Salam and hai , aku pernah confess pasal tajuk say no to couple . Ok hari ni aku nak confess pasal benda lain pulak. Ni kisahh hidup aku gak laa.
Apa yang aku nak cerita sikit hari ni pasal ujian Allah. Ya ujian Allah. Ok aku nak tny sikit, kalau korang tak dapat apa yg korang nak mcm contoh korang dah struggle gila-gila nak skor final exam tapi end up result hampeh gak. Mesti korang stress, marah n ada sikit perasaan tak redha tu kan. *tipu la kalau tak pernah rasa camtu*. Ok sama jugak dgn aku sebenarnya.
Ok kisah aku bermula masa aku sekolah menengah sampai sekarang
1. Masa SPM, result aku biasa-biasa ja. Memang kalau orang tgk result SPM aku mesti orang dah cakap lepas ni nak sambung mana dengan result macamni ? Masa tu aku down gila. Aku rasa macam tak nak keluar rumah, tak nak jumpa dengan orang luar, adik beradik aku, dengan kawan-kawan aku lagi aku malu. Tapi aturan Allah indah, dia bagi apa yang terbaik untuk kita. Dengan result SPM aku, aku dapat sambung asasi. Asasi mna tu biarlah rahsia. Ni antara rezeki Allah utk aku. Alhamdullilah
2. Ok orang kata masuk asasi ni susah, ok aku tau. Tak dapat nafi, result sem 1 aku masa asasi bawah tiga beb. Memang teruk gila. Nak kata aku tak study, aku ni memang kaki study tapi ada laa tu dosa aku kat mna-mana. Haha. Masa tu pun aku down gilaa. Seolah-olah macam aku dah tak dak harapan nak bangkit semula. Ye laa kan orang cakap kalau result asasi tak gempak nanti dapaf kos lelong. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah bagi semngat dekat aku utk belajar. Sem seterusnya aku memang belajar betul-betul.Dan sem seterusnya aku berjaya dapat lepas 3.5. See ? Allah akan tolong kita kalau kita sendiri nak usaha. Allah cuma nak uji kita sikit ja, jadi sabar yaa rakan-rakan.
3. Ujian ketiga, bila aku apply upu aku tak dapat pilihan yang aku nak. Masa ni aku dah tak down sangat sebab aku yakin ketentuan Allah yg terbaik utk diri aku. Tapi aku still berdoa yg terbaik untuk diri aku. And at last, aku dapat masuk ke universiti yang aku idamkan dengan kos pilihan pertama aku (second intake). Alhamdullilah walaupun lambat aku bersyukur tak terkata.
So hikmah dia kat sini, korang jangan berputus asa or selalu merungut kalau tak dapat apa yang korang nak. Redha dengan ujian Allah. Teruskan berdoa dan usaha. Yakin bahawa Allah dah atur yang terbaik untuk kita semua. Satu pesanan aku, cuba untuk perbaiki diri kita supaya tak buat benda yang Allah larang. Kadang-kadang sebab dosa kita Allah melambatkan untuk makbul doa kita.Jaga solat,buat solat dhuha, tahajud n puasa sunat. InsyaAllah berjaya :)
*sori terpanjang pulak. Hiksss
– #gadismelayu