WAHAI LELAKI

Wahai Lelaki,

Kamu ingin mencari pasangan hidup,
Lalu kamu menguji berbagai jenis perempuan,
Aku ingin tanya di sini,
Sempurna sangatkah kamu, sehingga kamu fikir dirimu layak menguji perasaan dan nafsu orang lain?
Ya, mungkin makrifatmu,membuatkan mu mampu mengawal nafsumu,
Makrifat iblis apakah yang membuatkanmu tidak reti erti tawakkal dan berserah diri padaNya?
Apakah kamu amat selesa tatkala hatimu mengetahui aibnya orang yang kamu uji.?

Ya uji sajalah…
Tapi tanggung sahaja risiko kau mungkin merosakkan hidup perempuan tersebut. Merosakkan hatinya dan membuatkannya makin jauh dari mengenal Tuhan.
Ya Uji sajalah..
Kerana kau lelaki suci jasad dan batinmu, maka layaklah kau menguji.
Tapi tanggunglah sendiri, apa yang kau bakal jawab kepada Rasulullah..
Kononnya menjadikan Rasulullah ikutan..pernahkah kau lihat Rasulullah menguji wanita untuk memilihnya menjadi isteri?
Teringat cerita. Seorang wanita menawarkan diri kepada Rasulullah, di depan para sahabat…Namun Rasulullah hanya lihat dan tunduk(baginda tidak mengatakan menolak), sehingga membuatkan perempuan itu malu, lalu ada sahabat lain yang menawarkan dirinya untuk menikahi perempuan tersebut…

Tidak kisahlah kamu ustaz, doktor,atau apa sahaja status kamu..
Kamu tidak akan pernah mengetahui bahagian terdalam hati manusia…

Nasihatku…
Sesungguhnya,manusia itu ujian untuk manusia lain..
Fikirlah sendiri..
ok. Kau berniat nak bimbing.Kahwini sajalah,Takde duit,nikah khitbah.Tak perlu tanggung nafkah..Jika tak mampu semua, doa lah agar wanita tersebut berubah..

Nafsu menilai seorang wanita dari parasnya,akal menilai wanita dari sudut kebijaksanaanya,hati menilai wanita dari akhlaknya..Dan hanya Allah Maha Mengetahui hati manusia..
Boleh jadi,wanita tersebut melayanmu, kerana dia mengerti pedihnya kekecewaan..Maka dia tak sanggup mengecewakan sesiapa..Tapi kamu menuduhnya melayan semua lelaki..

Aku ingin sahaja berdiam diri tentang ini..
Tapi melihat kepada makin ramai lelaki yang kononnya layak menguji…hingga merosakkan hati wanita-wanita di luar sana…Aku rasa terpanggil untuk menulis ini, dari membiarkan kezaliman..

Ya, bagi aku tak salah menguji..Tapi berhati-hatilah…Kau perlu mengetahui hati wanita ini ada yang tegas, ada yang cepat jatuh hati bila rasa disayangi, dan macam-macam lagi…

Dan yang paling patut adalah…ISTIKHARAH…sehingga tetap hatimu. Lebih baik saja kau tidak mendedahkan diri kepada fitnah..dan mengambil risiko merosakkan hati orang lain…

Jodoh pertemuan sudah ditetapkan sejak azali.
Dan tujuan hidup kita hanyalah ALLAH.

Maaf salah silap..sekian..
wassalam..

– Saudara SeIslam

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *