Ujian Allah, usah mengeluh, sabarlah.

U.J.I.A.N.
Ujian ni boleh jd musibah dan juga nikmat.
JANGAN MENGELUH.
Jgn ingat kita saja dilanda ujian, ada lg org yg lebih truk ujiannya drpd kita. Ingatlah, seteruk teruk mana pun ujian yg melanda kita, tak sama langsung sgn ujian yg menimpa para nabi dan rasul. Revise balik kisah nabi, dan para sahabat. MashaAllah, apalah sgt ujian yg menimpa kita ni.
SABARLAH.
Allah kan Ada!! Allah ni bersifat malu, malu jika tidak tunaikan permintaan hamba2Nya yg sungguh2 dan InshaAllah soleh/solehah.
إنّ اللَّه مع الصابرين.
TAK SALAH MENGELUH
Tak salah mengeluh kat org, tp jaga2 kerana kadang2 org yg mendengarnya tu heboh kat org lain siap sebarkan fitnah bagai. Tapi ingat ye, dari sudut psikologinya, kita ni perlu juga share masalah kita. Akan ada org yg Allah hantar, untuk bantu kita.
KELUHLAH KAT ALLAH
Allah maha mendengar, Allah maha pemurah dan 97 nama2 lagi dlm Asmaul Husna. Jgn takut, jgn sangsi yg Allah takkan tunaikan permintaan kita. Allah dengar je do'a kita, tangisan kita, Dia tangguhkan dulu permintaan kita tu. Sebab apa? Sebab Dia sayang kat kita. Dia suka dengar suara kita, Dia sronok dengar suara kita. Kalau Dia tunaikan permintaan kita cepat sgt, Dia takut kita da stop do'a kat Dia.
YAKINLAH DENGAN ALLAH
Allah dah set yg terbaik utk kita. Dia tahu apa yg terbaik utk kita. Dia tahu bila nak bg sesuatu dan bila nak ambil sesuatu kpd dan drpd hamba2Nya.
Bukan copy paste, tp sdikit luahan hati dan peringatan drpd dan kpd insan yg lemah ini. WaAllahua'lam. Allah tahu segala2nya, di hati kita dan sebagainya.

– ‪#‎Daud‬ (Bukan.Nama.Sebenar)

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *