VAKSIN DAN ROKOK
1. Semenjak saya menulis berkenaan Vaksin dan Sayang, saya mendapat respon balas yang banyak sekali, sama ada secara peribadi mahupun di media sosial.
2. Saya tetap dengan pendirian saya, perlu harmonikan antara kedua kumpulan ini, kerana masing-masing kebanyakannya belum pernah bersua dan berhujah. Antivaksin kata ada hujah, provaksin juga begitu, berhujahlah.
3. Sebagai orang awam apabila kedua kumpulan ini berhujah, keduanya akam nampak rasional. Berhadapan, bawa data dan kajian atau bukti, berhujahlah. Malang sungguh berhujah di media sosial, tambah lagi dengan profil palsu.
4. Vaksin, apa kaitan dengan rokok? Sekadar persoalan, kenapa rokok yang tiada lagi alasan, tiada keraguan yang ianya membawa mudarat tidak bersungguh dihalang, bahkan dijual secara meluas, iklan larangan merokok (Amaran! Merokok membahayakan kesihatan) alah-alah sahaja dibuat, ala kadar sahaja orang kata.
5. Rokok memberi keuntungan cukai yang banyak kepada kerajaan, rugilah kalau bersungguh promosikan dialarang merokok. Betul? Tidak percaya boleh tengok laporan berkaitan.
6. KKM pun tidak berani lebih-lebih promosikan orang untuk tidak merokok sebagaimana promosi mahu orang vaksin. Kenapa promosi vaksin lebih laku daripada rokok? Kerana vaksin kerajaan bayar, rokok kerajaan dibayar melalui cukai. Rugilah kalau dah beli vaksin tidak guna. Betul?
7. Mugkin nampak simplistik, tapi ini hujahan murahan saya, ia fakta. Sekian.
Khairul Anwar Bakar
– KHAIRUL ANWAR BAKAR
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Apa kau merepek ni ? Berjuta habis duit KKM buat iklan macam-macam dekat TV waktu peak hours kempen anti merokok .What do you mean tak berani promosi lebih-lebih ? Siap ada fatwa lagi .Nak buat macam mana kalau orang tak mahu ikut? Takkan nak pancung tembak? Rokok ni dah wujud dalam struktur masyarakat kita lama dah . Nak minimakan kesan pun perokok merokok di tempat tertutup la .Lain isu vaksin ,kau mana boleh halang orang untuk bergerak ,bersosial .Anti sangat dengan vaksin pasni anak sunat tak payah inject ubat penenang ,kasi potong terang-terang je hiris dengan limau .Bini beranak tak payah ubat epidural ,pad kotex buang la ganti pakai batik macam nenek moyang .Arab Saudi pun rakyat dia 98% vaccinated .
This post gives people cancer.
Jahil tak leh nak ajar,pandai tak boleh ikut.
Ada jugak orang macam ni. Lol
Laaa