Verbally Abused

Assalamualaikum. Nama aku Ida. Aku dah berkahwin selama tiga tahun dengan Mad. Belum dikurniakan rezeki anak lagi. Aku kahwin ni suka sama suka. Tiada paksaan dari mana-mana pihak.

Apa yang aku ingin tekankan ialah kehidupan kami dari hari pertama bergelar suami isteri. Aku juga inginkan pendapat dari pembaca-pembaca bagaimana untuk bahagia dalam rumah tangga.

1. Gaduh.

Aku dengan Mad ni boleh dikatakan setiap minggu mesti bergaduh. Orang cakap normal la kalau gaduh suami isteri kan.

Dalam kes aku ni aku tak tahu normal ke tak. Harap pembaca boleh analisis kes ni normal ke tidak. Punca bergaduh kecil sangat. Contoh: aku badmood, jadi kadang-kadang jawab soalan sepatah.

Kemudian, pihak lagi satu jadi naik angin sebabkan jawapan aku. Mula-mula kitorang senyap tapi lama sikit timbul ketidakpuasan hati. Mula la keluar macam-macam ayat dari mulut Mad. Mengungkit itu ini.

Aku pun mula panas hati. Terus sama mengungkit dan menyumpah. Kemuncak pergaduhan kami ni bila aku dah naik gila, aku menjerit disebabkan oleh ayat-ayat dari mulut dia yang sangat menyakitkan hati.

Kemudian, tangan aku pun mula naik, pukul dia tapi dia pun ada balas. Lebam juga la badan aku tiap kena balasan dia tu. Next step yang akan aku buat ialah ugut untuk bunuh diri.

Memang tu tindakan aku yang paling bodoh tapi dengan tu saja yang membolehkan aku untuk tutup mulut dia dari keluarkan macam-macam ayat yang sakitkan hati aku. Masa tu baru Mad slow down dari bercakap dan mula pujuk aku suruh mengucap.

Untuk pengetahuan semua, kami tak ada masalah orang ketiga, pasangan terlibat dengan dadah, kaki pukul. Tapi masalah ini datang dari kami sendiri.

2. Cerai.

Tiap kali gaduh, tiap kali tu aku minta diceraikan. Mad cakap kalau nak cerai boleh tapi dia minta aku ganti semula masa, duit sepanjang kami jadi suami isteri. Tapi sekarang dia dah mula suruh aku failkan sendiri cerai di mahkamah.

3. Duit.

Antara hal-hal yang diungkit oleh kami mesti bab duit kan. Mad ni bergaji kecil dari aku. Tak banyak beza sangat pun.

Masa awal-awal kahwin dulu, aku pernah bagi gelang mas kahwin untuk dia jual sebab duit tak cukup. Barang-barang dalam rumah sewa kami juga aku yang sediakan dalam 80%. Aku ada satu kereta, Mad ada motosikal.

Mad ni seorang yang berkira. Kalau ke kedai makan, mesti mulut dia berbunyi yang itu mahal ini mahal. Siapa yang dengar pun mesti tak jadi nak makan kan. Jadi, tiap kali aku teringin nak makan something, awal-awal lagi aku akan beritahu yang aku akan belanja. Baru la mulut dia tutup.

Masa awal kahwin, mesti la kita nak beli tv pakej dengan astro kan. Mad awal-awal lagi bagitau buat apa nak beli tv dgn pasang astro. Siap cakap dia tak nak tengok pun. Tapi yang aku perasan dia juga yang banyak tengok tv. Sama juga dengan penapis air. Aku juga yang bayar bulan-bulan.

3. Barang.

Mad ni kalau barang aku memang dia tak akan jaga elok. Macam kereta. Kalau kotor pun dia tak ada usaha pergi basuh. Roadtax mati pun dia tak ambil tahu. Yang dia tahu guna je.

Yang bayar dan servis tiap2 bulan aku la orangnya. Tapi kalau barang dia, memang jaga elok la. Kalau rosak terus baiki.

4. Anak.

Pernah keluar dari mulut aku yang aku tak nak anak dari benih dia. Ni antara salah aku yang besar juga. Tapi tak lama lepas tu aku ada juga usaha untuk dapatkan anak.

Tanya doktor, doktor bagi nasihat kenapa tak ada anak lagi. Kemudian, aku sampaikan la apa yang doktor bagitau dekat dia.

Tapi bila gaduh dia akan keluarkan kata-kata pasal apa yang doktor cakap. Maksudnya dia perlekehkan usaha aku untuk jumpa doktor.

Sama juga pergi urut, masa tak gaduh dia bagi kerjasama yang elok la dengan excited nak usaha dapat anak. Bila gaduh cakap dia faham kenapa Allah tak bagi anak lagi. Kalau ada anak, habis anak kena dengar mak ayah gaduh, blablabla.

5. Agama.

Mad seorang yang jaga solat, pandai mengaji. Tapi kami jarang solat berjemaah. Masa mula-mula kahwin ada la. Dengan PKP. Masa tu kami selalu berjemaah dan mengaji sama-sama.

Aku pernah tanya kenapa kami jarang berjemaah. Mad bagitau yang aku tak boleh hormat dia sebagai imam. Sebab aku ada suruh dia lajukan solat. Aku jadi tak kusyuk kalau lama-lama.

Jadi dia memang takkan ajak aku solat sekali. Mengaji pun dia dah tak ajar aku melainkan kalau aku minta tolong.

5. Hati.

Hati aku dah kosong. Rasa macam tak ada perasaan cinta dan kasih sayang antara kami. Tiap kali gaduh akan keluar bahasa yang tak elok. Sama juga dengan Mad. Aku tak rasa dia sayangkan aku. Tapi dia nafikan.

Berdasarkan tajuk aku: verbally abused tu maksudnya aku rasa sangat tertekan tiap kali gaduh sebab macam-macam ayat akan keluar dari mulut dia. Kadang-kadang, aku selalu buat nyanyi2 masa dia bercakap tu. Perasaan aku hanya Allah yang tahu.

Lepas tu aku nangis. Macam mana kami berbaik? Selalu macam yang aku cakap dekat atas tu la. Tu peringkat teruk.

Kalau tak cara lain, salah satu antara kami akan minta maaf dulu. Kalau tak nak panjang, kami akan bermaafan. Kalau tak maafkan, yang atas gila tu akan terjadi.

Sebenarnya aku juga banyak kelemahan. Moody, ego. Aku harap para pembaca boleh bekalkan panduan/ nasihat yang berguna pada aku.

Aku ada terfikir untuk ke pejabat agama untuk sesi kaunseling tapi takut ustaz/ ustazah gelak je dengan masalah aku ni.

Tolong ye nasihatkan apa yang aku perlu buat untuk bahagia. Cerita aku ni tak lengkap. Banyak yang aku ingin sampaikan tapi tak tertulis. Tak pandai mengarang. Sila bantu aku dengan Mad ye. Aku dah penat.

– Ida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit