Usrah & Kawen

Salam, firstly terima kasih kepada admin kerana sudi post my confession.

Dalam previous confession ada sorang brother minta pendapat pasal "kahwin sesama jemaah". Aku grad dah masuk 2 tahun, jadinya dah masuk 2 tahun aku tinggalkan uia tempat yg paling aku cintai. Dulu aku pun ada join usrah *****, jadi aku hanya nak share pengalaman sendiri.

Aku dah join usrah ni sejak di uia pj, masa tu usrah ni tak establish lagi, yg join pun tak berapa ramai, buat aktiviti semua underground habis. Dan masa ni kami tak dimomokkan dgn "kawen waktu belajar". Jadinya bila dah masuk main campus, this usrah dah establish, ramai dah kenal, dan mad'u pun makin ramai. Jadi aku tengok student yg baru join usrah tak sampai seminggu dah mula bercakap dan berborak pasal kahwin sesama jemaah dan mula nak cop which sister yg dorang nak kahwin nanti.

Benda ni melarat sampai ke lepas graduation, semua pakat isi borang baitulmuslim. Dan pastinya jemaah sis yg muka cantik dan manis majoritinya dah "dinikahi" awal. Yang tinggal hanya jemaah sisters yg (I'm sorry to say this) rupanya agak kurang manis, kulit gelap, dan gemuk. Sisters yg dulunya x letak langsung dp kat facebook kini dah mula letak gmbar di fb semata2 nak tarik perhatian utk dinikahi. Yg brother pn cakap kencang tak pandang paras rupa tapi yg lawa2 jugak yg disailang. Lepas kahwin majorinya lemau dalam gerakan dakwah, semua pakat sibuk dgn hidup sendiri. Baitulmuslim yg sepatutnya jadi pemangkin kesinambungan selepas grad jadi sebaliknya.

So, kepada Insan Biasa. Bila bro dah join usrah, jangan difikirkan sgt tentang jodoh sesama jemaah. Tumpu sepenuhnya gerak kerja dalam pasukan dakwah anda. Soal jodoh tu letakkan sepenuhnya kpd Allah, inshaAllah Allah akan uruskan sebaiknya.

Thanks

– Bro Ana Anta

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *