Assalamualaikum.
Tengok tajuk pun korang dah tau aku nak cerita apa. Di tempat aku kerja ni, ada seorang ustazah yang tak pernah kami nampak dia solat. Mula-mula aku kerja, aku tak perasan mende ni dan tak delah aku ni nak menyibuk sangat tentang orang lain. Penampilan dia, sama macam ustazah yang kat luar sana. Tudung labuh, baju longgar. Senang kata syar'ie. Tak ada masalah.
Lama-lama aku kerja, mulalah ada suara-suara yang bercerita. Aku memang tak percayalah. Ustazah kot! Takkanlah. Dia pulak belajar kat sebuah negara arab yang terkemuka yang sedang berperang sekarang. Rupa-rupanya rakan sekerja yang lain dah lama perhatikan. Sebabnya kalau guru agama kat tempat aku kerja ni kena masuk kerja sebelum orang lain. Diorang ada kelas untuk al-quran sebelum mula sesi persekolahan petang. Jadi senang citer, guru-guru ni solat zohor di sekolah. Dan solat asar juga di sekolah. (Asar di sini pukul 3 lebih, sesi persekolahan tamat hampir pukul 6 petang). Malangnya, kami tak pernah nampak dia solat sepanjang bertahun-tahun dia kerja di sini. Nak kata, dia solat asar di rumah, okey kami boleh terima. Tetapi solat zohor?
Jangan kata kami sangka-sangka sahaja. Bila kami tanya, dia kata dia solat atas kerusi dalam bilik guru. Jadinya, ramai guru-guru ni duk perhatikan je dia. Tak pernah kami nampak dia solat dalam bilik guru. Dia kata dia solat dalam sebuah bilik kat sekolah ini. Tak pernah jugak kami nampak dia pergi ke bilik tu dan solat. Lebih-lebih lagi bilik itu selalu digunakan untuk pembelajaran dan urusan kerja yang lain. Setiap kali ada program kat sekolah, uzur je memanjang. Kami pun syak, dia ni ada fahaman lain ke dari negara dia tempat dia belajar dahulu. Sebab negara tu bumi syiah membunuh sunni. Entahlah, sampai sekarang tak ada jawapan.
Hingga suatu hari, murid sendiri tanya.
"Ustazah Y tu tak solat ke?" Terkedu cikgu lain nak menjawab.
"Eh, kenapa tanya macam tu. Solat kot."
"Tapi, saya tak pernah nampak dia kat surau pun cikgu."
Kalau ustazah Y ada membaca kat page ni, aku minta sungguh-sungguh, ubahlah diri ustazah. Kami tak nak bersangka buruk, tapi perbuatan ustazah menyebabkan timbul fitnah. Berubahlah, jangan hanya selalu up status tentang solat, bercerita pada murid tentang solat, ajar tentang solat, buat kem tentang solat… Tapi sayang, diri sendiri berat seberat-beratnya nak tunaikan solat. Kadang kita ingat, orang tak tahu tentang dosa kita, tapi kita silap, tak mustahil jika kita selalu membelakangkan Dia, hanya bertopengkan agama, Dia akan buka keaiban kita. mungkin dari situ Dia mahu kita sedar dari dosa. Semoga diberi hidayah. Aku harap ko baca post ini.
Solatlah ustazah!
Aku doakan kau berubah.
#Aku yang Hina.
– Aku yang Hina.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kenapa nk post kat sini? Gi la ckp dgn dia dpn2. ko ckp atas angin gini sama je ko fitnah dia.
Kita xknl pn sape yg post n sape ustazah yg dimaksudkn..
Sbb tak kenal tu la pointnya. Apa tujuan post ni kalau tuannya tak pegi jumpa org tu kasi nasihat? Saja nk bercerita? Ambil iktibar? So that next time kalau org lain pun hadapi situasi gini, kita ramai2 upload post camni. Camtu?
Aq sokong bro…..nie bkn confess dh nie….prgi la bgtau depan2 terus…kau perli dlm nie pn x de guna….
mmg ada org mcm ni.
At least cuba bagi teguran even sekali.
die solat batin tuh..roh die pegi mekah solat, die buat keje. hahaha
Maaf yer yg pi buat confess kat sini pasai apa… pi tanya terus depan depan…. lagi senang…