Vape Community

Saya nak share sikit lah ya pandangan saya mengenai vape. Saya tak tulis di status sendiri, sebab kawan kawan saya pun layan, jadi taknak lah keruhkan air yang jernih.

Perkara yang selalu vapers ni konon-kononnya pertahankan adalah, kenapa sibukkan vape dan bukan rokok? Sebab rokok cukai and vape takde. Pada aku, ada betulnya. Kerajaan Baziran Nasional dah memang korup serba serbi so tak boleh nak deny. Tapi daripada sudut positifnya ia diharamkan dan kenapa hujah tu ditolak, ada sebabnya.

Aku tetap setuju bendu tu diharamkan. Yes! Benda tu less-harmful daripada rokok! Does that means it is harmless? Umpama macam kau cakap,

"Weh kenapa kau sibuk sibuk nak tangkap 'flasher', kenapa tak tangkap perogol? Kami tayang alat sulit je, depa merogol!!"

See? Even if it is less-harmful, tapi benda tu still tak baik untuk kesihatan. And that does not means it is permissible for u to vape! Especially kalau kau jenis memg tak sentuh rokok! Dalam islam ada kata, sekiranya terpaksa, diantara 2 mudarat, pilih yang lebih ringan. Yes! Vape is good for those yang nak transit daripada rokok kepada vape and there moves on and quit. Tapi yang takde kena mengena tu?

My advice is, berhenti lah hujah anda dengan apa hujah sekalipun. Ia umpama menegakkan benang yang basah. Kau tak rasa mahal ke flavour tu. Paling paling satu bulan 4 botol kau beli. Dah RM120. Kau simpan kan lagi bagus. Mana tau kot kot nak masuk minang zaujah. Jangan sampai satu hari nanti, perompak pun guna hujah kau.

"Ok lah aku cuma merompak dia je! Aku tak rogol dia sekali."

Parah nanti.

– Z

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *