Ummi nak kawen lagi.

Thank admin approve.. Nak mintak pendapat semua ni..
Siang tadi waktu aku betul2 nak bertolak balik u,tiba2 ummi cakap "ummi nak mintak izin adik ni." Mula2 tu aku macam blur jap,nk mintak izin apa plak ni.. Tetiba terlintas kat kepala aku, terus aku tertinggi suara cakap "tak boleh!"
Lepas tu aku macam asyik fikir ajer,macammana nak halang ummi ni..

Macam tajuk yang semua baca,yup mak aku nak kawen lagi.. Maybe,akan ada yang cakap,biarlah mak nak kawen lagi.. Dia sunyi, dia nak teman.. Tapi,meh dengar cerita aku dulu.

Mak aku kawen setakat ni dah 4 kali. Setiap satu ada masalah yang bukan masalah laki bini biasa2 laa..

Suami pertama, jenis yang suka kawen.. Dia kawen lepas tu,dia tinggalkan anak bini dia,pergi cari lain,lepas tu tinggal lagi.. Dengan ummi ada 3 org anak lelaki, kira abang aku lah.. Adik beradik abang aku ni,x cukup jarilah nak kira.. Ummi cakap,ni berpisah mati.. Tapi last2 dia cerita jugak yg sebenarnya dia kena cerai tak lama sebelum arwah suami pertama dia meninggal.

Suami kedua,dia sempat kawen sebulan jer. Sebab katanya suami dia ni x blh terima anak2 ummi.. Suami kedua ni,dia tak pernah cerita.. Cuma seingat aku,ummi ada terlepas cakap dua kali dekat aku..

Suami ketiga, arwah ayah aku.. Maaflaa,aku bukan sengaja nak burukkan ayah aku.. Ayah aku ni baran dan kaki pukul.. Tapi sebab ummi aku ni kawen sbb cinta,satu2 nya cinta dia,dia bertahan hampir 20 tahun jugak dengan 3 kali talak.. Ada 6 org anak,dan aku bongsu.. Pernah di madukan dalam 6 tahun akhir perkahwinan . Ummi aku tak tahan,dan ummi aku lari dari rumah bawak aku jer. 3 tahun jugak gantung tak bertali sebelum cerai talak kali ke 3.. Alhamdulillah,ayah dh kurang baran dia lepas tu dengan mak tiri aku..

Ummi paksa tuntut cerai,sebab dia nak kawen lain. Dia fikir nak besarkan aku,waktu tu aku baru 9 tahun. Ayah tiri aku,suami ke4 ummi,baik sangat.. Dia sayang aku macam anak dia sendiri. Tapi,anak2 dia pulak jeles dengan ummi.. Tuduh ummi nak rampas harta ayah tiri,buat macam2.. Terseksa ummi.. Waktu aku habis spm,ummi xnk lagi tggl dekat rumah ayah tiri.. Masa tu ayah tiri dah kena potong kaki sebab kencing manis.. Ummi tak tahan dengan anak2 ayah tiri.. Ayah tiri pilih nak ikut ummi.. Ummi jaga ayah tiri sampai dia hembus nafas terakhir.. Lepas tu anak2 dia tak bagi pun bahagian ummi dari harta arwah ayah tiri.. Ummi tak kisah asalkan anak2 ayah tiri tak kacau ummi lagi..

Lepas tu,ummi duduk dengan abang2 aku.. Kakak plak belikan rumah kat dia.. Konon2 tak nak dh bagi dia fikir pasal kawen..
Kakak bawak ummi dan ayah sekali pergi umrah sbb taknak ummi ngan ayah gaduh2 berdendam lagi.. Berbaik lah mereka.. Lepas ayah kandung aku datang kenduri tunang aku,tup2 ummi berangan yang ayah nk rujuk balik dgn ummi.. Aku macam,haish tepuk dahi je laa.. Waktu tu aku tak setuju,mungkin sebab aku tak maafkan ayah lagi.

Setahun lebih lepas majlis aku tu,ayah pergi tinggalkan kami..
Haaa sejak tu laa,ummi asik cakap nak kawen ajeeeeeee.. Ada plak kawan baik dia ni dok cari calon.. Kejap orang tu,kejap orang ni.. Aku tetap jugak cakap tak..

Aku bukan apa,aku serik.. Aku kesian kat ummi,nanti ummi dah kawen apa lah lagi masalah rumah tangga ummi.. Aku taknak ummi tanggung semua tu.. Ummi dah 65 tahun taw, tapi lawa lagi..orang tengok macam 40 lebih.. Kelengkapan dia semua anak2 dah bagi..
Nak rumah,kakak belikan rumah untuk ummi tinggal.. Taknak lagi sewa rumah.. Duit, abang2 ngan kakak aku bagi.. Nak kasut,handbag, kitorang gilir2 belikan.. Latest, aku belikan dia smartphone baru, sbb dia cakap semua kawan2 dia guna handphone tekan2 skrin.. Aku beli phone tu guna duit aku kerja part time taw,sbb aku pun still blaja..Terkilan kot bila tup2 ummi minta izin nak kawen..

Umur aku pun dh 25, aku rasa dalam umur macam ni aku tak boleh terima 'ayah' baru dalam hidup aku.. Ikutkan hati,kalau betul2 ummi jadi kawen,aku tak balik kampung setahun.. Cakap ngan ummi,col ummi,tapi tak balik setahun.. Raya pun taknak balik..

Tolonglah,jangan cakap,ummi tu sunyi, nak berteman,batin sunyi ke, bagi laa ummi kawen.. Tolonglah jangan.. Fikirlah logik, ummi dh masuk 65.. Tiap2 hari mengadu sakit.. Kalau betul bosan, duduk laa dengan anak2 yg dah bercucu, layan cucu. Batin sunyi? Boleh pergi surau hari2. Kakak aku cakap,umur macam ummi tu patutnya fikir nak ke masjid, bukan fikir nak kawen.. Ummi ni,tahajud hari2 bangun..

Tolonglah, aku tak tahu macam mana lagi nak pujuk ummi supaya tak kawen.. Aku tak boleh terima.. Kali ni ummi macam serius sangat.. Huwaaa nak nangis…..

– Kks

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

60 Comments

  1. Menurut pendapat saya lah, lebih baik awak pesan ma awak buat istikharah. Kalau awak adik-beradik tak nak mak awak kahwin lagi, rapat kan eratkan lagu hubungan kalian dengan mak awak. Cuba luangkan banyak masa dengan mak awak. Manjakan dia. Kalau ikut pendapat saya lah lebih baik mak awak jangan kahwin lagi. Sebab ada pengalaman orang yang saya kenal, lepas mak dia kahwin baru, hubungan dia dan adik beradik dengan mak jadi renggang, gara2 suami baru mak mereka. Ajak lah adik-beradik awak luangkan masa banyak dengan mak awak. Setiap hari sentiasa contact dia. Jangan biarkan dia rasa kesunyian.

  2. Ngko ingat dah tua keje nak layan or jaga cucu je ke? Ngko tu nanti dah kawen beranak pinak, banyak masa ko nak jaga mak ko sakit? Jgn ckp sekarang je boleh jaga nanti dah kawen bnyk komitmen la, banyak alasan ko.. Ko hingat setakat nak berteman sunyi ke nak kawen ni? Kalau mcm tu ko pun xpayah kawen, umur mcm ko pun patut duk masjid, ingat mati tu utk org tua je ke? Dasar pentingkan diri..

    • Setuju..bab batin pun kna pkir..bkan stakat snyi je kod..sdgkan dia pun ad tok laki..apatah lg si ummi..dia bkn tao apa yg ummi dia rasa dlm hati..huem..dont selfish2 maa,,sian ummi..

    • Contoh ibu melahirkan tuan, bila ibu kena minta izin anak utk buat sesuatu. Ni mintak izin anak utk dia mencari kebahagiaan sendiri pulak tu. Siap ugut xnak balik rumah semua. If dia bagi alasan sbb calon mak dia tu jahat ke apa, boleh terima but klu mcm ni, harap2 paham la bila ibu sendiri takut dgn anak. Entah la..

    • Alahai kak. Ckp lah elok2. Confessor ni nak kan pendapat je. Lagipun kita tak tahu masalah org jgn lah nk tembak dia mcm tu. Hehe maaf kalau salah cakap. ?

    • Cara ezzan mamat tu pendapat tak bash. Cube tgk beza cara awak comment dgn ezzan mamat tu comment. Dua2 pendapat sama. Tp cara nya beza ☺️ moga kita semua belajar bebudi bhs. Termasuk saya sendiri. selamat malam

    • Tak sama. Sbb pendapat sy dia selfish. Pls learn to agree to disagree. If nak nasihat baik2 semata, pls dont wash your dirty laundry in public.

    • Setuju. Tak kisah umur berapa pun. Selagi dia ada keinginan untuk hidup berpasangan kita xboleh halang. Everyone deserves happiness.

    • Sokong Saly Jamaluddin..ada org perlukan nsihat n ckp y baik2..ada org kena ckp kasar2..mcm sy..huhu..bru bersih sikit otak ni..ckp baik2 x jlan.. :p

    • Sy tak setuju kalau anak2 halang mak ayah nk kahwin lain… tp kalau yg sy faham dr cerita dia n perkahwinan2 mak dia… dia tak nak mak dia menderita mcm perkahwinan lps… tak nak kesilapan yg sm berulang sbb mak dia dh tua… mungkin die suruh mak die ke surau atau jaga cucu2 untuk larikan fikiran mak dia yg nk kahwin tu… bkn sbb nk membibik kn mak dia…

    • yes sometimes we do have to agree to disagree however, that doesn’t give one a license to use such words in conveying opinion that can hurt other people’s feelings. I mean come, boleh cakap baik baik kan? yes if you think shes selfish then thats okay but you don’t have the right to go and condemn her, shes asking for opinions not judgements. I mean i think a properly constructed advice is way more easily accepted rather than a downgrading criticism. Why do we have to say something mean it makes people bleed inside? anyways good day ?

    • Which part of my opinion that was mean? Can u explain? And how do u define a downgrading criticism from my opinion? I am telling the real truth now and if she bleed with my opinion then think what her mum’s feel when she said no when her mum asked for permission to find her own happiness? And pls, if u define my opinion as cruel, then i also think ur opinion towrds me are mean too. And u bleed me too ?? .. Cermin ada x? Hehe.. Have a good day to u.. ???

    • Athein lyaa, let me ask u one thing, what if ur mum dont allow u to get married dgn alasan, dia xnak tgk u merana bila bercerai? Sbb dia dh tgk u penah bersedih dan xnak u sedih klu becerai. How’d u feel?

      Then u kata nanti sunyi la xde pasangan, then mak u kata duduk la kat surau or main la dgn anak2 saudara kalau sunyi? How was that?

      Define sunyi dalam konteks ni pls? And pls jgn sesekali ckp kat mak awk klu sungi duduk surau atau main dgn cucu, that is more hurtful than my words towards this girl. Nak buat dosa menderhaka silakanlahh…

      Kalau u tak benarkan mak u utk cuba cari bahagia, mcm mana mak u nak dapat kebahagiaan? Kalau dulu mak u tak cuba lepaskan uall berjalan sbb takut u jatuh luka, u rasa u boleh berjalan ke sampai sekarang? Think…..

    • 1st…which part ada sy kate sy setuju anak2 halang mak ayah kahwin lg??

      2nd… kalau ibu saya nk kata tak payah kahwin sebab takut bercerai… itu cuma pendapt dia… keputusan nak kahwin tetap pada diri saya sendiri… no heart feeling sbb dia ada hak nk bg pendapat…

      3rd… sy mungkin akan ckp… kalau sunyi buat la apa aktiviti… n as anak mestilah support… tp buat masa ni situasi sunyi mak bdk ni dgn mak sy berbeza sbb mak sy sunyi n boring after pencen… and… and… mak saya awal2 dh ckp tak nak jaga cucu… ???

      Bbalik pd kes bdk ni…
      mak dia dah berkahwin 4 kali… part mana yg anak2 larang mak dia kahwin? Cuba fikir… think… think… kenapa selepas 4 kali kahwin anak2 halang mak dia dari kahwin??? Hmmm…
      Agak2 la kan, bila mak ayah bergaduh, bercerai… mak ayah je ke yg rasa terluka, marah? Anak2 yg tengok tak rasa tertanam ke luka tu?

      manusia buat keputusan dr logik/ pengalaman/ pengaruh luar dll… dr pendapat sy bdk ni tak bg mak dia kahwin atas alasan pengalaman…

      Org nampak part anak2 dia tak bagi kahwin… part anak2 CUBA membahagiakan mak dia dr sudut lain tak nmpk pula…

      Dlm kes ni… baik pihak anak atau mak ada alasan tersendiri… ada kebaikan dan kekurangan dalam pilihan diorang…
      sebagai org luar kita cuba faham dan nasihat secara natural…
      bkn nasihat n nak org bulat2 terima pendapat kita…

    • 1- bagus klu mcm tu

      2- tau pun kahwin hak diri sendiri. Yg anak dia nak ugut2 xnak balik kampung setahun tu kenapa?

      3- dah tau pun mak dia lain mak awk lain, abis tu dah mak dia nak kahwin, bukan nak hilangkan sunyi dgn main cucu ke apa?

      Kan dia tanya mcm mana nak pujuk mak dia jangan kawen. Tu bukan halang ke? Siap ckp taknak blk rumah setahun kalau mak dia kahwin semua. Baca ke tidak ni? Erkkkk ??

      What is wrong klu kawen lepas 4kali then dia nak kawin lagi?? Masa u belajar berlari ingat sekali ke u jatuh? Berkali2 kan, kenapa u terus berlari?? Nape x duduk wheelchair? Ingat mak u x terluka ke kalau u jatuh luka? (Ni perumpamaan, klu xfaham xtau la)

      This girl dah 25yr, lagi beberapa thn ada jodoh kahwin, lepas tu tinggalkan mak sorg2.. Fair ke nak biarkan mak sorg2 semata2 pentingkan diri sendiri? Hidup dgn suami lain dari hidup dgn anak2, esp bila dah tua. U belum tua belum kawen mana tau. Ckp ikut hati sendiri je.

      Mcm mana u tau perkahwinan kali ke-5, 6, 7 hatta ke 88 skali pun, mak dia tetap akan bergaduh dgn suami dan tak bahagia?? Semata2 sbb andaian u then u halang mak u nak bahagia? Agak2 la kan selfish tu…

      Membahagiakan dari sudut lain, bagi rumah bagi harta bagi cucu tu sama ke mcm kebahagiaan dia bersuami? Sama? Bahagia comes in many form, and if u rasa u nak deny hak mak dia bersuami semata2 anak dia dah bagi kebahagiaan lain, then dikira zalim. Tahukan maksud zalim?

      Once dia dah post kat sini, i pun ada hak nak bg opinion, dan if nak nasihat yg menyebelahi diri, sila tanya kat kwn2 je la.

      Dah malas nak komen dah, if tak faham perasaan org tua tu, hormatkanla dia sbg mak. Tugas u sbg anak utk bahagiakan mak bkn nak halang dia cari bahagia dia. Lagipun u takde hak nak halang sesiapapun kat dunia ni nak bina masjid. Inikan pulak mak sendiri. If lelaki yg dia pilih tu lelaki jahat then u boleh halang, if not u xde hak. Jgn pentingkan diri sendiri semata2 alasan dah tak boleh terima seseorg sbg ayah lagi.

      Ingat sikit awk pun akan tua, sekarang bolehla ckp, nanti bila dh tua kene kat batang hidung, baru sedar dah terlambat, mak pun dah xde masa tu…

      Sekian.

    • Watever it is… Im not in her shoes… tak hidup utk judge kisah hidup org lain… apatah lg argue utk bnde yg diri sendiri x lalui… noted 4 pelajaran n ingatan diri sendiri ms hdpn je…

    • Saly Jamaluddin Which part of your opinion was mean? I quote : agak2 kasar lagi tak ayat ni? ??. This to me, were written obviously to offend/ make the confessor feel offended with your so called advice. Yes you are speaking (which in this case: writing) the real truth of harsh harsh world but why choose to give tough love (using negative connotation which somehow shows that you’re mad towards the confessor) when you can deliver advice nicely. Even if what she did was wrong and you aren’t the one who supposed to be mad. She is asking for an advice. How do I define downgrading criticism based on YOUR OPINION? I do not have an answer for that. Because first, how do I define something for someone else? That does not make any sense. Second of all, one views on downgrading criticism may be different from someone else’s view. Maybe there is something wrong with your question. And I have never mentioned ever in my previous comment that your opinion is cruel. Did I? If my comment towards you is considered mean then Im sorry, I have absolutely no intention to hurt anyone, Im here just because I read your comment and I think it’s better if we (who feel like our opinion might help the confessor) to choose our words more carefully. Im not condemning you, (you can refer to my previous comment; no provocative/ negative connotations used) Im just telling you MAYBE, maybe if we use words that does not contain sarcasm to offend the confessor, the confessor might be able to comprehend advices given to him/her and can solve problems with his/her mother. That is all. Oh and btw I do have mirrors bcs this is 2016 who doesn’t own a mirror right? haha. Im kidding.

  3. Mmmm sedih betul baca kisah hidup awak dan keluarga.. Saya faham kerunsingan awak. Tp mgkn kita boleh tgk dr perspective lain. kawen tu sunnah.. Sekalipun umo dia dh lanjut. Tp pahala yg dia kutip dgn title sorg isteri lain.. Tu yg saya dgr dr ceramah2.. Bukan pasal nafkah zahir batin.. Mak awak pn perlukan teman hidup. Teman utk dia bercerita. Anak ada kehidupan dia sendiri.

    Sbg anak, awak doakan lah dia dpt suami yg terbaik utk dia, dunia dn akhirat. Mintak dia istikharah byk2. Doa dpt rumah tangga yg dilimpahi mawaddah, rahmah dan sakinah. Kita ni, perancang je awak. Allah Maha mengetahui..

  4. Pandangan saya,biarlah umi awak berkahwin.Sebabnya, kita anak- anak tak akan selalu ada untuk diorang. Sakit susah mereka, sekurangnya ada yang menjaga. Dan kita anak-anak selalunya sangat sibuk mencari duit akibat ekonomi yang mendesak. Perhatian seorang suami lain dari anak-anak. Ikhlas dari saya yang juga ada pengalaman macam awak :)

    p/s: Doa banyak2 moga mak dapat jodoh yang baik & awak adik-beradik tidak lupakan emak.

    • Ermmm…tak tahu nak cakap apa..tapi aku rasa dia patut bagi ja ummi dia kawin..tapi bagi syarat..biar diorang adik beradik yg tolong carikan calon suami tu..sbb aku faham perasaan ummi dia..setiap orang mesti harapkan kebahagiaan dalam hidup ni..macam tu jugak ummi dia..lepas banyak kali kawin tapi hampir kesemuanya menguji dia..mungkin yang terakhir ni akan memberikan rasa kebahagiaan yg dia cari selama ni..lagi pun sahabat2 nabi dulu tak suka hidup membujang..kalau boleh diorang nak meninggal dalam keadaan berkahwin..aku tak ingat kisah sapa..tapi mmg para sahabat titikberatkan pasal perkahwinan..

  5. Tringat kisah jiran dpan rumah saya..yg tnggal kat situ cuma ada atuk sorang je..isterinya dh lme mninggal..umur pun dh dkat 75 tahun..ank2 dye sume duk jauh2..kdang je ank dye balik amik ayah dye balik umah diorang. Tiap2 mlm gi msjid smbhyang jmaah, dgar cramah..tpi satu hari tu atuk ni mntak kat anak dye nk kawin..ank2 dye mmg x bgi sbb dh umor 70 lbih kot..dh x lrat dh..jln pun brtongkat..tpi sbb diorang fkir tntang prasaan ayh diorang, diorang bgi jgak ayah diorang kawin tpi dgn syarat calon isteri biar ank2 yg cari..so fair n square..mmg lps atuk tu kawen, sume mkn pkai trjaga..kalo nk gi jln2, gi msjid ada pneman…jdi bgi saya eloklah mak cnfessor ni kawen..kalo tkut berlaku lgi masalah mcam prkhwinan yg lpas, apa kata korang sndiri carikan calon tuk mak korang..sndiri nilaikan keperibadian org tu barula jadikan suami mk kamu…huhu..pnjang pulak sye tulis..ha2

  6. Awak, sebenarnya boleh je nak kawen lagi bila dah tua..contoh arwah nenek saya pun macam tu..perkahwinan pertama tak bahagia..bila umur dah menginjak tua baru jumpa atuk tiri saya..kadang2 kita perlu hadapi ujian untuk cari bahagia..bahagia tu juga nafkah batin..siapa tahu kalau kali ni bakal ayah tiri awak betul2 baik buat ummi awak..siapa tahu kalau ummi awak kawen kali ni itu adalah kebahagiaan sampai dia mati..kesian ummi awak..mungkin juga ummi awak dah banyak kali buat istikharah, dia dah dapat petunjuk yang diberikan dan yakin dengan keputusannya..

  7. Apakata buat rule dengan mak Awk..ckp..kalo bg kawen bole tpi after that kena berubah betul2..pergi surau join solat subuh..buat tahajud ke..at least sekali..soh ur mom try la..if she promise then let her do..I think maybe this future husband at last will give happiness that she wanted long ago..maybe he will change her too..whi knows..Allah works right?

  8. It’s hard u know..to die alone.. People wants to die with their partner.. Bkn senang nak jadi janda n mati sorang2 sbg janda.. It’s not about batin.. It’s about her soul. Her soul need to be happy.. U kawin la dulu dear,then u faham la apa i ckp.. Soul xhappy,buat apa pun xtenang tau.. Nak tidur pun susah..

  9. Berkasih sayang dgn pasangan sgtlaah berbeza perasaannya dgn berkasih syg dengan darah daging… kasih sayang tu keperluan batin… bermanja pn keperluan batin… kalau dgn pasangan, jari terkena pisau mse potong sayur pn wlupn x darah ape rase nk ngadu… agak2 klu mak awak tiba2 call awak sbb nk bgth jari kene pisau tu, awk respon ape ek? Itulah analogy sekecil2 keperluan batin seorg wanita.. x kesah laa umur berapa… dah mmg fitrah wanita mcm tu, x blh nak nafi dah..

  10. Bagi jela mak kau kahwin. At least sebagai anak. Kita dah tunaikan wishes dia. Kita bukan mak. Kita tak paham apa yg dia lalu. Ye kau anak, tapi tu tak kasi lesen kita boleh buat suka hati kita. Pasal hati dan perasaan org, aku sarankan bagi jela mak kau kahwin. At least dia tak terkilan. Just pray for her. It is the least u can do.

  11. Bagi saya, jika dia mak saya. Nikahkan lah dia. Tp anak2 yg carikan calon kalau tkt tersalah pilih.

    Org tua2 ni nak teman. Anak dan cucu lain xsama dgn suami. Dia nak ada org berborak dgn dia. Ambil berat pasal dia. Anak bila da nikah, lg la dia fikir xnk ganggu rumahtangga anak2. Mgkn anak2 blh terima dia. Tp menantu? Ada yg jenis xsuka suami ambil berat sgt pd mak mertua. Tp depan suami muka manis je. Atau ada anak yg melebihkan isteri dia, tanpa sedar si mak terasa.

    Maaf saya bercakap begini sbb saya kenal seseorang yg duk dlm situasi awak. Tp bezanya org tu ialah mak dlm cerita ni.

    Kdg anak2 ni memang ckp bg itu ini kt mak. Tp si mak tu sbnrnya nak perhatian 24jam drpd anak2. 24jam. Kalau da kawen mcm mana nak beri perhatian 24jam pd si mak? Isteri/suami, anak2 lg. Berapa ramai anak2 yg teman mak yg berstatus janda teman mak dia kt bilik layan mak dia cerita itu ini sampai mak dia lelapkan mata. Berapa ramai menantu yg sanggup hadap kerenah mak mertua?

    Mengikut apa yg awak cerita. Suami terakhir mak awak, ok je kan. Anak2 suamj awak je yg bermslh. Tp mak awak happy sbb dia ada suami.

    Perhatian yg diberikan oleh pasangan xsama dgn perhatian yg diberikan anak2 dan cucu.

    Dan kalau ikut dr segi hukum pun, mak awak xperlu pun minta izin anak2. Dia blh menikahkan dirinya kpd mana2 lelaki yg dia suka. Ingatlah, kita anak. Dia mak. Siapa kita mahu menghalang kptsn mak. Bkn mak tu anak kita utk dia dgr apa kptsn kita. Ingat tu. Kdg mak diam, turutkan juga kptsn anak2. Tp dlm hati terasa. Hati2.. jgn sampai mak memendam. Binasa dunia akhirat.

    Sekian
    Yg bercakap berdasarkan pengalaman.

  12. Ayah sy dh meninggal 2tahun. Sepanjang 2tahun ni, ibu tak pernah sebut nak kawin lain. Sy percaya 1 mende. Dan selalu ingatkan adik beradik. “Kalau ibu ada cakap nak kawin, maksudnya kita ada buat silap. Silap tak jaga dan bg perhatian kat ibu. Jangan salahkan keputusan ibu”. Tapi alhamdulillah ibu xpenah pikir nk kawin lain. Ibu ckp kalau org nak kawin ngn dia pun mesti sbb harta je. Dah tua2 ni nak cari apa lagi. To sis, sila spend time lagi byk dgn mak sis. Dia sunyi tu. Dan, please jangan suh mak awk jaga cucu2 ni. Die dh penat jaga sis adik beradik. Takat nk main weekend, pegi bercuti xpela. Buat aktiviti sama2. Tu je. Rotate waktu balik umah biar die x sunyi sorg2. Rugi xbalik umah sis oiiii. Heaven makan sedap! Hahaha

  13. Bg lah izin kt dia. Awk pn tahu pahala yg berlipat kali ganda kalau hidup berumah tangga ni. Dia ada suami nnt..pandai lah dia.. dia ada perasaan. Ikut lah apa bahagia dia. Ok? Pantau dr jauh.. doakan yg baik2..

  14. Nasihat sy, jangan selfish. Awak dah kahwin nanti Baru faham beza anak dgn suami. She needs her equal. Awak pun cakap dia tahajjud tiap hari. So sy yakin keputusan dia x based on benda x baik. Merely based on her needs. Walaupun awak adik beradik tanggung dia sekarang, bukan hak awak utk izin atau tidak. Dia xperlu izin awak tapi dia masih mintak sebab hormat anak2. Ingt balik berapa Kali dia selfless dgn awak sejak kecik sampai besar. People have different needs. Satu hari nanti kalau awak ditakdirkan duduk Dlm kasut Mak awk, awak akan faham. Tp sy doa awak xkan rasa hilang ur equal and being alone. Especially di hujung usia. Kasihani Mak tu. Itu hak dia. Dia xperlu izin awak sbnrnye. Semoga Allah mudahkan urusan mak awak dan awak dan bukakan pintu2 hati yg tertutup.

  15. Seeloknya benarkan la ummi awk kahwin.. Sbb sy pernah dgr ceramah, jika dlm dunia ni diberi pilihan untuk awk pilih sama ada, ibu bapa, isteri / suami atau anak2, yg mana awk akan pilih? Jawapan nye, kalau pilih ibu bapa, ibu bapa suatu hari nnti akan pergi meninggalkan kita.. Kalau pilih anak2, anak2 akan membesar n berkahwin dgn org lain n ada komitmen masing2.. So suami/isteri je yg akan jadi peneman spanjang hidup ni.

  16. Pengalaman sy lepas arwah ayah meninggal sy dan kakak sulung mmg xbg kawin. Adik beradik lain bg…tp sy dgn along xbg. Ms tu sy study lg. Ms tu xbg sbb yg nk jd ayah tiri sy tu muda 10tahun dan masih ada wife yg lg muda dpd mak sy. Pk bukan2 la ms tu. Knp nak mak sy yg lg tua, nk kikis harta ke apa, bini ada, katanya ustaz tp duk becintan ngn mak sy mcm bkn ustaz, bitau mak sy yg bini dia tau dia kwn ngn mak sy. Mcm mustahil je bini dia xmrh kn. Ms tu mak aku da 50an. Xnk la mak dipermainkn. Skrg 7tahun blalu. Sy rs mnyesal xbg mak kawin dulu. Mgkin klu bkn dgn ‘ustaz’ tu, mgkin dgn org lain. Sbb sy kcian tgk mak sy tgal sorg2 kt rumh, kerja2 yg memerlukn kudrat lelaki tpaksa upah org buatkn dgn tgal sorg kt umh..klu jd pape cmne.. Mmg ade ank n mnntu tp xsmua 24jm bole bntu bole balik kg. Bila sakit kdg2 xbtau pn kitorg thn sdiri je kt umh, pencuri msuk bp kali dgn mak tgal sorg kt umh. Emosi mak tganggu sbb xde tman nk mgadu nk beri pndpt..tmn yg dia nk share everything..share dgn ank mnntu xsama share dgn suami sdiri. Selagi mak hidup berila dia buat ap yg mmbolehkn dia bahagia. Dulu sy xnmpk kperluan mak nk kawin lg. Skrg sy mnyesal. Mngkin cerita kita xsama tp hrp awk dpt sesuatu dr cerita sy.

  17. Respect sape2 yg bg komen secara baik. X emo semcm. Bg sy la, bg je ibu kawin. Kesian, sape nak jg mkn minum dia. Dia sakit nak mengadu kat sape. Perlu ada teman utk jaga dia. Srh la ibu bt istikharah ke laki dia nk kawin tu sesuai ke x? Blh lg ke? Huhuhu…just my opinion. X pyh sentap2 dgn luahan si confesser ni . dia tls je x nak balik kg sethn kalau Mak dia kawin, tp x semestinya dia bt pn. dia pn bmbg kalu Mak dia kawin, dpt suami yg x baik. Sbb tu x nk bg. Org tgh emosional, semua dia keluarkan. Kita tgh mrh pn, blh terlepas ckp kan? Pd si penulis ni, bg je mak kawin. Kesian pl kat dia. Hm….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *