Vaksin dan Imunisasi

Aku Najwa. Aku ada 2 anak lelaki dan kedua-duanya telah di-vaksin. Sebelum tu, aku rasa perlu pembaca tahu bahawa aku tak tinggal di Malaysia dan aku telah berhijrah ke negara lain.

Di negara ni, vaksin itu WAJIB. Sebaik saja anak pertama aku lahir, hospital sediakan buku kesihatan anak. Buku ni sangat penting sebab doktor akan memantau perkembangan bayi sampai berumur 3 tahun dari segi susu, pemakanan, berat badan, ketinggian, dan yang aku akan kongsikan…. sejarah vaksin anak.

Di sini, sama ada hantar ke pengasuh di rumah, atau taska/nurseri, atau tadika, hingga nak masuk sekolah darjah, sekolah-sekolah ni akan mintak buku kesihatan anak.

Pihak sekolah akan ada satu salinan buku kesihatan yang mencatat sejarah vaksin anak-anak. Vaksin apa yang dia ambil, vaksin apa yang tidak. Dan yang seronoknya, vaksin kat sini, free. Kecuali beberapa jenis vaksin. Rasanya nurse dgn doktor mesti lebih tahu jenis apa yang kena bayar ni.

Sebelum vaksin, nurse mesti akan explain dulu. Setiap vaksin. Aku ada 2 anak. Jadi bayangkan lah dua tahun aku dengar berapa banyak kali nurse terangkan tentang SETIAP SATU VAKSIN yang akan dimasukkan ke dalam badan anak aku.

Dan ya, aku sendiri di-vaksin waktu kecil. Negara ni simpan sistem semua rakyat. Aku tak tahu, tapi doktor checked sistem, dan voila! History aku ada.

Anak-anak aku imun badan tak kuat. Yang sulung 2 minggu je susu badan. Doktor bising suruh bagi susu sendiri. Aku ibu baru waktu tu. Jadi bila semua orang cakap aku jenis tak ada susu, aku pun mindset jadi macam tu. Anak kedua aku, Alhamdulillah aku dapat susukan sampai hampir 3 bulan. Tapi… ketahanan badan dan imun badan dorang sama.

Walaupun di-vaksin, anak kedua aku pernah masuk hospital sebab pneumonia. Sampai sekarang, kalau dia batuk, memang extra teruk dari abang dia. Sebab, aku sendiri ada masalah semput. Anak sulung aku, Alhamdulillah awal-awal masa kecil dia kuat demam dan sakit. Sampai dia berumur 3 tahun lebih, baru dia kuat sikit imun badannya.

Pernah dengar tak? Kalau kau nak kuatkan imun badan anak, biar dia bermain dengan tanah, atau rumput. Biar dia explore nature. Tanpa berselipar atau berkasut. Biar dia rasa jadi sensory dapat diaktifkan dan dalam masa yang sama, ketahanan badan semakin kuat.

Aku setuju bila confessor sebelum ini cakap, vaksin tu, salah satu usaha. Tapi yang aku nak tekankan, vaksin tu bukan untuk kekebalan badan. Ambil vaksin, confirm tak demam atau batuk atau tak masuk hospital atau tak terkena penyakit kronik.

Salah satu vaksin yang aku titikberatkan adalah vaksin melawan chicken pox. Nurse explained, yang vaksin tak bermaksud kau takkan ada penyakit tu langsung. Ia akan lawan. Dan kalau kau happen to dapat penyakit tu, vaksin akan bertindak untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan dalam masa yang sama, kurangkan kesakitan kau. Means? Tak ada lah teruk sangat kau sakit nak dibanding dengan orang yang tidak divaksin langsung.

Ya aku tahu, ajal maut, sihat dan sakit ni di tangan Allah. Bukan kita manusia. Tapi jangan lah kita gunakan nama takdir atau bermain dengan takdir sebab hakikatnya, kita tak tau takdir itu sebenarnya apa dan macam mana.

Kita dinasihatkan untuk usaha. Dan secara logik, tak ada apa kat dunia ni yang boleh guarantee kau takkan sakit langsung. Kau cuma usaha. Aku pun amalkan minyak kelapa dara sebab kulit aku jenis sensitive dan aku usaha. Dalam masa yang sama, aku ke doktor.

Family aku selalu tanya dulu, dah pergi doktor? Kalau dah pergi, masih teruk jugak, baru usaha tambahkan supplement ikut bahan natural. Kadang-kadang, doktor sendiri yang suggest kat aku untuk makan tu atau makan ni untuk supplement ubat-ubatan yang dia dah bagi.

Aku rasa, itu lagi balance. Aku cuma nak jelaskan apa itu vaksin sebenarnya. Vaksin bukan ubat kebal. Vaksin tu persediaan untuk melawan penyakit berjangkit yang teruk. Sebab pernah terjadi dan keadaan tu menyebabkan kematian dan kesakitan yang tak terhingga lah, vaksin ni wujud. Kalau satu hari, timbul penyakit macam ni lagi, wa ‘iyazu billahi min zalik, kau ambil vaksin, in sya Allah, badan kau akan lebig kuat melawan.

Dalam masa yang sama, kau makan lah jugak madu. Aku rasa, doktor ke nurse tak ada lah nak halang pun kau nak amalkan makanan sunnah. Double usaha gitu. Ye tak?

Aku harap, penjelasan ni sikit sebanyak lah dapat membantu. Hidup biar balance. Minda kena open. Baru kita dapat pertimbangkan baik dan buruk. Aku pun masih banyak lagi kena belajar. Sebab tu, kalau tak tau, kita belajar. Ya? Allahu a’lam.

– SAHM

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *