Assalamualaikum semua warga IIUM Confession. Harap admin siaran luahan hati akak ni.
Nama akak Siti, anak sulung dari 3 beradik. Umur awal 30an. Cerita ni berkisarkan tentang Mama akak yang bernikah kali ke-3.
Maafkan akak kalau tak pandai nak mengarang. Sekadar luahan kepada semua..
Mama akak ni berkahwin dengan bapa (kandung) dulu pada usia yang sangat muda iaitu 18 tahun & bapa dalam 27 tahun. Mereka bersama hanya 5 tahun.
Awal tahun waktu akak tadika tu mereka bercerai. Masa Mama dan Abah ke mahkmah, akak menangis nak ikut. Ingatkan nak jalan2 rupanya ibubapa akak gi cerai. What a sad life.
Akak pun bernikah awal dalam usia 23 tahun, jadi lepas berkahwin tu akak selalu la tanya2 kenapa dulu Mama bercerai.
Cerita Mama, Abah suka simpan duit hasil pekerjaan/ business nya ke nenek. Tanpa beri nafkah dulu ke Mama.
Abah selalu melarikan diri ke rumah ibunya (nenek) lepas Mama bersalin akak & adik akak (2 beradik seibu sebapa).
Maksud melarikan diri, Abah langsung tak tolong Mama selepas bersalin. Ini antara penyebab Mama & Abah bercerai dulu.
Tapi sebenarnya Mama curang. Ini pengakuan Abah baru-baru ni. Sedih sangat dengar.
Adik Mama yang ke 2 pun ada cerita, dulu Mama curang dengan suami kedua (ex-husband) semasa masih bersama dengan Abah.
Memang tak percaya tapi kalau Abah pun buka cerita maksudnya betul lah tu.
Sepanjang akak membesar di sekolah rendah, sedih tengok kawan2 akak dihantar & diambil ke sekolah. Lepas Mama bercerai tu anak dijaga oleh nenek & datuk sebelah Mama.
Alhamdulillah sangat, nenek & datuk masih sihat & hasil business pun Allah bagi mencurah-curah. Terima kasih Ya Allah.
Segala kelengkapan sekolah memang datuk bagi tip top. Walaupun akak biasa-biasa je kat sekolah.
Tapi ada satu kekosongan akak rasa iaitu kurang kasih sayang dari Mama. Mama sibuk jalan sana sini. Kursus sana sini tapi tiada penghasilan.
Memory akak dengan Mama dulu hanya dirotan & di sindir dengan kata-kata menyakitkan hati.
Akak pernah ditampar sehingga berdarah hidung oleh Mama gara-gara akak cakap “Mama buat s3x dengan xxxx” tapi umur akak 9 tahun faham yang mama sedang tidur berpelukan dengan lelaki tu.
Akak nampak mereka berpelukan sebab mama buka pintu bilik yang sebelum ni mama berdua-duaan dengan lelaki tu dari pagi sampai tengah hari dalam bilik tu.
Moga Mama akak bertaubat dengan perbuatannya.
Paling trauma, akak pernah diraba oleh suami adik Mama tapi Mama akak diamkan je. Sedih ye bila membesar tanpa figure bapa. Akak membesar jadi kasar, keras kepala & baran.
Akak kecil je, tapi suara akak besar sebab tak nak dibuli, Mama takkan back up. Macam tu la cara akak pertahankan diri. Tiada siapa yang boleh akak bergantung harap. Kena back up diri sendiri.
Ok habis pasal diri akak. Sekarang nak cerita pasal bapa tiri ke 2 (ex-husband-akak namakan Samad).
Mama berkahwin semula selepas 6/ 7 tahun menjadi ibu tunggal. Samad ni bujang & muda setahun dari Mama. Mereka bercinta on off (mata tengok atas tangan kat bahu) semasa masih isteri Abah lagi.
Hal ni jiran pun confirm kan mereka nampak mama berpelukan dekat parking semasa kenduri kat rumah. Yang Mama berdua-duan dalam bilik tu dengan Samad ni la.
Lepas sahaja Mama dengan Abah bercerai terus Samad selalu datang rumah. Meluat sangat tengok bermesraan dengan Mama.
Bayangkan perasaan akak time tu. Sedih sangat bila teringat.
Oo ya, kami tinggal bersama dengan datuk & nenek tapi selalu sibuk dengan business jadi jarang ada di rumah.
Masa datuk & nenek tiada dirumah la Mama akak & si samad tu bermesra lebih-lebih. Sakit hati akak.
Sebelum Mama berkahwin dengan si Samad ni, Samad pijak semut pun tak mati. Baik sangat. Tiap minggu bagi akak duit RM50. Diberinya juga akak coklet cadbury pek besar, sampai akak gendut. Hihihi.
Tapi semua tu rupanya modus operandi dia nak ambil hati kami anak-anak Mama. Cis! Akak tertipu.
Masa umur akak 13 tahun berkahwin la mereka. Akak memberontak masa Mama nikah, akak masa tu bersekolah sesi petang.
Akak balik rumah pukul 7 malam (sarawak) jadi memang gelap daa. Akak bersorok kat pokok pine. Akak sebenarnya tak setuju Mama nikah tapi apakah daya tu hidup Mama.
Lepas sahaja berkahwin, jeng jeng… Samad sebenarnya panas baran, kaki pukul & kaki minum. Teruk Mama kena. Muka lebam ditumbuk, dicekik, dinding rumah berlubang ditumbuk oleh si Samad. Mama sakit hingga susah nak makan. Badan pun sakit2 dipukul oleh si Samad.
Mama sampai menghidap anxiety disebabkan salah sikit terus ditengking. Akak pun benci sangat keadaan ketika itu, Samad nak kami anggap dia sebagai bapa kandung. Kalau tulis bapa tiri kat surat sekolah terus mama ditengking. Akak pun turut dimarah oleh si Samad.
Samad dengan Mama ada anak seorang (lelaki). Tapi A-Z mama yang uruskan. Tak pernah Samad tolong, akak la yang selalu kena jaga adik (Wan).
Pernah Samad marah Wan ketika umur 2 tahun ditengking & digigit sehingga Wan tu trauma dengan bapanya sendiri. Kalau panas baran tu, memang tak lari la anak kecil pun dipukul.
Setelah 12 tahun melayari bahtera rumah tangga yang tragik. Maka bercerai la mereka. Tapi bercerai bukan sebabkan baran & kaki pukul si Samad tapi kecurangan suami tercinta Mama.
Tahap kritikal juga Samad curang sehingga bersama dengan perempuan tu ketika mabuk. Ini pengakuan Samad semasa prosess penceraian.
Mama ambil masa 4 5 tahun untuk move on betul2 dengan Samad. Rupanya masih sayang even dipukul dengan teruk.
Ya la, tiada sesen pun duit Samad tinggalkan dekat mama. Tapi Alhamduillah, dia ada tinggalkan rumah sebiji untuk anaknya.
Even Mama tak boleh move on dengan si Samad tu, belum pun keluar surat cerai & masih dalam proses mahkamah Mama dah sibuk berchat call dengan new boyfriend ye (suami orang). Tepuk dahi.
Dalam masa sama Mama hari-hari cakap menyesal bercerai dengan Samad, ye la Samad agak stable sebab bekerja frontliner.
Setelah surat cerai keluar, Mama terus bercinta seperti remaja telefon tak pernah lekang, nak bercakap dengan Mama waktu tu pun susah. Dating sana sini.
Waktu malam pukul 12AM pun suami orang tu datang ke rumah ya. Akak menangis2 dengan perangai Mama akak belum habis Eddah tapi daa sibuk keluar dengan lelaki.
Mama akak seperti dipukau, suami orang tu minta duit terus dibank in. Mama akak masa tu lagi berani dating dalam rumah yang si Samad tinggalkan. Ya Allah.
Dating berduaan dan Mama balik 1 pagi. Tapi alhamdullillah, Allah makbulkan doa akak agar mereka tidak berjodoh. Mama akak sampai dibenci oleh adik- beradiknya disebabkan bercinta dengan suami orang. Siapa je tak benci.
Ada seorang lagi duda anak 3 Mama akak bercinta tapi yang tu pun tidak berjodoh sebab lelaki tu kereta pun tak da. So, rejected la.
So, ni climax. Mama bercinta dengan duda anak 4. Dekat setahun macam tu, tapi akak tak pernah jumpa la. Tengok gambar kat HP Mama je.
Dalam setahun tu, Mama kemaruk sangat bercinta. Video call hari2 dengan duda tu, kalau akak jalan mama akak bawa lelaki tu kat rumah.
Tapi yang ni ok sikit sebab ramai2 kat rumah. Yang penting bukan semasa keberadaan akak kat rumah. Mereka bercinta dalam 2021-2022 dan tahun ni mereka nikah.
Sampai sekarang akak tak jumpa lagi suami baru Mama tu. Masa nikah pun akak takda disebabkan kerja jauh so, Mama teruskan nikah je.
Tapi akak ingat lepas Mama nikah hubungan anak-anak akan lebih baik. Malah sebaliknya. Akak betul2 down. Dengan kerja jauh lagi, bila nak call tak jawab, bila whatapps tak reply.
Masa solat akak selalu menangis sebab rindu dengan Mama tapi apa yang akak rasa sekarang ni akak kehilangan sosok seorang ibu.
Nak refill energy dengar suara Mama tapi semua tu tinggal kenangan lepas mama nikah lagi. Bila balik hari tu, tapi suami baru balik awal so, Mama stay 2 hari kat rumah kami.
Bila berjalan dengan Mama, mesti Mama ingat anak2 tirinya terlebih dahulu dari akak & adik-beradik. Dibelikan keperluan diri & barang-barang lain untuk anak2 tirinya.
Akak hanya melihat tanpa komen apabila Mama nak beli barang untuk anak tirinya. Akak tengok Wan pun tidak dipedulikan oleh Mama. Duit belanja sekolah pun kadang diberi kadang tiada langsung.
Nasib Wan tinggal dengan akak. Disebabkan mama akak sentisa kemaruk bercinta akak pindahkan Wan bersekolah berdekatan dengan rumah akak.
Bila anak tiri mama nak daftar ke sekolah wah, mama bercerita bagi duit sekian sekian. Pencapaian anak tirinya sentiasa jadi bualan mama.
Adakah akak jealous? Akak ke yang terlalu sensitive?
Maaf korang, panjang sangat. Tapi jangan komen NEGATIVE. Sila komen yang murni2 je bila baca.
Akak down sangat.
Akak sedih.
Korang doakan akak terus kuat ye. Mudah2an dosa mama diampunkan oleh Allah swt. Aaminnn..
Yang tengah down,
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit