macam sedih sangat, yelah mak bapak mana tak sedihkan dengan berita macam ni.
Minggu depan abah mak dah nak pergi umrah dapat pulak berita yang macam ni, sedih dia tak payah cakap lah.
Aku malas nak pikir masalah ni sebenarnya, tapi tulah asyik terlintas dalam kepala je.
Perlu ke aku call kakak aku bagi nasihat? Aku letih lah weh asyik bagi nasihat tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri hmm.
Korang doakan lah untuk mak abah aku ye? Aku tak suka tengok dorang sedih2 pening pikir pasal anak. Doakan aku tetap kuat ye untuk hadapi semua benda ni.
– Huda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit