Umpama Kisah Didie Alias

Assalamualaikum semua. Baru baru ini terbit kisah didie alias, pelakon yang ramai kenal dengan mulut laser dan tegas, boleh menangis di melodi. Sebab apa? Sahabat.

Jujur cakap masa tengok dia dan bila tahu kenapa dia sampai menangis tu, trigger habis sebab aku pun ada sahabat yang macam tu.

Kisah kami berbeza tapi motifnya sama, mahu sahabat kami yang dah terpesong tu kembali ke pangkal jalan.

Dahulu aku sendiri pun macam sahabat didie tu. Kalau siapa yang tahu, tahu la, kalau tak tahu takpe, kejap lagi tahu la siapa. Aku berhubungan sejenis dengan someone, aku namakan A.

Kami bercinta bagai nak rak la dalam 5 tahun. Memang awal hubungan aku bahagia sangat dengan dia tapi, bila hubungan tu bukan hubungan yang diterima Allah, lama-lama makin panas, kejap gaduh, rasa kosong semua ada.

A bukan pasangan sejenis aku yang pertama.. So bila dah lama-lama aku dah sampai tak kesah kalau kami berpisah tapi, A memang tak sanggup lepaskan aku.

Jadi aku berjanji dengan dia, aku takkan tinggalkan dia tetapi hubungan ni kena tukar. Aku tak nak lagi jadi LGBT ni, umur bukan makin muda.

Jadi pelan-pelan kami ubah dari panggil darling kepada aku kau. Pelan-pelan dari loving-loving kepada friendship yang hampir macam family.

Kami memang sangat rapat sampai kenal keluarga masing-masing. Jadi salah satu sebab aku selesa anggap dia kawan rapat sebab keluarga dia pun baik sangat. Keluarga aku pun dah biasa ada dia bila family gathering

Selama aku menjadi sahabat A, aku sendiri pun dalam cubaan aku sendiri. Bukan mudah, aku faham.

Aku bersyukur aku berada di sekeliling yang memudahkan aku untuk berubah. Aku ada orang atasan yang kuat agama jadi bila aku rasa goyah, aku banyak mintak nasihat dari mereka.

Keluarga aku pun semakin lama semakin “mesra” dengan ilmu usrah, alunan al-quran, mengaji bersama.

Paling kurang pun bila bulan ramadhan kami cuba sedaya upaya untuk sentiasa ke masjid, bukan hanya waktu solat terawih saja, malah waktu lain yang kami boleh untuk sama-sama berjemaah ke masjid.

Aku bukan takde langsung godaan. Aku memang lemah tengok wanita yang bermuka lembut, yang sifat keibuan semulajadi. Bila nampak mereka hati aku sentiasa rasa macam kena jentik.

Aku masih ada rasa macam tu sampai ke hari ini tapi alhamdulillah aku berjaya elakkan yang teruk buat masa ni. Aku berharap dan berdoa supaya aku takkan kembali ke jalan itu lagi.

Selama aku cuba berhijrah, dalam masa yang sama aku juga tarik dan seret A sekali. Aku mulakan dengan basic dan simple. Sembahyang jangan tinggal, puasa, doa dan tutup aurat.

Disebabkan A ni memang sangat degil, bukan mudah dia nak dengar nasihat aku. Tapi bila ada beberapa perkara tak elok jadi dalam hidup A, perlahan-lahan dia cuba berubah sikit-sikit.

Dia cuba sembahyang full walaupun ada masa terlambat, makin ambil berat tentang puasa, jaga juga aurat sikit ada masa pakai full, kalau tak pun pakai hoodie.

Aku bersyukur sangat dengan perubahan A. Aku masih ingat waktu ni aku rasa bahagia dan tenang sebab hijrah aku bersama dengan sahabat yang aku sayang dan sudah aku anggap bagaikan saudara aku sendiri.

Ada masa dia bagitahu aku yang dia tersuka pengkid sana, sini. Sebagai sahabat aku ceramahkan dia, nasihat sikit dan lama-lama cerita pengkid dia hilang macam tu sahaja.

Perkara ni jadi beberapa kali tapi memandangkan aku tahu A macam mana, aku ingat dia macam aku, ada masa tiba-tiba terbuai, lepas tu boleh lupakan atau abaikan.

Aku ingat aku berjaya kuatkan semangat dia untuk sama-sama keluar dari jalan yang dilaknat tuhan itu.

Rupanya aku silap besar bila munculnya seorang pengkid yang aku boleh gelarkan M.

Aku dapat rasa kalini A memang betul-betul dilambung tsunami dengan M ni bila dia boleh abaikan semua aku cakap, aku nasihat sampai ke akhirat pun dia tak endah.

Depan aku dia cakap dia tak serius dan taknak bercinta dengan M tapi, macam aku cakap tadi, aku memang kenal A, aku boleh baca betapa dia betul-betul angaukan M.

Bila dengan M, dia boleh buat aku macam tak wujud. Sepanjang dengan M dia sanggup ignore mesej, call aku. Even dalam social media pun dia langsung taknak kaitkan nama aku di mana-mana sebab dia risau M akan nampak dan cemburu.

Hancur hati aku tengok A sampai boleh lupa solat, mula pakai seksi dan kembali jadi sewaktu kami stage bercinta dahulu.

Selama 15 tahun (5 tahun bercinta dan 10 tahun bersahabat) aku sentiasa jadi tempat dia mengadu, tempat dia meluahkan perasaan, menjadi penasihat serta kawan yang setia, semua tu hilang disebabkan cinta songsang dia kepada M.

Aku cuba sedaya upaya untuk tarik dia kembali tetapi mungkin lama sangat single buat dia terus ikut nafsu tanpa guna akal fikiran dah.

Kali ni aku dah nekad, aku terpaksa tinggalkan A. Orang nak kata aku selfish ke, kawan yang jahat ke cakaplah.

Aku mengaku kalah, aku tak mampu mengajak seorang A untuk kembali pada Allah. Aku sendiri pun tengah berjuang untuk melawan nafsu aku sendiri.

Aku risau aku pun kembali ke dunia tu lagi, aku serik. Aku block dia dari semua medium pengantara kami kecuali facebook sebab aku selalu share benda-benda agama dalam tu. Mana tahu dia boleh terkesan dengan salah satu post kan.

Bukan mudah untuk tinggalkan dia sebab kami rapat dan ada hubungan macam keluarga jugak.

Ada masa rakan yang kenal kami tanya pasal A, family aku tanya pasal A, setiap kali dengar nama dia rasa jantung macam kena tikam.

Banyak kali aku melalak dalam kereta sebab rindu dia, terkenangkan dia tapi alhamdulillah lama-lama aku redha dan pasrah.

A bukan tak cuba cari aku tapi aku perasan dia tak bersungguh pun. Yelah orang tengah angau memang kadang tak ingat sekeliling.

Aku sentiasa abaikan mesej dia di block message tapi dalam masa yang sama, aku sentiasa doakan dia supaya kembali pada Allah. Dia seorang yang baik, sentiasa membantu orang cuma satu itu sahaja yang perlu dia ubah.

Bila aku tengok didie menangis, aku teringat aku pun menangis teruk setiap kali teringatkan A.

Aku faham rasanya bila sahabat yang kita jaga, kita sayang terjerumus ke jalan yang kita tak mampu nak capai dan bantu. Rasa hopeless, rasa sakit dan sedih sume ada.

Aku terpaksa pergi tapi aku sentiasa doakan yang terbaik dan mohon Allah bantu kami untuk menjadi ahli syurga, insha Allah..

– Sang Pendosa Yang Mahu Ke Syurga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *