Ujian atau Balasan?

Assalamualaikum kawan2 semua. Aku ingin memohon maaf andai coretan aku ini membosankan kalian atau membuatkan aku nampak seperti bodoh.

Aku ibu tunggal anak 1 yang berusia 31 pada tahun ini. Aku bercerai kerana ex aku tiada kerja tetap dan tiada perubahan kehidupan.

Ya, perubahan kehidupan berumahtangga memang akan makan masa tetapi dia tidak berusaha keras, mulutnya sering mengata ‘takde duit’. Dari hari pertama hingga hari akhir aku keluar rumah tinggalkan dia.

Ya. Aku tinggalkan dia kerana aku tidak tahan hidup dengannya yang malas serba serbi sehinggakan aku terpaksa menggunakan gaji aku tuk sara hidup anak tapi dia taknak mengaku atas apa aku telah lakukan. Biasalah. Ego lelaki kan.

Mesti korang pelik nape aku tinggalkan dia. Macam aku cakap tadi, malas serba serbi.

Dia juga sering katakan ‘bila aku rasa tak mampu, aku lepaskan kau’. Sedangkan dia memang tak mampu tapi dia tak nak buktikan. Aku ke pejabat agama di tuk sesi kaunseling dan temujanji di buat. Kami datang berdua tapi berasingan.

Ustazah berikan nasihat serta contoh kira-kira perbelanjaan dan dia akui dia tak mampu menyediakan seperti mana dinyatakan. Checkmate! Ayat dia makan diri. Aku nyatakan ke ustazah tentang dia apa yang dia sering katakan.

Ustazah katakan dah jatuh talak mengikut hukum agama sebab ustazah saksi ketika itu. Kami dinasihatkan untuk membuat pengesahan cerai.

Semasa prosiding, dia langsung tak nak mengaku dan disebabkan tiada saksi, kes ditolak. Ya Allah!!! Kenapa aku tak terfikir langsung ustazah tu.

Rupanya Allah nak tunjukkan sikap sebenar dia selama kami tidak serumah dan ketika aku berdiam diri untuk membuat permohonan cerai disebabkan pkp (2020-2021). Rupanya dia ada perempuan lain semasa aku masih serumah dengannya dan kes belum selesai.

Ketika aku mahu failkan kes penceraian, dia hantar borang poligami! Berani sungguh! Tapi aku tetap tenang sebab aku tak suka berebutkan dia yang tiada harta. Penceraian pun berlaku.

Okay. Sejak aku keluar rumah, hingga kini, sesen nafkah anak dia tidak pernah kirim. Sedangkan serumah pun susah beri, ini kan pula sekarang. Masa serumah, dia hanya beli susu dan pampers anak je. Selebihnya aku.

Sampai belanja persediaan tuk bersalin, pun aku! Dia bayar bil hospital pun merungut. Luluh hati aku. Sekarang aku kerja demi anak aku. Para ibu tunggal pasti faham rasa sakit perit serta jatuh terduduk demi nak besarkan anak.

Terkadang aku terfikir, apakah ujian yang aku alami ini disebabkan tindakan aku keluar rumah atau ujian demi kuatkan diri tuk anak.

Terkadang aku rasa aku mati lagi bagus daripada merana dan serabut camni. Aku pernah terfikir nak bunuh diri tapi aku takut.

Jangan tanya kenapa aku tak minta nafkah kat dia. Korang bukan taktau lelaki yang jenis camni,camne perangainya. Memang tak la nak melayankan.

Aku memang takkan maafkan dia dunia akhirat serta takkan halalkan segalanya tuk dia. Biarlah orang nak cakap dendam ke apa tapi perbuatan dia memang takleh di maafkan sesiapa pun. Tuk pengetahuan korang,

Dia dah pun kawin baru elok lepas iddah aku habis berapa hari je. Haish!!! Lantak dialah. Tapi tunggu sajalah nanti. Segala tok nenek saman aku kemukakan untuk dia.

Disebabkan hal ini, aku sering menangis apabila tengok muka anak. Aku rasa agak tertekan dengan apa yang jadi sekarang ni. Aku tersenyum tapi dibelakang mak dan anakku, aku sering menangis bila sorang2.

Kadang terlepas juga depan anak. Aku ni nak nangis, tak kira masa. Tengah kerja ke solat ke apa ke, sedar2 dah jatuh airmata. Tu belum lagi fikiran aku bercelaru.

Okaylah. Sampai sini saja. Ada masa, aku datang balik meluah. Terima kasih korang sebab sudi baca.

– Ummu Aufa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *