Untuk part I, (https://iiumc.com/kau-yang-aku-panggil-m4k-ay4h/).
Hai, aku Suzy. Hehehe. Suzy lagi. Suzy lagi. Suzy lagi. Kali ni aku nak jawab semua komen korang. Aku baca. Aku hargai.
Aku tak nak bercerita panjang lebar. Penat tau menaip ni dengan sebelah tangan je. Sebelah tangan lagi sibuk tahan muka aku dari cakaran Naruto anak bongsu aku. Kan sayang kalau muka cantik aku bercakar sana sini.
Aku jawab secara rawak je lah ye sebab aku tak ingat susunan komen korang kat confession aku yang lepas.
1. Aku 33 suami 38. Suami kerja buruh, hari-hari ulang alik dari rumah. Aku pulak fulltime housewife. Hasil perkahwinan kedua ni aku dapat anak lelaki dan anak terakhirlah tu. Sebab aku tak boleh mengandung lagi.
Kesihatan aku sebenarnya tak berapa baik sejak aku remaja. Doktor pun bukan galakkan sangat aku mengandung kali kedua tapi dah rezeki takkan aku nak tolak kan.
Anak pertama dulu pun lama jugak aku tunggu hampir 4 tahun barulah aku dapat mengandung. Jadi dengan suami baru aku ni aku lahirkan anak sekali lagi dan yang terakhir untuk selamanya.
2. Hint. Bukan aku tak tahu dan tak sedar yang parent aku sebenarnya dah lama bagi hint kalau dorang tak suka aku jaga dorang. Aku tahu. Malah aku tahu sangat.
Bukan sekali dua aku terdengar dorang buruk-burukkan aku kalau saudara mara yang datang berziarah. Yang tak ada diada-adakan. Fitnah aku itu ini.
Awal-awal aku kahwin dengan suami baru aku ni dulu, mak bapak aku bukan main burukkan aku kat suami aku ni. Terkedu aku bila suami aku cerita balik.
Lepas tu pak saudara mak saudara aku pandang aku sinis, mulut senget benget, tuduh aku ni beban keluarga padahal cerita tu tak betul pun. Kononnya aku menyusahkan adik beradik dorang.
TAKDE SORANG PUN MAK PAK SAUDARA AKU yang nak membela aku. Ah biarlah. Malas aku nak layan. Tak mati pun aku kalau dorang tak suka aku.
Sedangkan parent sendiri benci aku pun aku hidup lagi sampai sekarang.
3. Kenapa tak keluar rumah?
Hmm. Aku ada cerita kan kat confession aku yang lepas tu pasal mak bapak aku yang sakit-sakit. Anak yang dekat cuma aku je.
Adik beradik aku semua jauh. Kalau dorang nak balik ke sini pun masing-masing makan masa lebih kurang 10 jam perjalanan. Kalau aku pun keluar rumah jauh-jauh, jadi apa-apa kat mak bapak aku macam mana?
Rumah kami jauh dari rumah orang lain. Jiran terdekat pun 1 kilometer jaraknya. Saudara mara tak ada yang dekat-dekat sini sebab mak bapak aku pun bukan asal sini sebenarnya.
Masa bapak aku pindah sini dorang beli tanah yang orang kampung jual terus buat rumah dan kebun. Hari tu mak aku pengsan. Itu pun aku tahu lepas aku panggil-panggil tapi mak tak jawab aku.
Selalunya kalau aku panggil mesti mak jawab “Apanya ni? ” walaupun nada bicara mak tak boleh nak santai langsung. Aku bukak pintu bilik mak slow-slow.
Kalau korang nak tahu, bilik mak bapak aku adalah KAWASAN LARANGAN bagi aku. Aku tak boleh masuk walaupun sekadar jengah kepala kat muka pintu. Kena tengking nanti. Tapi kalau adik beradik aku yang lain dorang masuk suka hati je.
Lagi satu, mak bapak aku ada tabiat suka sembunyikan makanan sedap-sedap kat dalam bilik. Kalau aku takde kat rumah, barulah makanan tu keluar. Dorang ajak adik beradik makan.
Kalau aku ada, mak bapak aku rela tak makan sedap. Masa buang sampah barulah aku nampak plastik makanan tu. Aku tahulah makanan tu takde kat dapur sebab aku tak pernah nampak.
Ok, sambung cerita. Aku dahlah tengah sarat mengandung manalah aku larat nak angkat mak aku. Bapak aku pulak tengah kerja. Meraung aku panggil suami aku bila mak takde respon walau aku goncang badan mak kuat.
Mak tak bernafas tapi mata mak terbeliak. Tubuh mak longlai je. Masa tu aku takut betul. Mengalir air mata aku bila suami aku tolong aku papah mak pergi ruang tamu.
Aku pulak call bapak aku. Sempat lagi kena tengking sebab call masa bapak tengah kerja. Aku bagitahu mak tak sedarkan diri barulah bapak aku turunkan sikit nada tengkingan beliau.
Sampai kat hospital doktor sahkan mak stress. Stress pasal apa, aku je yang tahu. Salah satunya adik aku tu la. Satu lagi aku. Agaknya.
Sepanjang masa tunggu mak kat luar Emergency aku terfikir, kalaulah masa mak pengsan tu kan aku dan suami tak ada, bapak pulak tengah kerja.
Bapak pulang petang. Mak pengsan pagi. Apalah yang akan jadi, aku tak nak bayangkan pun.
Untuk tambahan, mak aku bekas pesakit kanser tapi bila-bila masa kanser tu boleh menyerang balik. Sebab tu lah aku tak nak keluar dari rumah tu walaupun banyak kali mak bapak aku halau aku. Aku buat pekak je.
Kalau ikutkan kemarahan yang aku ada, yang aku pendam sejak kecil, aku boleh je abaikan dorang. Tapi aku tak boleh. Aku tak sanggup.
Korang tahu tak aku pernah menangis meraung tengok drama Lafazkan Kalimah Cintamu sebab aku macam si Tengku Aqilah jugak.
Cuma bezanya Tengku Aqilah menagih kasih bapak dia. Aku pulak. Mengemis secebis kasih dan perhatian mak bapak aku. Aku boleh relate perasaan Tengku Aqilah tu.
Aku rasalah kan aku ada masalah jiwa sikit. Tapi aku tak pernah dapatkan rawatan ataupun kaunseling.
Untuk pengetahuan korang aku bekas pesakit kanser payudara tapi berjaya sembuh selepas rawatan sebab kanser payudara masih di peringkat awal. Aku disahkan kanser selepas mak aku disahkan bebas kanser.
Oklah melalut pulak cerita aku. Aku dapat rasa sebenarnya aku ada masalah dalam jiwa aku. Kalau dari luaran orang nampak aku ni lemah lembut, suara aku pun kecik je halus hampir tak kedengaran, aku murah senyuman.
Tapi jauh di dalam hati aku, sebenarnya aku banyak niat tak baik. Aku pernah berniat nak bun*h orang yang sakitkan hati aku. Orang tu nampak aku senyum je walaupun dia sebut benda yang aku tak suka.
Padahal aku dah membayangkan adegan penyiksaan yang aku nak buat kat dia. Tapi aku cepat-cepat tarik nafas dalam-dalam, hembus, senyum dan pergi. Aku masih waras lagi nak jadi pembun_h.
Disebabkan aku terlalu memendam rasa berpuluh-puluh tahun, aku jadi panas baran. Silap sikit je aku boleh melenting mengamuk tapi sikap tu aku tak tunjuk kat orang lain.
Anak aku menangis kuat sikit, aku tarik-tarik rambut aku sekuat sampai kulit kepala aku sakit. Aku pernah nak tikam anak aku dengan gunting sebab aku rasa sakit hati dengar anak aku menangis.
Lepas tu aku rasa nak tikam leher sendiri, aku rasa nak tikam perut sendiri biar aku cepat mati. Tapi syukur sampai sekarang Tuhan masih pelihara iman aku, aku tak pernah sakiti anak aku.
Aku tak pernah buat benda yang boleh membuat anak-anak aku menderita.
Ada la sekali aku nak teguk racun, time aku nak minum tu aku pun terfikir :
Kalau aku mati sebab racun ni, mak bapak aku akan menangis ke? Dorang sedih tak kalau aku mati? Anak-anak aku macam mana? Dapat ke orang lain sayang anak-anak aku macam aku sayang mereka?
Aku letak balik gelas racun tu, simpan balik dalam bekas dan lempar jauh-jauh ke hutan supaya aku tak boleh cari racun tu lagi.
4. Aku bukan anak angkat. Aku lahir beberapa tahun lepas mak bapak aku kahwin.
Muka aku iras muka bapak. Tapi aku cantik macam mak aku. Korang nak tahu, mak aku lah wanita paling cantik dalam dunia.
Bapak aku pun hensem jugak. Dua-dua aku sayang. Sebab tu aku selalu pesan kat diri sendiri aku tak nak anak-anak aku rasa apa yang aku pernah rasa.
Aku tak nak anak-anak aku rasa yang aku pilih kasih, ada yang aku sayang lebih ada yang aku tak. Tak. Tak nak.
Aku nak anak-anak aku dapat kasih sayang aku sama rata. Tak ada yang lebih tak ada yang kurang. Baik buruknya anak aku pun aku tak akan buat macam mak bapak aku buat.
Kalau pun anak aku tersilap langkah aku takkan buat dorang macam mak bapak aku buat kat aku. Aku tak nak anak-anak aku membesar dengan perasaan takutkan aku, takut nak kongsi masalah remaja dengan aku.
Aku tak nak anak-anak aku menangis diam-diam dalam bilik macam aku selalu buat time aku masih remaja dulu.
Ye lah, dulu aku takut nak share masalah dengan mak bapak aku. Silap-silap bukan sokongan dan pelukan manja yang aku dapat, tapi kata makian mengatakan aku lemah. Eh.
Korang tau tak, bapak aku pernah pukul aku sampai pengsan masa aku masih remaja dulu.
Bapak aku tendang aku, rotan aku, sebat badan aku dengan tali pinggang, hempas fail tebal kat muka dan kepala aku, tumbuk muka aku badan aku, pukul badan aku, tendang aku, terajang aku, ludah muka aku. Penuh muka dan rambut aku diludah bapak aku.
Kata makian bapak aku, aku tak dapat nak bagitahu macam mana. Habis segala spesis binatang disebutnya. Paling banyak bapak panggil aku bab*.
Puncanya bapak dapat tahu aku bercinta dengan budak kampung dekat-dekat sini. Mengamuklah bapak dibelasahnya aku. Bila aku pengsan pun aku tak tahu.
Sakit jangan cakap. Tapi sakit lagi hati aku. Jiwa aku berdarah teruk.
Mental aku tercalar malam itu. Sedar-sedar je dari pengsan aku dah terbaring kat lantai bilik aku. Slow-slow aku bangun naik atas katil.
Sakit badan aku tak tahu nak cakap macam mana. Sepanjang malam aku tak tidur, aku menangis diam-diam. Nak baring, belakang aku bengkak teruk. Berbirat.
Seminggu aku tak pergi sekolah sampai lebam kat muka aku pudar. Sejak tu aku tak berani nak bercinta lagi.
Pasal macam mana aku boleh kahwin dengan ex suami, kalau korang masih sudi baca nanti aku buat confession lagi. Mungkin confession yang terakhir. Kahwin pulak dengan ex suami aku tu.
Dapat pulak kaki pukul, kaki botol, kaki judi, kaki perempuan. Sikit dia tak puas hati dengan aku, satu badan aku dia belasah. Tapi aku dah terlatih sikit masa tu.
Ye lah dari kecik aku makan buku lima bapak aku, korang rasa aku tak pandai nak balas balik ke? Aku balas balik lah. Takkan aku nak menangis lemah sambil biarkan dia pukul aku sesuka hati.
Banyak cantik muka dia. Dia pukul aku, aku pukul dia balik. Dia tarik rambut aku, aku tarik rambut dia balik.
Dia cekik aku. Sampai biru muka aku tak dapat bernafas. Aku pengsan.
Masa aku sedar dia tengah sedap tidur. Aku balas cekik dia pulak. Gaduh lagi. Kepala aku dia pijak.
Kalau balik kampung dia pernah pukul aku dengan pendayung perahu. Berbulan jugaklah mata putih aku ada bintik hitam.
Balik rumah dia, gaduh lagi. Sampai anak sulung aku yang baru umur tak sampai setahun masa tu menjerit merayu bapak dia jangan pukul aku. Korang bayangkan betapa toksiknya persekitaran anak sulung aku membesar?
Dari kecik dia tengok mak dia dipukul. Dah besar sikit dia dengar pulak mak dia dihina, direndahkan, dipermalukan. Waktu ex suami aku buat hal, aku dengan senang hati melepaskan dia sebab aku dah lama terseksa jadi punchbag dia.
Agaknya sebab dulu kahwin niat tak baik sebab tu Tuhan marah. Aku kahwin dengan niat nak jauhkan diri dari mak bapak aku. Bukan sebab aku cintakan ex suami aku pun. Aku tak cintakan dia.
Panjang pulak. Ingat nak ringkaskan.. Tapi tu lah, aku sekadar nak bercerita. Kat diari aku tak nak tulis nanti suami aku tahu. Aku tak pandai bab sembunyi-sembunyi barang ni.
Nanti dia banyak tanya pulak kenapa aku tak pernah cerita. Aku malas nak cerita nanti cerita tak habis-habis sebab aku buka mulut sikit pun aku nak menangis. Penatla menangis ni..
Sekian.
-Suzy (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit