Viral perkara buruk

Kebelakangan ini page ini tidak ubah seperti page yang mempromosikan perkara buruk tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada agama dan masyarakat . Sepertimana perkara buruk yang viral di page ini dibaca oelh umum, saya kira admin juga tidak keberatan untuk post confession ini bagi bacaan umum.

Di antara fiqh masyarakat Islam ialah perintah menutup keburukan dan perkara yang tidak elok serta larangan mem'viral'kan hal-hal yang keji.

Allah SWT berfirman ;

لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
"Allah tidak menyukai menzahirkan ucapan buruk dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Nisa :148)

Cerita-cerita buruk seperti berzina, terlanjur, khalwat dan pelbagai lagi amalan yang keji dan kisah buruk tidak seharusnya dijadikan bahan cerita atau dipopularkan walaupun atas alasan untuk menimbulkan kesedaran.

Dibolehkan cerita untuk menuntut keadilan di mahkamah atau atas sebab yang dibenarkan namun bukan sebaliknya.

Allah SWT berfirman;
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Al-Nur :19)

Uqbah bin Amir RA menyebut hadith tentang keburukan;
"Barangsiapa yang melihat sesuatu keburukan dan menutupinya maka dia seolah-olah telah menghidupkan bayi dari kuburnya." [HR. Ahmad dan Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad]

Berkata Fudhail bin Iyadh Rahimahullah ;
"Seorang mukmin akan menutupi keburukan dan menasihati sementara seorang yang fajir akan menyingkap keburukan dan mencelanya." [Jami al-Ulum Wal Hikam, Ibn Rejab]

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

    • Betol tu Mieza Saruan .. abang main dgn adik sendiri. Terlanjur dgn pak sedara.. tak terpikir di akal..

      Tiap² hari plak ade citer camni.. jdi cam lumrah hidup plak dah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *