Untuk Orang Ketiga

Aku seorang isteri yang jiwanya terasa terlalu rapuh saat ini. Mudah tersentuh dengan setiap perkara. Terasa terlalu lama memendam dalam ujian rumahtangga yang aku sedang hadapi.

Setiap hari cuma perlu berharap tiada yang lebih buruk berlaku. Ujian yang aku hadapi ialah hadirnya orang ke3 dalam rumahtangga ku.

Untuk orang ketiga, kau juga sama seperti aku seorang perempuan. Tapi kenapa kau dengan tegar melihat kehancuran perempuan lain.

Disaat kau seronok dipuji sentiasa oleh seorang lelaki yang bergelar suami kepada perempuan lain, ada isterinya yang selalu dambakan pujian dari suaminya.

Melahirkan, menyusukan anak, ya semua menarik tahap keyakinan ku tahap yang paling rendah.

Namakan semua tips untuk aku kelihatan cantik di mata suamiku, tapi berat betul mulutnya untuk memujiku seperti waktu bercinta dulu.

Untuk orang ketiga, ketika kau seronok diberi perhatian selalu oleh suamiku, ada isterinya yang sentiasa cuba mencari peluang untuk mendapatkan perhatian. Panggilan sayang hanya untuk kau.

Masa lapang hanya untuk kau, dan ketika dia bersama aku pun, aku tahu dia seronok berkongsi cerita dengan kau.

Tiada lagi cerita-cerita yang dikongsikan dengan aku, whatsappku juga dipandang sepi. Salahkan aku meminta perhatian dari suamiku sendiri. Aku cemburu dengan kau.

Untuk orang ketiga, ketika kau seronok didambakan setiap masa, selalu diajak keluar bersama2, ini isterinya yang cuba menyenangkan hati seorang suami agar aku dapat layanan dan dambaan yang sama seperti kau.

Merapikan rumah, menyiapkan anak2, menyediakan pakaiannya setiap hari, memasak, semua aku lakukan dengan harapan die menghargai aku seperti kau.

Kenapa kau yang dia kejarkan, sedang kan ada aku dirumah yang sentiasa setia dan sabar menunggunya.

Terkadang walaupun aku tahu die keluar bersama kau, tapi aku masih setia menyambut di pintu rumah dan melayani seperti biasa. Salah apa aku sebagai seorang isteri. Aku penat.

Kau masih muda, masih bujang. Kenapa yang kau kejarkan suami orang. Tegar melihat keruntuhan sebuah rumahtangga hanya untuk nafsu yang boleh kau bendung.

Hilang segala malu seorang perempuan yang kau angkat tinggi apabila mendapat layanan seorang lelaki. Aku kecewa dengan kau, kerana kita sama-sama seorang perempuan.

– L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *